Showing posts with label My CerPeN. Show all posts
Showing posts with label My CerPeN. Show all posts

Monday, December 15, 2014

TAMBIRANG SI SAMAD

Sudah 3 bulan Samad bekerja di semenanjung di sebuah saloon kecantikan.  Samad terpaksa menukar identiti, dari seorang anak dusun tagap kepada seorang lelaki lembut.  Dari gaya rambut, pakaian dan mekap, semuanya sudah berubah.  Ya, Samad sudah pandai mengenakan mekap, eye liner rona coklat dan pelembap muka jenama dari Korea.  Bibir samad kelihatan berkilat, dia menggunakan pelembap bibir perisa strawberry, menyerlahkan lagi warna pink asli bibirnya, dengan kulit putihnya, penampilannya, saling tak tumpah meniru gaya K-pop.  Namanya juga sudah bertukar moden, Sammy Dee, itu nama glamour Samad di Kehel.

Ya, samad menjadi hair-stylish yang agak terkenal di Salon Qu Hitam.  Pada awal dia bekerja di Salon ini, Samad hairan bin ajaib kenapa taukeh salon ini tergamak menamakan kedai salonnya sebagai Qu Hitam.  Sangat tidak komersil dan macam entah apa punya nama salon, itu apa yang samad fikirkan.  Pernah juga dia bertanya pada bossnya, tapi jawapan taukeh kedai itu membuat samad terdiam tidak berani hendak bertanya lagi.

“Boss, kenapa nama Salon namanya ni Qu Hitam, boss ada kaitan ke dengan Qu Puteh, puteh-puteh baru puteh tu?”
“Salon  ni nenek gayung kau punyakah?”
“Tidak”
“Jadi, kau diam”.

Sejak dari perbualan serius seram antara samad dan bossnya, samad bertekad untuk menjadi pekerja contoh.  Samad takut dengan mata helang bossnya, misai lentik bossnya yang mengalahkan Wak Doyok itu agak menggerunkan Samad.  Sudah lah dia di suruh diam oleh bossnya. Samad tidak mahu diberhentikan kerja, nanti makan Maggie kari lagi, hari-hari, Samad tidak mahu ketiaknya berbau kari. Hidup di Kehel ini ngeri. Bukan macam di kampung, kepayas pun boleh bikin sayur.Samad mula mencari identiti baharu supaya dapat meyakinkan pelanggannya bahawa dia hair stylish yang bagus, yang hebat.  Samad berlatih bersungguh-sungguh menggunting dan menggayakan rambut dari seniornya yang terer gila dalam semua gubahan rambut, siang malam, malam siang, hari berganti hari, penuh konsentrasi.  MAsa UPSR, PMR apalagi SPM, Samad tidak pernah sebegini gigih.  Gigih yang paling gigih...whatever!!!

Samad mula membuat transformasi diri…ces!!! 

Samad sudah tidak suka pada roda pusing-pusing lagi.  Samad sudah mula meminati pekerjaannya.  Samad mengubah percakapannya, mengikut gaya orang Kehel, Samad tidak mahu ketahuan sebagai orang Sabah.   Nada suaranya sengaja dilemah lembutkan dengan bibir yang sengaja dicomel-comelkan bila bercakap.  .  Usahanya membuahkan hasil, malah samad sudah tahu roda pusing-pusing itu ialah ferris wheel dalam bahasa Inggerisnya.  Samad juga sudah tidak makan Maggie kari campur telur dan lada, di tukarnya kepada Maggie Royal Korea, supaya aura Korea itu melekat ketat dalam dirinya.  Identiti Dusun dalam dirinya disembunyikan.  Minta puji betul si Samad.  Setelah berlatih menggunting dan menggayakan rambut, Samad diberi tugas menggayakan rambut pelanggan pertamanya.

“Gunting?
“Ya, I nak style layer”.
“Ok, miss”.
“Eh, tapi, I nak belah kanan you pendekkan sampai bawah telinge, belah kiri you panjang sikit sampai paras leher”.
“Rasanye, itu style Bob”
“oh yeke,bob ke tu? , satu lagi, I nak ada rambut depan, tapi jangan limpas kudau ye”.
“Hahaha….kudau”

Samad tergelak sendiri sampai terduduk.  Pelanggannya tercengang, muka berubah merah.  Kotoh, siapa suruh berlagak cakap Kehel.  Terkeluar sabahan dan dusunnya. 

“Ko pehal Sammy, apa yang lawak? Kawan sekerja Samad tercengang, boss Samad blur.  Tidak faham apa yang terjadi, tidak faham bahasa satu hal.
“Kudau”.
“Hahaha….dia bilang rambut depan jangan limpas kudau”.
 “What’s limpas kudau? Tanya boss Samad.Misai lentiknya bergerak-gerak, macam misai kucing mengesan radar makanan.

Samad terus tersedar.  Dia pura-pura menyapu dahinya, padahal samad mahu menepuk dahinya akibat dia hampir mendedahkan identitinya, sebagai anak sabah berbangsa Dusun.

“Xde ape2 boss. I saje buat Maharaja Lawak Mega macam kumpulan Zero tu”.

