Bila tertulis takdir begini, pasrahkan saja pada cinta yang kekal selama-lamanya........Aku redha atas ketentuan Allah. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Semoga Allah menggantikan kedukaanku dengan sesuatu yang membahagiakanku jua bila DIA telah memperkenankannya......Amin.
Friday, November 23, 2012
Thursday, November 22, 2012
Pray For GAZA...
P/s: Aku tidak mampu untuk membantu saudara seislamku di GAZA, apalah daya aku yang kerdil ini. Aku cuma mampu mendoakan mereka. Semoga Allah menyelamatkan; wanita2 dan kanak-kanak di GAZA, semoga Allah memberi kekuatan kepada; lelaki2 di GAZA. Bertahanlah GAZA!!!
Saturday, November 17, 2012
KEMBALI TERJALIN
KEMBALI TERJALIN
28.Okt. 2012
Ami
meraup mukanya untuk ke sekian kali. Airmata
lelakinya jatuh menitik mengenangkan kebodohan yang pernah dia lakukan setahun
yang lalu pada seorang gadis yang begitu tulus dan setia mencintai
dirinya. Mafela berwarna marroon di peluk erat. Ami memutar kembali lagu “Kembali Terjalin”
dendangan kumpulan Slam. Bait-bait pada
lagu itu benar-benar mengusik jiwanya.
Terasa sungguh kejahilan dia dalam menilai erti kasih sayang yang
sebenar.
Ami membuka laptopnya, dan membuka
email. Ami mencari butang Compose, dan
mula menulis email untuk Alia. Hanya
bait lagu kumpulan Slam yang ditulis bagi menyampaikan hasrat hatinya.
Seperti mimpi perkenalan itu
Cuma seketika
Namun di dalam hati
Dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata di dalam genggamam
Tidak ku sedari
Kaca yang bersadur keemasan
Terus ku cari
Tertutup pintu hati
Minda tak berfungsi
Diketika itu
Tak tahu menilai
Mana yang tulen mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku
Dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian
Andainya di situ
Ada ruang bolehkah kiranya ku menumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diriku yang dulu melukakan
Berilah aku kesempatan
ku buktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita
Ku pohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci.
P/s: Tolong maafkan budak jahat ini, budak jahat
ini banyak buat salah dekat budak baik,..tunggu budak jahat ini balik dan budak
jahat ini akan tebus balik semuanya....tunggu ya sayang!!!
28.Jun.2011
“Alia,
Ami rasa kita tak boleh teruskan hubungan ini lagi”, kata-kata yang keluar dari
mulut Ami menyentap tangkai hati Alia.
“Tapi
kenapa Ami, Alia ada buat apa2 salah pada Ami, Ami cakaplah...Alia cuba ubah
apa saja yang Ami tak suka”, Air mata Alia mula bergenang. Dia terkejut
sebenarnya.
“Ami
harap Alia faham”. Ami menarik nafas sambil mengenggam stereng kereta.
“Tapi
kenapa Ami”soal Alia lagi, mengharapkan alasan yang kukuh atas permintaan bersifat
sadis Ami itu.
Pertanyaan
Alia membuatkan Ami rimas. “Ami perlukan
perempuan yang sama level dengan Ami, yang boleh bantu Ami. Study Ami terlalu susah Alia, Ami perlukan
seseorang yang boleh bantu Ami menghadapi pelajaran Ami di sana, Ami perlukan
orang yang dekat dengan Ami, bukan mudah untuk hidup di sana Alia, cabarannya
lain, tekanannya mendesak”.
“Alia boleh bantu Ami,
tolonglah Ami, jangan buat Alia macam ni, Alia Cuma ada Ami”Alia mula menangis
teresak-esak”
“Kita dah tak sama
level Alia”.
“Ami
pernah cintakan Alia”
“Pernah,
tapi cinta Ami berakhir hari ini”.
“Kita
tak boleh jadi kawan, hanya kawan”
“Ami
rasa, lebih baik kita tak berhubungan lagi itu lebih baik. Jom balik”.
Ami
mengundurkan keretanya dari kawasan parking di Hill View. Dengan Kelajuan sederhana dia menghantar Alia
balik ke rumah sewa Alia di Taman Sabana.
