Sunday, February 17, 2013
Sedar
Kadang2 kita tidak sedar cinta ada di depan mata, bila sedar; kita telah melukakan hati beberapa pihak. Paling memeritkan, bila sedar; kita telah pun kehilangan cinta itu.
P/s: Cinta = Emosi Serius....ahaaaa..aha aha....!!!
Wednesday, February 13, 2013
Emosi
Selalunya hal yang mendera emosi itulah yang membuatkan kita mampu bertahan
P/s: Pesimis atau Prejudis
E M O S I
Magapon & Ikan Telapia Bakar
Hari ini, aku meneruskan lagi hobi memancing yang dikongsi bersama sahabatku si Issa Norisah. Jam 10.00 am, HPku berbunyi, dan mesej itu dari Issa, mengajakku untuk memancing. Lepas bersiap sekiut yang mungkin aku terus menuju ke destinasi...hehehe!!! tanpa berlengah...lagipun, jarang dapat memancing bersama sahabatku si Issa ni, kecuali kalau dia balik kampung. Itu pun kalau dia balik lama sikit...
Menjelang tengahari, kami bakar beberapa ekor ikan yang kami tangkap untuk dijadikan lauk. Walaupun tidaklah sebesar mana, ia masih berbaloi untuk aku dan kawanku yang punya hobi ini. Bagi kami yang penting, umpan yang ditebar mengena. Kecil besar bukan taruhan, yang penting dapat merasa sentapan ikan kolam yang memakan umpan...cis, tahap tegar kronik kah kami ni.....atau ia cuma satu hobi kala cuti....entah la...hahahah!!!
Teringat petang tadi, sempat memetik buah limau tidak bertuan di Bunsit. Kami ambil dengan keizinan orang yang tinggal di kawasan tempat berkelah, masa hendak petik pun, ada mereka turut petik buah limau itu. Mereka kata, ia milik siapa sahaja yang berhajat. Lepas petik 5 biji limau manis yang masih kecil, kami ucapkan terima kasih. Terloncat2 aku dan Issa waktu nak ambil buah limau tu....hahaha!!! nasib la aku tak bawa HP masa tu, kalau tak mesti dah ambil gambar aksi "gojes" petik buah limau.
P/s: sempat beli garam dan ajinomoto untuk bakar ikan.....teringat ahad lepas, hujan dah lebat, aku dan Issa masih degil memancing...ikan pula makin galak mengena pancing. sudahnya, hujan lebat pun anggap macam shower dalam bilik mandi....alahai...tahap kronik betul...hahaha!!!
P/s: cuba menulis guna BMT....tapi tak sepenuhnya...sebab terasa pelik...hahaha
Tuesday, February 12, 2013
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H/2013 SK. Ansip
Entry ini sepatutnya aku tulis jumaat yang lepas, tapi aku menangguhkannya hingga ke malam ini kerana penyakit malas yang bersarang dalam diri. Tapi entry ini tidak boleh tidak, aku harus menulis dan memasukkan gambar-gambar yang aku ambil sebelum dan semasa majlis Sambutan Maulidur Rasul ini. Ini entry wajib dalam blog kesayanganku ini. Tahun ini kelainan yang kami tampilkan adalah, ada acara Khatam Iqra' sebagai penghargaan kepada anak-anak murid kami yang menamatkan Iqra' 6 dan naik membaca Al-Quran. Sebenarrnya, majlis khatam Iqra' ini sepatutnya kami jalankan tahun lepas jika mengikut perancangan, tetapi; faktor kekangan masa menjadi halangan. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, walaupun tidak mengikut perancangan yang sepatutnya. In Shaa Allah, kalau berpeluang untuk membuat majlis Khatan Iqra' kali kedua, aku akan membuatnya dengan lebih cantik; dari segi persiapan dan perancangan. Biar rapi dan indah untuk kenangan semua, terutama murid2ku.
Jom layan gambar2 kami
P/s: korang harus tengok gambar2 ni bermula dari bawah....sorilaa....gua malas la nak susun...apapun layan.....
| Selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul .... Sesi latihan nasyid untuk MTQ Zon Pegalan.... |
| Pertandingan Menulis Jawi |
| Adil..... |
| Khatam Iqra'... |
| Ustaz Abdul Halim dan Anak2 murid yang khatam Iqra' |
| Mendengar arahan Ustazah Nik untuk pertandingan Menulis Jawi |
| Sebelum majlis Khatam Iqra' |
| get ready... |
| Slot 2...tengok cerita pasal Kelahiran Nabi Muhammad SAW |
| Pentas untuk Khatam Iqra' |
| Cikgu2 dan Guru Pelatih yang hadir...Tq amm.... |
| ustaz Abdul Halim with his Video |
| Selepas acara perarakan... |
| bincang bisnes... |
| bersedia untuk menonton video Kelahiran Nabi Muhammad SAW |
| Perarakan bermula... |
| begambal dulu....hehehe |
| Bersedia untuk perarakan..... |
| Mendengar taklimat sebelum acara perarakan... |
| Pentas untuk Khatam Iqra'...pandangan sebelah kiri |
| Pandangan sebelah Kanan... |
| Pentas untuk Khatam Iqra' |
| Gambar ini sehari sebelum majlis sambutan Maulidur Rasul...buat banner, proses mewarna... |
| hasil siap.... |
| Hasil siap setelah bertungkus lumus....comelkan banner/sepanduk kami... |
| Proses mewarna... |
| Amylea...siap bawa apron mama dia time ni....hehehe.... |
| Anak2 murid yang setia membantu... |
| Jihah sedang buat campuran warna...sebab kami perlukan warna hijau untuk daun...ketiadaan kaler hijautekun nampak.... |
| Fazlizah dan Dianti....fazlizah paling berhati2 kasi kaler biru...hasil pun nampak cantik....hehehe |
| Aku lepas kaler bunga merah dekat dengan berus tu....chill kijap untuk ambi gambal mereka2 ini.... sebagai kenangan bah.... |
Monday, February 4, 2013
Cerita MTQ Zon: Part 1
Waktu di sekolah tadi; aku, Jihah dan Nik bergabung tenaga cuba menghasilkan satu lirik nasyid bertemakan "Al-Quran Penjana Wasotiyah Umat". Sudah pasti, usaha itu bukan mudah untuk dilunaskan dalam waktu yang sekejap, setelah Jihah dapat menghasilkan 4 rangkap lirik, aku cuba mengubah beberapa rima ayat. Alhamdulillah, akhirnya satu lirik telah tercipta. Langkah seterusnya adalah mencari lagu-melodinya. Jenuh juga otakku cuba mencari ilham lagu, tapi otakku payah untuk berseni apalagi berkarya menghasilkan lagu dan melodi yang hebat. Akhirnya, aku mencari lagu-lagu nasyid Tuan Hj. Jalidar untuk dijadikan panduan, syukur pencarianku berhasil bila aku berjaya menemukan lagu yang pernah kami nyanyikan masa di maktab dulu. "Muhasabah Diri", begitu judul lagu nasyid itu. Aku akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan melodinya. Rasanya tidak terlalu salah untukku menggunakan melodi itu untuk manusia bebal melodi macam aku; cuma aku mohon Tuan Hj. Jalidar menghalalkannya. Sejak balik dari sekolah sehinggalah jam 10 pm tadi aku berusaha memasukkan melodi dengan merakamkan suaraku secara berlapis dengan lirik asal lagu itu. Aku bukannya pandai menghilangkan suara pada lagu asal, jadi dengan kepakaran cap ayamku dan kemampuan HP Sonyku yang sudah tua itu, aku berjaya juga merakam lagu dengan lirik kami untuk aku perdengarkan pada Jihah dan Nik, dan jika mereka bersetuju dengan melodinya, maka kami sudah boleh mula melatih murid.
Persoalan sekarang, mampukah aku menahan maluku besok?, sebab suaraku yang macam katak panggil hujan bakal diperdengarkan pada dua sahabatku itu....argghh...aku cuma berharap agar sang langit bisa menahan matanya supaya tidak menangis mendengar suaraku. Masih juga ada beza antara suaraku dengan katak. Wahai langit biru yang cantik, Tolong aku; jangan kau tukarkan warna birumu dengan mega mendung yang kelabu kehitaman.
P/s: Kami Tuan Rumah MTQ Zon Pegalan 21.Feb.2013...tadi sudah buat "Uji Bakat"...Sudah ada murid yang terpilih menjadi peserta MTQ SKAK. Semoga Allah mempermudahkan Urusan kami. Minggu ini dan minggu berikutnya sebelum tarikh 210213, kami bakalan sibuk yang amat.
Lirik lagu akan aku postkan pada entry yang akan datang, Cerita MTQ Zon Part 2
Friday, February 1, 2013
Entry Khas Untuk Kawan Blogger: SYIDA
Terima Kasih Saudari.....
SYIDA
Kerana...
Sudi Singgah Dan Menjadi Pengikut Ke 15 blog saya
01.02.2013
Big Smile untuk awak
(>__________________<)
P/s: Saya tak dapat nak follow Blog awak sebab tidak ada link untuk ke Blog awak....:(
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dimeja kopimu
Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...
-
Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...
-
Namanya juga cita-cita, jadi harus digantung setinggi langit. Biarpun kau cuma mampu mimpikannya dalam tidurmu, sekurang-kurangnya, cita-c...