Samad meneruskan kerjanya.  Menggunting rambut seperti permintaan pelanggannya.  Setelah membuka kain pengalas yang menutup badan pelanggannya, tiba-tiba pelanggan itu berbisik…

“Kau urang sabah kan, urang Dusun”
“Tak lah, I orang Kehel”
“deiii…pura-pura lagi, jadi kenapa kau tau kudau”
“Hei, I orang Kehel okey”. Samad terus meninggalkan pelanggan itu dengan lenggoknya yang sengaja dilembutkan.

Samad meneruskan hidupnya dengan berhati-hati.  Insiden hari itu hampir mendedahkan dirinya sebagai anak Dusun  Sabah.  “Choii"…kata samad dalam hati, "hampir-hampir kedapatan”. Sedar-sedar tidak sedar, sudah 6 bulan samad bekerka di Salon Qu Hitam.  Sudah 6 bulan samad meninggalkan kampungnya.  Samad sudah menjadi terkenal.  Ramai pelanggan suka pada cara samad menggayakan rambut mereka.  Boss Samad tersenyum padanya, manis, mata helang bossnya juga sudah tiada, misainya tidak bergerak-gerak lagi ketika melihat samad.  Sammy Dee menjadi sebutan datin-datin montel.  Sammy Dee semakin sibuk, sibuk yang kalah-kalah kau menteri penerangan.

Satu hari, Samad menerima panggilan dari kampung ketika makan di KFC bersama rakan sekerjanya.

“Helow, Samad, muli ne keti?”
“hello, apa ni, saya tak fahamlah awak cakap ape?”
“Muli ne keti Samad, sumakit ne yi apa”
 “apa awak cakap ni, saya tak fahamlah”
 “Saye ni si Eton, kakek kau, budduh, muli”

klik. 

Jeda
Di kampung di Sabah...

"Cilanat punya Samad.  Tambirang butul, baru 6 bulan kunun pi karaja di Kehel turus tidak faham lagi cakap Dusun, naaanti kau Samad, ko balik kampung, saya tedes-tedes macam lios si ungka, saya pisit-pisit  ngawi tu lolow ko, ko tingulah”.  Marah Eton dengan penuh geram, tangannya dikepal-kepal. 

Jeda
Di KFC di Semenanjung...

“Sape tu Sammy?”
“Ntah, dah la cakap bahasa Flinstone”.
“Wrong Number kot”
“Ye Kot”, kata Samad sambil menggigit comel KFC.  Samad teringat cermin oren yang dicurinya dari Kakaknya Eton.  Si Akak kalau meradang, habislah.

Selang beberapa hari…

“Helow, Samad muli ne keti”
“Hey, you cakap ape ni, I tak faham”
“Samad Keti, Muli”
“You, berapa kali I nak cakap, I tak faham ape you cakap”
“Tambirang punya budak, naaaanti ko sana, muliiiiiiiiii”
“Muli ne keti Samad, napatai ne yi Apaaaaaa”Eton terus menangis. Pilu.
“Haaaaaahhh, ereeeeeeeeeeeiiiiii, seiraaaaaa poooooohhh”.
"Apaaaaaaaaaaaaaaaa".

Klik.

Samad terus meminta cuti emergency.  Bahasa Sabah Samad terus keluar bersama suara jantannya.  Lenggoknya tidak lagi lembut.  Sammy Dee kembali menjadi Samad.

Sunday, June 15, 2014

Certot: Delusi

Ini Delusi, dejavu mungkin, malah mungkin perasan abadi.  Ceritanya begini, aku mahu memutar masa masa. Jadi, aku pinjam pintu masa Doraemon. Aku kembali ke tarikh 27.5.2014, tepat; sejurus majlis Hari Guru Zon Pegalan selesai dengan gembira dan aku membawa balik hadiah cabutan guru bertuah berupa sebuah tabung gajah yang comel. Tabung gajah itu sudah bertukar milik, bukan lagi milik aku, tapi Husna. Ini bukan cerita tentang tabung gajah, tapi tentang kembali ke tarikh 27.5.2014. Kembali ke tarikh ini, bermakna aku berpeluang bercuti selama 2 minggu lagi. Ini satu ketenangan, satu ketenangan abadi menurutku dan aku senyum sehingga mataku juga turut senyum. Membayangkan cuti 2 minggu yang ditambah 19 hari lagi betul-betul membuatkan aku gembira. Hampir menari samba yang sumbang, Tiba-tiba, pintu aku diketuk Ahmad Albab dan katanya begini, "gatut, si Doraemon suruh kembalikan pintu masa dia, jangan perasan, kau cuma bermimpi kalau mahu cuti sekolah disambung dua minggu lagi". Senyum aku mati disitu, Ketampanan Van Persie yang menyumbat gol keempat menentang Sepanyol tidak mampu buat aku senyum. Ini bukan cerita tentang World Cup. Nampaknya, ketenangan aku selama dua minggu ini bakal berakhir Isnin ini. Aku telan liur yang pahit sambil memikirkan sejauhmana signifikan dan relevan pepatah, "Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya" kepada aku. Kekal, ini juga bukan cerita tentang pepatah Melayu. Ini simptom Delusi.

