Friday, November 3, 2017
Sunday, October 29, 2017
Baik
Benarlah. Membaca karya tuan Bahruddin Bekri tidak pernah gagal memberi motivasi, tidak pernah gagal memujuk untuk terus melakukan hal yang baik-baik. Menerima yang baik-baik. Berfikir yang baik-baik. Mengurus hati ini kerja payah kalau tidak kenal akar budinya.
Jalan terus. Cinta ada di depan. Tidak dia menunggu tapi; tidak pernah dia lupa memberi ruang seluas langit.
Keehoi. Haiyalah.
Saturday, October 28, 2017
Bulan Buku: Oktober 2017
Dapatan hari ketujuh Karnival Buku Keningau. Saya beli kerana buku ini terkenal. Cetakan ke-12 pada tahun 2015. Kisah sebenar penulis. Sebut sahaja, Awek Chuck Taylor, pasti peminat buku tahu kalaupun tidak semua.
Sempat berperang dengan hati tadi. Hajatnya, hendak beli buku Seyogia. Akhirnya, terpaksa pendam dulu. Insya-Allah, akan beli pada November. Dalam perancangan, sudah ada 4 buah buku buruan.
Tuesday, October 24, 2017
Karnival Buku Keningau 2017 Hari Ketiga: Kenangan itu Kerinduan
Hari ini ke bual bicara buku bersama Pak Latif. Pelajar daripada SMAN dan Pusat Tahfiz Ar-Rahman sebagai jemputan. Sesi soal-jawab meriah sungguh. Para pelajar tidak segan bertanya soalan. Ada hadiah disediakan penganjur berupa buku. Dengki sangat. Saya pasti hadiah itu disediakan khas untuk pelajar yang bertanya soalan. Ada satu pelajar Tahfiz yang saya suka soalannya. Dari cara dia mengutarakan soalan, pendapat dan perasaannya pada buku-buku Pak Latif, amat berbeza dengan pelajar yang lain. Saya gak dia seorang pelajar pintar.
Dapat tandatangan Pak Latif dan berbual dengan beliau buat saya senyum dan gembira. Pak Latif sopan santun bahasanya. Pengalaman beliau tidak ternilai harganya. Semoga Allah mempermudah urusan rezekinya, kesihatan dan ilham berterusan. Biar beliau terus dapat berkarya. Orang baik disayang Tuhan.
"Ini buku Pak Latif"?
"Iya, buku saya. Dapat dari mana?"
"Dari reruai DBP. Saya ada terbaca satu blog, dia senaraikan 100 buah buku yang harus dibaca. Salah satunya buku ini".
"Buku Merentas Ranjau?"
"Iya, Pak Latif"
"Boleh saya bergambar dengan Pak Latif?"
"Ya...ya...boleh"
Setelah berbalas ucapan terima kasih dan mendoakan kesihatan beliau saya meminta diri. Katanya,
"Semoga berjumpa lagi"
Hari yang sangat berbaloi-baloi. Hari yang menerbit senyum bulan sabit. Ditambah dengan mesej daripada poslaju. Kenapa tidak?
Kenangan itu Kerinduan. Program begini di Keningau bukan selalu datang. Entah-entah lima tahun selepas ini baru ada lagi.
P/s: Harap-harap team Tombiruo datang buat roadshow di sini. Inikan Keningau. Tempat kisah itu bermula.
Bulan buku: Oktober 2017
Dapatan hari ketiga, Karnival Buku Keningau. Saya dapat tandatangan Pak Latif untuk buku 'Merentas Ranjau'. Hari yang berbaloi-baloi.
Trilogi Tombiruo. Sebenarnya, saya cuma perlu beli dua lagi buku daripada trilogi ini. Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Tapi, sengaja saya beli tiga, sebab buku Tombiruo: Penunggu Rimba, hendak saya hadiahkan pada sahabat saya, Fatine. Katanya, mahu membaca buku ini. Harapnya, dia belum beli lagi. Iya, filem Tombiruolah punca saya beli trilogi ini. Ikutkan, hendak beli tahun depan, waktu PBAKL 2018. Ceh!
Yang berbalut itu: Tombiruo: Penunggu Rimba. Hadiah buat Fatine.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dimeja kopimu
Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...
-
Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...
-
Namanya juga cita-cita, jadi harus digantung setinggi langit. Biarpun kau cuma mampu mimpikannya dalam tidurmu, sekurang-kurangnya, cita-c...