Sepanjang perjalanan mereka diam membisu. Sesekali Alia melirik ke arah Ami, lelaki
yang sangat dirinduinya. Setahun lamanya
dia tidak melihat wajah itu, dan pada masa dia dapat duduk berdua dengan lelaki
itu, berita perpisahan ini pula yang diminta oleh lelaki itu. Hati Alia benar-benar terasa sayu. Terasa hina dirinya di mata Ami“Kita tak sama
level”.
“terima
kasih Ami”ucap Alia penuh sayu.
Sewaktu menuturkan ucapan itu air mata
Alia jatuh dari tubir mata. Ami sempat
melihat air mata itu jatuh dan ada getaran pada dadanya. Tapi kerana keegoan, Ami terus meluncurkan
kereta setelah Alia turun dari kereta.
28.Ogos.2011
“Alia”,
satu suara memanggil Alia dari belakang.
Alia terkejut dengan panggilan itu.
Alia menoleh ke arah suara itu.
“Ijan”. Alia menutup rasa gugupnya dengan tersenyum.
“Kenapa
kau tak join kami di situ, Ami kan nak balik London hari ni”tanya ijan penuh
kuriositi.
“Ijan,
tolong jangan beritahu Ami aku ada di sini.
“Tapi
kenapa kau tidak mahu Ami tahu kau ada di sini”kening Ijan berkerut.
“Tolong
ya”, pinta Alia bersungguh-sungguh”. Airmata Alia mula bergenang di tubir
mata. Ijan mengangguk tanda bersetuju
untuk merahsiakan kehadiran Alia di Airport.
“Ijan,
boleh tak kau tolong bagi hadiah ini pada Ami, tapi kau jangan cakap aku yang
bagi”, pinta Alia lagi.
“Kalau
Ami tanya siapa bagi, aku nak jawab apa”tanya Ijan lagi.
“Kau
cakaplah kau bagi”, Alia menyerahkan bungkusan hadiah itu pada Ijan.
“Tolong
ya Ijan”pinta Alia lagi sambil menyeka airmata yang sudah mulai turun
dipipinya.
“nanti
aku ceritakan semuanya”, tambah Alia lagi bila Ijan memandangnya penuh dengan
tanda tanya. Ijan Cuma mengangguk dan
berlalu meninggalkan Alia untuk menemui Ijan.
London, University Of London
“wei, kau masih pakai
mafela ni”tanya Ijan bila melihat mafela yang melilit kemas di leher Ami.
“masihlah, aku suka
dengan mafela ni. Bila pakai terasa selesa
dan hangat” kata Ami sambil membuka kot dan mafela dilehernya.
“kau rasa selesa dan
hangat sebab orang yang buat mafela itu buat dan kait dengan penuh kasih dan
sayang”balas Ijan selamba.
“kau beli dekat mana hari
tu”tanya Ami sambil menyangkutkan kot dan mafela itu di dinding bilik dekat
dengan sebuah almari bercirikan inggeris.
“wei, aku tanya kaulah,
mana kau beli mafela ni”, tanya Ami sambil melemparkan sebuah bantal pada Ijan
yang khusyuk membaca buku perubatan.
“mafela tu hand-made
tau, aku dapat masa di Airport hari kau terbang tahun lalu” balas Ijan sambil
menutup buku perubatan tebal yang dibacanya.
“kau masih couple
dengan Tasnim?”tanya Ijan bila Ami duduk di kerusi meja belajar Ami.
“Aku dah putus dengan
dia, ternyata kami tidak serasi”Jawab Ami jujur.
“putus, bukan kau kata
dia yang boleh bantu kau dan kau perlukan perempuan yang sama level dengan kau”tanya
Ijan dengan wajah serius.
“kau macam tak puas
hati dengan aku saja”tanya Ami sambil memandang wajah Ijan.
“Bukankah itu yang kau cakap pada Alia dulu”.
Hati
Ami berdetak bila mendengar nama Alia.
Nama yang sudah lama tidak didengarnya.
Kali pertama nama itu disebut setelah kedatangan Ijan untuk menyambung ijazah
kedoktorannya di sini.