Friday, August 30, 2013

GARIS MERAH


            Odah berlari anak menuju ke Pejabat Am.  Nafasnya sedikit mengah waktu dia sampai di kaki pintu.  Odah melirik ke buku biru yang sedang tertutup.  Odah membuka buku biru itu, dan seperti yang telah dijangka, ada garis merah.  Buku biru itu akhir-akhir ini sering menyebabkan senyum Odah jadi suku.  Benci betul Odah melihat garis merah itu.  Ada sumpahan kecil terbit dalam hati.  Jam baru menunjukkan tepat pukul 07.20 pagi.  Odah melihat belakang, kanan dan kiri, belum ada rakan-rakan yang muncul.  Waktu Odah berlari anak ke sini tadi, dia sempat melihat satu-dua-tiga-empat dan lima rakannya baru sampai dan mempakirkan kereta.  Akhirnya, satu-dua-tiga-empat dan lima rakannya masuk ke dalam pejabat Am, melihat buku biru, satu-dua-tiga-empat dan lima rakannya  menunjukkan wajah-wajah tidak puas hati; garis merah itu menyebalkan.  Odah dan satu-dua-tiga-empat dan lima rakannya berlalu dengan hati ralat.

“bikin panas”

********
Sehari selepas kejadian bikin panas

            Odah memasang radio, lagu Bara bara Bere bere berkumandang.   Jari-jari Odah bergerak-gerak mengikut rentak muzik.  Jam baru menunjukkan pukul 6.40 pagi waktu dia hampir sampai ke simpang masuk ke Tokong China, kawasan yang dikatakan agak keras pada waktu malam.  Dari jarak 30 meter sebelum sampai simpang ke Tokong China itu, Odah lihat ada sebuah kereta putih dan figura manusia sedang berdiri di tepi keretanya.  Odah kenal kereta itu, Odah kenal figura manusia itu. Figura manusia itu melambai-lambaikan tangannya, jam sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi, Odah mula menukar gear 5 dan menekan pedal minyak.  Odah melambai kembali pada figura manusia itu, lambaian Odah sedikit panjang dan menunjukkan thumbs-up.  Odah terus memecut laju.  Terfikir di hati Odah hendak berguru dengan micheal Schumacher, supaya kalau besok-besok dia telat lagi, Odah boleh mempraktikkan kepakaran memecut kereta dengan laju.

Saved by the bell...

            Pagi ini, Odah tidak berlari anak menuju ke Pejabat Am.  Nafas Odah juga tidak mengah seperti kelmarin.  Waktu sampai di kaki Pejabat Am, Odah melirik ke arah buku biru di atas meja.  Jam baru menunjukkan pukul 07.00 pagi.  Odah buka buku biru, senyum Odah lebar.  Ada derap langkah dari luar pintu.  Odah tahu, itu bunyi derap langkah kaki rakan-rakannya.  Waktu Odah lihat belakang, kanan dan kiri, rakan satu-dua-tiga-empat dan limanya sudah berdiri di tepi Odah, ada juga yang menunggu di belakang.  Mereka melihat buku biru.  Odah lihat senyum lebar rakan satu-dua-tiga-empat dan limanya.  Tiada garis merah.  Odah pandang wajah rakan satu-dua-tiga-empat dan limanya.

“saya pecut tadi”, kata rakan satu.

“saya pun laju tadi”, kata rakan dua.

“saya bebubut saja sama si anu tadi”,  kata rakan tiga.

“saya potong ja tu lori sawit tadi”, Kata rakan empat.

“saya pun potong tu lori sawit tadi, sampai dekat tu kedai runcit, tu anjing lagi telampau banyak baring di jalan”, kata rakan lima.

            Odah dan rakan satu-dua-tiga-empat dan limanya berbual di dalam pejabat Am, suara Odah dan suara rakan satu-dua-tiga-empat dan limanya bersatu.  Riuh dengan gelak tawa dan usikan nakal.  Tiba-tiba...

“Napa kamu semua tidak berenti tadi? Saya lambai kamu minta tumpang sebab kereta saya rosak, tapi satu orang pun tidak mo berenti”.

“Kami takut kena garis merah”, Kata Odah dan rakan satu-dua-tiga-empat dan lima serentak.

Krik...krik...krik...


Wednesday, June 5, 2013

Jika Kau Rasa Getarnya

Jika kau Rasa Getarnya

26.08.2011

Alia memutar kembali lagu “Jika Kau Rasa Getarnya”, di tekannya butang play di smartphonenya.  Tangannya kembali lincah mengait mafela berwarna marroon.  Begitu asyik dan penuh dengan kasih-sayang.  Sesekali dia menyeka airmata yang mengalir. Alia rindu dengan Ami sebenarnya, sepanjang tiga bulan Ami bercuti, hanya sekali Alia berpeluang berjumpa dengan Ami.  Larangan Ami untuk berhubung dengannya, memaksa Alia untuk tidak menemui Ami, walaupun dia teringin sangat berjumpa dengan Ami. 

