Tuesday, January 29, 2013

Sekejap

‎...Kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi walaupun sekejap itulah yang paling memberi impak besar dalam hidup...



P/s: Bosan 

Monday, January 28, 2013

Tangis

Tadi, lepas waktu sekolah aku dan Jue berjanji mahu ke SPA.  Sebenarnya, selain dari tujuan mahu menunaikan hajat sahabatku itu, yang mahu membuat SPA kaki, ia sebenarnya untuk membuat terapi hatiku. Terus-terang, khabar dari sahabat terbaikku Fatine Lee, benar-benar membuatku sedih.  Sedaya upaya, aku cuba menenangkan diri, berpura-pura tidak merasa itu dan ini.  Tapi, sekuat mana pun aku cuba bertahan, akhirnya aku menangis juga tadi di depan Jue.  Aku luahkan semuanya tadi, tentang kepura-puraanku selama seminggu ini yang cuba berlagak biasa.  Aku luahkan tentang kekecewaanku dan tentang penerimaanku terhadap apa yang telah berlaku.  Jue meminta aku supaya tidak menangis lagi.  Sampai2 dia memujukku dengan membelikanku coklat Hazel Nut.  Lagaknya seperti mahu memujuk anak kecil, salahku juga kerana aku juga hampir menangis seperti anak kecil tadi.  Syukur saja kami masih dalam kawasan SPA, kalau tidak pasti esakku sudah kedengaran.  Padahal sahabatku itu perlu cepat, hubbynya cuma beri dia 30 minit untuk ke SPA, Ah, aku selalu bikin keadaan jadi dramatik.  

P/s: TYSM Jue, Walaupun sekejap, pelukan dan coklatmu itu sudah memujuk hatiku sedikit.

Catatan untuk Luna Zura

Membaca entry khas sahabat cantik dan yang aku sayang sebenarnya buat hatiku jadi sedih dan saat menulis entry ini aku menangis semahunya.  tangis yang aku pendam sejak seminggu yang lalu, kerana aku hanya mampu menangis sedikit dan selebihnya kutinggal sebak yang tak tertahan dalam dada.


Aku juga berdosa besar pada sahabatku itu.  Aku sahabat dia yang paling jahat.  Tersentuh hatiku bila dia menyatakan yang aku menolak permintaan maafnya sebanyak dua kali.  Aku sahabat yang gagal.  Aku sebenarnya terjebak dengan hasutan ego.  Seperti dia aku juga sama sekali tidak bermaksud untuk menolak permintaan maafnya dia, sudah lama aku memaafkan dia dan sebenarnya akulah yang bego kerana waktu rentetan peristiwa yang membawa kepada kedinginan hubungan kami, aku telah membenarkan ego-ego bodohku menang total.  Tapi demi Allah, AKU SUDAH MEMAAFKAN DIA lama dulu.  Aku mengaku, Kematu itulah juga yang membawa kepada "diam" yang berlanjutan sampai ke Januari 2013.  Syukur, Tuhan mendengar doaku, Terima Kasih Ya Allah, sahabat cantikku itu masih mengambil berat padaku. Terima kasih Zue, Aku Selalu Sayang Kamu...

Hanya Tuhan yang tahu, betapa setiap kali ada entry baru diblognya, hatiku terlalu gatal untuk masuk dalam blognya dia.  Demi Allah, hatiku benar2 gatal untuk menerjah masuk dan tenggelam dalam blog dia.  Tapi, benarlah, KEMATU itulah yang membuatku membatalkan niat, hanya dapat membaca separuh daripada entry dia; itu pun lewat dinding blog.  Hanya Tuhan yang tahu, betapa aku ingin menyampaikan ucapan tahniah buat Anis, atas kejayaan UPSR dan ke Cardiff City.  Tuhan, telah membenarkan hajat itu hari ini biar cuma lewat blog ini saja.  Tahniah Zue.  

P/s: Aku Aminkan doamu atas penghantaran karya ke ITBM.  Karyamu tentu saja layak, dan kalau ia ditolak sekalipun, karyamu itu tetap satu karya yang epik.

Friday, January 25, 2013

Kini = Tinggal Kenangan



P/s: Betullah bahawa Kenangan Itu Kerinduan, hari ini dan sekali lagi aku terasa sangat kebenaran madah yang sudah lama aku pegang sejak tahun 95 dulu.  Aku tak dapat menipu diri, aku betul2 teringatkan dia.  

...Kini hanyalah tinggal kenangan, tiadaku rasa dalam genggaman, hanya terdaya mengingat semua kenangan yang lalu...

Selamat Pengantin Baru MSA...Semoga Kamu Bahagia Selalu...

Ingat Raksasa Ingat Aku
Ingat Wifi dan Gay; aku bakalan teringat kamu...


Monday, January 21, 2013

Silap lagi



P/s: 100 kali bangun tidur-mimpi dia-mandi bunga sekali pun, tiada apa yang dapat mengubah keadaan jadi macam dulu.  Kalau ketentuan tadkir itu, akulah sang penulisnya; tentu aku tidaklah jiwa kacau macam sekarang.  Kalau masa boleh diundur, aku pilih tak kenal tak cinta dengan dia.  Sulit...

I Should Know...yang pastinya; silap itu datang diriku sendiri.  Aku yang gatal membiarkan diriku masuk dalam keadaan yang selalunya tidak pernah memihak kepadaku walau sekali dalam usiaku ini.

Terima kasih kerana pinjamkan aku kenangan indah itu...biar cuma sekejap.

Kenangan Itu Kerinduan...


Sunday, January 20, 2013

Tak Jodoh - T2



P/s: Semoga Kamu Bahagia Selalu...

Sejarah Berulang

Petang ini, sekeping kad Walimatul Urus benar2 merenggut ketenangan dan kegembiraanku tapi menjawab segala penantianku selama hampir 4 minggu.  Ternyata, sejarah dulu berulang lagi.  Saat aku menyangka bahawa kali ini, sesuatu yang bahagia bakal menjenguk nasibku-takdirku juga, nampaknya; ia masih belum sah menjadi milikku.  Aku redha atas ketentuan takdir.  Aku sudah berusaha, aku juga sudah meminta lewat doa-doaku pada Khaliqku, namun kebahagian yang aku harapkan itu bukan milikku.  Cuma, izinkan aku untuk memujuk hatiku Ya-Allah, membasuh lukaku dengan tangis supaya hatiku bisa sembuh-ceria semula.

P/s: Aku ni dengan yang namanya Cinta, semacam ada badi,  melekat terus perkataan "Kecewa" itu dengan diriku.

Kepada dia...

Selamat Pengantin Baru...Semoga Bahagia Selalu.

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...