“dia
apa khabar”, tanya Ami lemah. Tiba-tiba
dia teringat kelakuannya pada gadis itu semasa pulang bercuti tahun lepas.
“dia
sihat”, balas Ijan. “mafela itu, dia yang
bagi sebenarnya”.
Jawapan
Ijan, membuatkan Ami tersentak. Lantas berdiri
dan menghampiri Ijan.
“Alia
yang buat mafela itu”, tanya Ami penuh kuriositi. Ada arus yang menyentap segala urat saraf di
badannya.
“ya,
Alia yang bagi”. Dia ada di Airport hari kau balik ke London. Dia bersembunyi dan tengok kau dari jauh”.
Jawab Ijan sambil memandang tepat ke arah Ami. “Dia minta aku bagi kau mafela
itu”.
Ami
meraup mukanya beberapa kali. “patutlah
setiap kali aku memakai mafela itu, aku teringatkan dia”.
“Hari
itu, dia betul-betul sedih Mi, dia menangis masa minta aku serahkan mafela itu
pada kau, yang buat aku betul-betul tersentuh hati, dia tunggu flight kau terbang sampai tak nampak
lagi di awan”tambah Ijan dengan serius.
“Aku
berdosa pada dia Ijan”hati Ami tersentuh mendengar cerita Ijan.
“kau
tau, dia demam hari itu. Mungkin sebab
terlalu memendam rasa. Dia cakap dia
rindukan kau, dia cuma dapat jumpa kau sebanyak 3 kali sahaja sepanjang tempoh
kau bercuti. Pertama masa dekat airport
hari kau balik ke Malaysia, kedua masa kau putuskan hubungan kamu dan ketiga
hari kau mahu balik ke London”Tambah Ijan lagi.
Ami meraup mukanya sekali lagi. Getaran di dadanya semakin terasa. Entah kenapa cerita Ijan, membuatkannya
terseksa.
“aku
bawa dia balik hari itu, aku kasihankan dia.
Dia demam teruk lepas itu. Aku
masih ingat lagi, masa dekat kereta dia menangis teresak-esak, cuak juga aku”,
cerita Ijan lagi.
“sejak
dari hari itu, Alia jadi pendiam semacam, kau nampak dia senyum dan ketawa,
tapi mata dia jelas tunjukkan kekecewaan.
Masa aku nak berangkat ke sini, aku ada tanya dia, adakah dia hendak
kirimkan apa-apa untuk kau?”tambah Ijan lagi.
“dia
ada cakap apa-apa?” tanya Ami sambil memandang wajah Ijan dengan wajah yang
tidak keruan.
“Dia cuma gelengkan kepala dan senyum pada
aku. Kau tau dia cakap apa?”tanya Ijan.
“Dia cakap apa?”jawab Ami dengan kerutan dikeningnya.
“Dia cakap apa?”jawab Ami dengan kerutan dikeningnya.
“dia cakap sampaikan salam ikhlas dia, tapi
dengan syarat kalau kau lebih dulu bertanya pasal dia, sebab kau tak izinkan
dia berhubungan dengan kau lagi”jawab Ijan sambil senyum.
“hari
ini aku sampaikan salam dia, salam Alia untuk kau Mi sebab kau lebih dulu
bertanya pasal dia”kata Ijan sambil memandang wajah sahabatnya itu.
Ami meraup lagi mukanya. Kali ini hati lelakinya bergetar hebat. Entah kenapa hari ini dia merasakan dia adalah
lelaki yang paling bodoh.
“Alia
kata lagi, selama hari ini dia selalu bersama kau sebenarnya, bantu kau
memanaskan badan bila setiap kali kau memakai mafela yang dikaitkan sendiri,
dia maafkan semua yang kau buat pada dia sebab cinta tidak semestinya
memiliki. Dia redha atas semua yang
terjadi, lagi pun kata Alia, sekurang-kurangnya dulu masa kamu masih sama
level, kau pernah mencintai dia”, tambah Ijan lagi.
“sebenarnya,
waktu dengan Tasnim; aku tidak segembira waktu bersama dengan Alia. Kalau dengan Alia, ada saja benda yang boleh
buat aku senyum dan ketawa dengan keletah dia”, kata Ami sambil memandang
keluar jendela.