“tak bolehkah kita berkawan”
“Aku rasa  kita tak payah berhubungan, itu lebih baik”...

Alia menyeka lagi airmata yang mengalir.  Kata-kata Ami terngiang-ngiang di telinganya.  Sebak sungguh rasa hati Alia.  Alia menarik nafasnya dalam-dalam.  Alia tersenyum memandang mafela berwarna marroon yang hampir siap itu.  Alia mengait mafela itu dengan berhati-hati, dia mahu mafela itu kelihatan kemas, dan yang paling dimahukannya adalah: bila nanti Ami memakai dan melilitkan mafela itu dilehernya, Ami akan terasa selesa dan mampu memanaskan sedikit badannya.  “Sekarang hampir masuk musim luruh di london, cuaca pasti sedikit sejuk, Ami jenis tak tahan dengan sejuk, kakinya pasti akan sakit”, bisik hati kecil Alia. 

“yes...siap”, Alia menggeliat sedikit.  Dipeluknya mafela berwarna marroon itu dengan gemas.  Alia memastikan hujung mafela tempat dia menyimpan segulung kertas itu dikait dengan rapi.  “Semoga satu hari nanti Ami akan perasan dan ternampak kertas ini”, bisik hati Alia.  “Maafkan Alia, Ami.  Alia masih tulis coretan ini untuk Ami walaupun Ami tak izinkan perhubungan antara kita”, Alia kemudiannya meletakkan mafela itu di dalam sebuah kotak berbentuk empat segi lalu memasukkannya ke dalam bakul kertas.  Alia tidak sabar menanti hari esok, hari di mana dia dapat melihat wajah lelaki yang sangat dirinduinya walaupun cuma dari kejauhan.  Sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan Ami.

***********************************************************

KKIA
28.08. 2011

“Alia, jom...aku hantar kau balik”, kata Ijan dengan lembut.  Dia kasihan melihat Alia.  Tersentuh sedikit hati lelakinya melihat Alia tadi.  Setia sungguh Alia melihat flight yang membawa Ami ke London, terbang hingga tidak lagi kelihatan di angkasa. 

“kau nak makan dulu”, tanya Ijan sewaktu mereka sudah berada di dalam kereta Ijan.  Alia hanya menggelengkan kepala.  Airmata yang mengalir dikesat dengan sapu tangan.

“kau demamkan? Aku boleh rasa haba kau dari sini”, tanya Ijan sedikit risau.  “Aku hantar kau pergi klinik ya”.   Alia hanya menggelengkan kepala.  

“tidak apa, aku sudah makan panadol tadi”.  Alia kembali diam.  


Ijan mengambil sweater di belakang tempat duduk dan menyerahkan pada Alia. “Pakailah, kau demam teruk ni”.


Ijan tidak berkata apa-apa lagi pada Alia, dia faham dengan kesedihan Alia walaupun Ijan benar-benar ingin tahu apa masalah antara Alia dan Ami.  Sesekali Ijan melirik pada Alia.  Alia hanya merenung pemandangan di tepi cermin kereta.  Sesekali dia menyeka airmatanya yang mengalir, sesekali dia mengesat hidungnya dengan sapu tangan. 

Ijan hanya membiarkan Alia melayan perasaannya.  Ijan tahu nasihat dan kata-kata semangat tidak akan dapat membantu menenangkan Alia.  Ijan tahu saat ini, Alia perlu mencari sendiri ketenangannya dan ketabahannya.  Nanti kalau Alia sudah tenang, barulah dia bertanya dengan Alia, atau nanti, Alia sendiri yang akan memberitahu masalah mereka seperti yang dia katakan waktu di airport tadi.

Ijan menekan punat pemain CD di keretanya.  Dendangan lagu kumpulan SLAM memecah sunyi yang bermukim sejak dari Airport tadi. 

Apalagi alasan nak kau beri
Setelah diriku disimbah hina
Tergamamku seketika
Tak sangka ini jadinya
Nampak sangatku seorang bertepuk sebelah tangan
Kemanakah hendak aku selindungkan
Air muka yang engkau jatuhkan....

Alia tiba-tiba menangis teresak-esak.  Ijan cuak dengan tangisan Alia yang meledak.   Ijan memberhentikan keretanya di tepi jalan, tangannya memperlahankan volume pemain CD.  Ijan cuma memerhatikan Alia tanpa kata-kata, membiarkan Alia menangis semahunya. 

***********************************************************
10.09.2011

Sudah 2 minggu sejak Ami kembali ke London, dan sudah 2 minggu juga Alia mendiamkan diri selepas dia tiba-tiba menangis teresak-esak setelah mendengar lagu “Kita terpaksa bermusuhan” dengan kumpulan SLAM.  Ijan masih ingat betapa cuaknya dia ketika tangisan Alia meledak.  Timbul juga perasaan bersalah dalam dirinya kerana memasang lagu jiwang-jiwang waktu Alia tengah sedih.  Biarpun Ijan tidak pasti adakah lagu itu mempunyai kaitan dengan permasalahan antara Alia dan Ami, tapi hatinya kuat mengatakan bahawa lagu itu dengan masalah Alia mempunyai kaitan.

Ijan mendail nombor Nisa, kekasih hatinya sejak mereka berada dalam tingkatan 3 lagi.

“Nisa, jom kita ajak Alia pergi memancing besok”
“Okey, jam berapa nak bertolak?”
“Jam 9, nanti peralatan memancing semua Ijan bawa, tapi makanan Nisa sediakan boleh?”
“Okey, nanti Nisa call Alia dan sediakan makanan ya”.

Selepas perbualan pendek dengan Nisa, Ijan mematikan talian.  Kepalanya ligat memikirkan perbualan yang hendak dia mulakan dengan Alia besok.  Ijan sudah tidak boleh berdiam lagi.  Dia harus tahu masalah sebenar.  Ijan yakin, inilah masanya.  Apatah lagi, semalam Ijan melihat status relationship Ami.

“In Relationship with Tasnim Raniya”, dan gambar-gambar dalam timeline Ami membuatkan Ijan mengambil keputusan untuk bertanya pada Alia.  Esok.

2 notification...

Alia shared a notes

“Jika kau rasa getarnya” by SLAM
“Kita Terpaksa Bermusuhan” by SLAM

***********************************************************
10.08.2011

Alia menangis untuk kesekian kalinya manatap gambar-gambar Ami bersama kekasih hatinya yang baru.  Kemesraan mereka begitu terserlah.  Ami tetap segak seperti selalu.  Jelas terpancar kegembiraan Ami pada wajahnya.  Pasangan dua sejoli itu sedang bergambar di atas timbunan salji.  Matanya melirik pada status relationship Ami.

In Relationship with Tasnim Raniya...

Wajah Tasnim Raniya sangat cantik.Matanya, hidungnya, semua tampak sempurna.  Kulitnya putih dan tinggi orangnya.  Nampak sangat wanita itu seorang yang educated.  Patutlah Ami jatuh cinta padanya.  Alia menyeka airmata yang mengalir.  “siapalah aku kalau hendak dibandingkan dengan dia, aku ini perempuan yang tidak sama level”, Alia memegang dadanya, menahan sesak dan sebak yang ditahan-tahan sejak tadi.  Siapa suruh tangannya gatal membuka facebook.

Alia membuka kotak berbentuk hati tempat dia menyimpan segala memori indah bersama Ami.  Poskad-poskad Ami, surat-surat Ami, kad-kad kecil dan kiriman kad hari raya serta kad harijadinya semasa tahun pertama Ami berada di London dan masih bergelar kekasih hatinya.  Item-item itu Alia simpan dengan kemas dan rapi bagai menjaga dirinya sendiri.  Alia tatap gambar dia dan Ami sewaktu Ami hendak berangkat ke London pada tahun 2010.  Waktu itu Ami mendapat tawaran belajar di universiti of London dalam jurusan perubatan. 

Alia meng-klik pada gambar Ami yang single, gambar tanpa Rania di sisinya.  Dia menyalin gambar itu untuk simpanannya.  Setelah menutup facebook Ami dan facebooknya, dia membuka semula gambar Ami yang disimpannya tadi.  Alia membesarkan sedikit gambar itu, biarpun sedikit kabur, dia masih dapat melihat wajah Ami.  Air mata Alia mengalir lagi.  Smartphone Alia berbunyi, lagu “Kita terpaksa Bermusuhan” memecah hening malam, Alia berdehem sedikit sebelum menyambut panggilan itu.

“Aku okey Nisa, jangan risau ya, jam 9 kan?”

Kotak kenangan berbentuk hati disimpan semula.  Airmata mengalir lagi.  Alia memutar lagu “Jika kau rasa getarnya” dan “Kita terpaksa bermusuhan”.  Alia menekan butang merah bertanda x pada gambar Ami.  Laptop dimatikan.

***********************************************************

“Nisa okeykan, kalau Ijan hendak bincang dengan Alia berdua”, tanya Ijan sambil merenung lembut pada kekasih hatinya itu.

“Nisa okey, Nisa faham.  Ijan bincanglah dengan Alia.  Nisa pun kasihan tengok Alia”, jawab Nisa dengan ikhlas.  Baik Nisa dan Ijan, mereka sama-sama melihat Alia yang leka memerhatikan jorannya. 

“Mata Alia sembab saja, Nisa yakin dia menangis lagi semalam.  Masa Nisa call dia semalam, Nisa dapat kesan suara dia baru lepas nangis”, tambah Nisa lagi.  “Pergilah cakap dengan dia Ijan, Nisa tunggu dekat sini ya”.  Nisa tersenyum lagi sambil memandang Ijan.  

Ijan membalas senyuman Nisa.  Ada rasa kasih yang semakin mendalam untuk wanita yang sudah lama berada dihatinya itu.


Ijan berdehem sewaktu duduk di sebelah Alia.  Alia segera melihat Ijan sambil memberikan senyuman.  Ijan membalas senyuman Alia.  Setelah memasang umpan pada mata kail, Ijan menebarkan pancingnya jauh ke tengah kolam.  Ijan meletakkan pancingnya pada rantig kayu bercabang dua yang memang sudah sedia terpacak di situ.