“tapi
kerana ego dan mungkin kerana kecantikan Tasnim ditambah dengan kesulitan
menghadapi pelajaran dan tekanan hidup di sini membuatkan aku terlupa pada Alia”tambah
Ami lagi.”padahal email-email Alia selalu memberi kata-kata semangat
kepadaku. Selalu cuba membantu aku. Aku memang bodohkan Ijan”.
“Kau
tak bodoh, kau poyo”, balas Ijan sambil melemparkan bantal ke arah Ami.
Ami menyambut bantal yang dilempar Ijan ke
arahnya. Ami menjawab salam Alia. Ijan tersenyum puas bila mendengar jawab
salam Alia untuk Ami. Semuanya sudah
terlerai. Ami menangis di depan
Ijan. Melepaskan keluhan berat atas
kejahilannya menilai cinta sambil memeluk bantal yang dilempar Ijan tadi. Bukan maksud Ijan untuk menjaja cerita sedih
Alia untuk meraih kembali cinta Ami, Cuma Ami perlu tahu keadaan Alia yang
benar-benar ikhlas mencintai Ami. Ijan Mahu Ami menilai cinta bukan atas dasar
level atau status tetapi dengan keikhlasan.
Kedengaran klise itulah hakikat cinta sebenar.
Hilang...
Hajat untuk menulis cerpen bagi menyahut cabaran Geng Urban untuk bulan Nov ini masih terbengkalai begitu sahaja. Idea sudah ada, cuma aku seperti kehilangan rahi untuk menulis. Sekarang ini saja waktu aku meluangkan masa untuk menulis di blog kesayanganku si Ruang Rindu saja, fail-fail KSSR yang menuntutku untuk disiapkan masih berlonggok di atas lantai dekat dengan meja tulisku. syukur saja Fail KSSR Tahun 2 sudah kusiapkan. Semangat untuk menyiapkan fail2 ini juga hilang. Aku harap, aku dapat melunasi semua pekerjaan yang sepatutnya aku siapkan sepanjang cuti semester akhir ini. Aku juga harap aku dapat mencari semula rahi menulisku yang tiba-tiba hilang.
Monday, November 5, 2012
Coretan Tentang Rasa
Entah harusku apakan rasa yang bergelodak dalam jiwaku sebenarnya hari ini. Aku tidak mampu apalagi punya keizinan untuk meluahkan pada sesiapa pun termasuk sahabat terbaikku. Tidak mampu dan tidak boleh kerana aku sudah menutup lubang hitam itu di
hadapan sahabat terbaikku. Aku tidak mahu membebankan dia kerana
perasaan gilaku ini. Hanya di blog kesayanganku ini saja aku mampu meluah rasa sekalipun nanti bakalan ada yang membacanya, sekurang-kurangnya pembaca entry ini tidak tahu cerita sebenar dan watak-watak yang terlibat. Pembaca mungkin cuma akan meneka-neka dan membuat kesimpulan sendiri, tidak apalah, sekurang-kurangnya dengan menulis entry ini dapat melegakan sedikit gelodak rasaku. Mungkin juga sahabat terbaikku bakalan membaca entry ini, pintaku cuma pengertian bahawa aku cuma manusia biasa yang selalu lemah dan khilaf tentang kendalian hati. Aku sangat membenci perasaan yang hadir petang hari ini. Ya, memang mulut mudah untuk menipu tapi hati memang tidak mampu menipu. berita hari ini memang sedikit terasa di dalam hati. Apapun, jauh di dalam sudut hati, aku tetap mendoakan yang baik-baik untuk kamu sekalipun kamu tidak pernah mendoakan yang baik-baik untukku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cerpen Lama
Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...
-
"Etseh...si Atie jadi ahli Kelab Melukis, bestlah kau Tie...gua tabik lu" "Alah kau ni Far, puji lebih-lebih"......
-
Saya mengalami reading slump yang agak teruk akhir-akhir ini. Saya agak struggle untuk habiskan buku yang sedang saya baca sekarang. Ia buka...
-
Mode: Lumangad Oku Dika Jam: 3:46 pm Kondisi Perut: Masih mencari Aiskrim Magnum What should i do? I really need a magic wand today, and...