“kau macammana sekarang?” tanya Ijan sambil melihat Alia yang merenung jauh ke kolam.

Alia memalingkan wajahnya ke arah Ijan.  Lambat-lambat dia membalas pertanyaan Ijan.  “Aku semakin membiasakan diri”, Alia cuba tersenyum. 

“Ijan, terima kasih kau bawa aku balik hari itu dan terima kasih juga kerana kau tidak bertanya apa-apa masa tu.” Alia melepaskan keluhan kecil.

“Itulah gunanya kawankan, lagipun kau dah cakap kau akan bagitahu aku sebabnya kan?”balas Ijan.

“Aku hargai sangat pengertian kau”.

“Jadi, hari ini aku boleh tahu apa sebabnya kan? Masalah sebenar antara kau dengan Ami?.  Ijan memandang Alia dengan serius, mengharapkan Alia akan membuka mulut hari ini.

“Aku rasa kau sudah pun tengok status relationship Ami kan?” tanya Alia.

“Ya, gambar-gambar Ami dengan budak tu juga”, jawab Ijan jujur.

“Ami minta putuskan hubungan dengan aku” terang Alia dengan lemah.  Sesak dadanya bila mengingat kembali peristiwa hari itu.  Hari yang merampas segala rasa suka den gembiranya.  Hari dia belajar erti redha.

“sebabnya?” tanya Ijan penuh kuriositi.

“Kami dah tak sama level”, Jawab Alia dengan deraian airmata yang sudah tidak dapat ditahan lagi.

“nonsense, level apa pula?” Ijan merengus kecil.

“Ami kata, aku dan dia dah tak sama level, dia perlukan perempuan yang sama level dengan dia”, jawab Alia dengan sedikit esak.

“Ami tak patut cakap macam tu”, kata Ijan tidak puas hati.

“Dia perlukan perempuan yang dapat membantu dia.  Ami kata lagi, dia tertekan, jadi dia perlukan teman yang dapat menghilangkan tekanan menghadapi pelajaran di sana”, Alia berusaha menahan sebak di dada.  Airmatanya mengalir laju.

“Aku tak salahkan dia, aku faham dan aku redha, Cuma....”


“yang buat aku betul-betul rasa terhina, dia lagsung tidak izinkan aku berhubung dengan lagi, walaupun sebagai kawan” Kata Alia lagi, kali ini esakan semakin jelas.

“Ami melampau”, Ijan melepaskan keluhan tanda kesal dengan perbuatan sahabat baiknya itu.  Patutlah, Alia tidak mahu berjumpa dengan Ami waktu di Airport hari itu,  Patutlah hadiah mafela itu dia kirimkan melalui aku, rupanya semua disebabkan oleh Ami. 

“Patutlah Alia menangis hari itu waktu dengar lagu kumpulan SLAM hari itu”, kalau aku pun ditempat Alia masa itu, mau meraung aku dibuatnya”, bisik hati kecil Ijan.

“Maafkan aku Alia”, kata Ijan setelah suasana membisu seketika. 

“Kenapa kau nak minta maaf pula”, tanya Alia hairan, tangisnya sudah berkurang sedikit.

“kerana Ami itu sahabat aku, Ami tak patut buat kau macam tu” balas Ijan sambil melemparkan pandangan ke kolam.  Ada keluhan kecil keluar dari mulutnya bila memandang wajah sembab Alia. 

“Ijan, terima kasih atas segalanya”.  Alia melambai pada Nisa, menyuruhnya untuk menyertai mereka.  Ketika Nisa duduk di sebelah Alia,  Nisa memeluk Alia.  Walaupun Nisa belum tahu cerita sebenar, Nisa faham perasaan Alia.  Ada sedikit tawa pada wajah Alia bila Ijan berjaya menaikkan seekor Ikan Patin.  Baik Ijan dan Nisa, ada rasa syukur melihat tawa Alia walaupun mereka tahu Alia kecewa sebenarnya.

***********************************************************
28.10.2012
Universiti Of London, London

Ami membuka email-email lamanya.  Email daripada Alia.  Dibacanya satu persatu.  Ya, baru Ami sedar.  Betapa Alia sangat mengambil berat akan dirinya, pelajarannya dan segala-gala tentang dirinya.  Artikel-artikel berkaitan dengan tajuk assignmentnya juga di hantar oleh Alia.  Kata-kata semangat juga dikirmnya.  Betapa dia bodoh untuk menilai kasih sayang Alia.  Ami membuka facebook Alia.  Sudah lama dia tidak menjenguk facebook Alia selepas dia unfriend Alia di dalam facebooknya.  Ami melihat gambar-gambar Alia.  Gambar-gambar yang di-tag oleh Ijan, gambar yang diambil hampir setahun yang lalu, 9.11.2011.  Wajah Alia direnungnya, benar kata Ijan, sinar kekecewaan itu tetap terpancar pada wajahnya walaupun Alia tersenyum tawa dalam gambar itu.  Tapi mata yang sembab itu, ah...Ami meraup mukanya lagi.  Ami meng-klik butang notes.  Hatinya meruntun meminta dia menekan butang itu.  Ami teringat Alia suka menulis puisi di dalam my notes.  Hati Ami terpempan seketika, dia tahu lirik lagu itu untuk dirinya.

Untuk Dia
P/s: pernahkah kau rasa getar cintaku

Jika kau rasa getarnya
Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara

Kaulah pancaran yang daku rasa
Bagaikan obor yang menyinar
Jika terpadam tiba tiba
Sunyilah insan alam gelita

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu.
Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu cukup berharga

Bukan simpati yang aku pinta
Kebenaranmu memutus kata
Agar dapatku abadikan
Untuk pedoman peniti cinta

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga

Notes 2

Untuk Dia, terima kasih atas segalanya.

Kita Terpaksa Bermusuhan

Apa lagi alasan nak kau beri
Setelah diri ku di simbah hinaan
Tergamam ku seketika
Tak sangka ini jadi nya
Nampak sangat ku seorang
Bertepuk sebelah tangan
Kemanakah
Hendak aku selindungkan
Air muka yang kau malu kan

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini di persenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan

Jika ku imbas kisah lama
Semua nya indah semua
Pernah jua kau menangis
Bila aku menduga mu
Kuat nya kasih mu
Pada aku
Di ketika itu

Sayang seribu kali sayang
Akhirnya kecundang jua
Kasih yang lama terjalin
Mudah sungguh kasih mu
Berpaling
Dan yang lebih menyedihkan lagi
Aku bagai ditampar
Oleh bahasa mu
Yang tak sepatut nya

Engkau ucapkan
Kau menyinta kerna apa
Kau menyayang ada makna
Kau berubah ada penyebab nya

Malam ini janggal ku rasakan
Sendiri melalui detik yang sedih
Perit sekali
Pertama kali bagi ku
Hitung bintang seorang diri
Dan pertama kali jua
Maruah ini dipersenda
Oleh insan yang ku cinta
Oleh insan yang ku sayang
Kini bermusuhan...

P/s: Kalau level adalah tanda cintamu, akulah yang kalah.

Ami meraup lagi mukanya.  Matanya dipejamkan sedikit.  Mafela berwarna marroon itu dipeluknya erat.  Airmata lelakinya turun.  Ami dapat merasakan kesedihan Alia.  Ami merasa dirinya terlalu kejam pada Alia.  Memang dia kejam pada Alia sebenarnya.  “Level”, arrgghhh....Ami melepaskan keluhan berat.  Menyesal sungguh dia atas kejahilannya menilai cinta.  Ami memerhatikan mafela marroon itu dari hujung ke hujung dengan penuh kekesalan.  Mata Ami tertancap pada satu benda berwarna putih di hujung sebelah kanan mafela itu.  Ami cuba menarik keluar benda itu, sehelai kertas yang digulung sepanjang 5cm.

“Lirik lagu SLAM”, Ami terus membuka google chrome.  Ditaipnya tajuk lagu “Jika Kau Rasa Getarnya”.  Ami menutup matanya ketika lagu kumpulan SLAM itu berdendang melalui pautan Youtube.

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga

P/s: Maafkan Alia kerana masih menulis coretan ini walaupun Ami tak mengizikankan perhubungan antara kita.

Tanpa sedar, airmata Ami mengalir.  Terasa sungguh kejahilan dirinya menilai cinta.  Ami menyebut nama Alia di dalam hatinya.  Bimbang kalau Ijan terbangun dan melihat dia menangis lagi.  Bukan dia tidak mahu berkongsi rasa dengan Ijan, Cuma dia tidak mahu Ijan memujuknya bagai anak kecil lagi waktu dia menangis semahunya petang tadi.

“kau tahu Ami, Alia mula menangis teresak-esak waktu dia terdengar lagu “Kita Terpaksa bermusuhan”, kata Ijan petang itu menambahkan lagi resah di hati Ami. 

Setelah lagu “JIka kau rasa getarnya” habis ditekannya pula lagu “Kita Terpaksa Bermusuhan”.  Hati Ami bergetar dengan hebat. Bait-bait lagu SLAM itu begitu menyentuh hatinya.  Ami sekali lagi menutup matanya.  Airmata Ami mengalir lagi, terasa dengan lirik lagu yang terdapat dalam lagu SLAM itu.

“Patutlah Alia menangis teresak-esak apabila mendengar lagu ini”, Ami meraup mukanya dan menarik sedikit bahagian belakang rambutnya yang semakin panjang mencecah tengkuk.  Aku kejam sangat.  Perkataan “level” bergema diotakknya.  Ami sudah menghina Alia sebenarnya.  Ami mengelap mukanya dengan baju long-sleeve yang tertulis perkataan Army.  Baru Ami teringat baju itu pemberian Alia waktu dia pertama kali hendak ke London tahun 2010 dulu.  Baju itu dibeli dengan duit gaji pertama Alia.  

Apa lagi alasan nak kau beri
Setelah diri ku di simbah hinaan
Tergamam ku seketika
Tak sangka ini jadi nya
Nampak sangat ku seorang
Bertepuk sebelah tangan
Kemanakah
Hendak aku selindungkan
Air muka yang kau malu kan...


Ami membuka email.  Ami mencari butang Compose, dan mula menulis email untuk Alia.  Hanya bait lagu kumpulan Slam yang ditulis bagi menyampaikan hasrat hatinya.  Harapannya agar Alia dapat memaafkannya dan memberi dia peluang kedua.


Kembali Terjalin

Seperti mimpi perkenalan itu
Cuma seketika
Namun di dalam hati
Dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata di dalam genggamam
Tidak ku sedari
Kaca yang bersadur keemasan
Terus ku cari
Tertutup pintu hati
Minda tak berfungsi
Diketika itu
Tak tahu menilai
Mana yang tulen mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku
Dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian
Andainya di situ
Ada ruang bolehkah kiranya ku menumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diriku yang dulu melukakan
Berilah aku kesempatan
ku buktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita
Ku pohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci.

P/s: Tolong maafkan budak jahat ini, budak jahat ini banyak buat salah dekat budak baik,..tunggu budak jahat ini balik dan budak jahat ini akan tebus balik semuanya....tunggu ya sayang!!!

Dengan lafaz “Bismillahirrahmaanirrahim” Ami menekan butang send.  Dia menyeka airmata dengan kedua belah tapak tangan.  Setelah lagu “Kembali Terjalin” habis dimainkan, Ami memutar semula lagu “Kita Terpaksa Bermusuhan” kemudian dia memutarkan pula lagu “Jika Kau Terasa Getarnya”.  Malam itu Ami memnghabiskan sisa malam di Musim Luruh.  Musim luruh musim yang istimewa kerana terdapat Daylight Saving.  Bermakna waktu di London akan dilambatkan sejam.  Ami menggunakan kesempatan ini untuk melayan perasaannya.  Gambar-gambar Alia di facebook ditatap sepuasnya.

***********************************************************

“hey, kau dah kenapa ni?”, tanya Ijan sambil menghirup kopi.  “Macam orang berak kapur je aku tengok”.  Ijan kemudiannya duduk di sebelah Ami. 

“Alia”, kata Ami, wajahnya keruh.  Ijan tersenyum memandang wajah sahabatnya itu. 

“kenapa dengan Alia?” tanya Ijan sambil membaringkan badannya di katil Ami.  Dia meletakkan mug berisi kopi di meja belajar Ami.

“Dia tak balas email aku”, Ami berdiri dan menuju ke tingkap bilik hostelnya.  Satu keluhan berat keluar dari mulutnya. 

“Mungkin dia belum buka email lagi.” Balas Ijan sambil berjalan menuju ke katilnya pula.

“Tapi dah seminggu”, jawab Ami sambil masih memerhati pemandangan di luar tingkap.

“Nisa cakap, Alia pergi kursus.  Lagipun Alia sibuk sekarang, kan dia sambung belajar ambil Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak kat UPSI secara PJJ.  Mungkin dia sibuk buat Assignment”, balas Ijan lagi.

“Alia pergi kursus? Kursus apa? Alia sambung study?” tanya Ami bertalu-talu.  Jawapan Ijan merangsang mindanya.  Perlakuannya juga.  Ami lantas duduk di katil Ijan sambil memandang wajah Ijan dengan penuh kuriositi.

“whoa soalan dah macam rapid-fire, aku tak pasti kursus apa, aku pun tak tanya Nisa.  Ya, dia tengah sambung study, mungkin sebab nak sama level dengan kau”, jawab Ijan sambil tersengih.  Sedikit menyindir.

“wei...kau sindir aku ya?” tanya Ami.  Matanya membuntang melihat Ijan yang sudah tersengih-sengih.

“Well, siapa makan lada dia yang terasa pedaskan?” jawab Ijan sambil memakai jaket dan memegang buku peruabatan setebal 8 inci.  Sempat dia menepuk bahu Ami.

“Poyo lah kau Ijan”, Ami melontar bantal ke badan Ijan yang sudah bersiap hendak ke perpustakaan.  Ada discussion katanya dengan group assignment.  Ijan Cuma ketawa mengekek sebelum memberi salam kepada Ami dan menutup pintu bilik mereka.

Ami kembali dengan resah yang tak keruan.  Sudah seminggu sejak dia menghantar email kepada Alia.  Sehingga ke hari ini, ke saat ini, tiada balasan daripada Alia.  Mesej di inbox emailnya masih kosong.  Hatinya sedikit goyah.  Bagai hilang semua semangat dalam dirinya.  “Aku memang patut dihukum kerana pernah menyakiti hati Alia dulu, padan dengan muka aku”, gumam Ami di dalam hati.  Ami memakai Long-Sleeve Armynya dan melilitkan mafela marroon di bahunya.  Cuaca di London ketika musim luruh ini tidaklah terlalu sejuk tetapi sukar juga di ramal tahap kesejukannya.  Ami sengaja memakai kedua-dua barang pemberian Alia.  Memakai long-sleeve dan mafela marroon pemberian Alia membuatkan Ami merasa Alia ada disisinya.  Ami hendak pergi ke Hyde Park untuk menenangkan perasaannya.  Dia memang suka ke situ untuk menghilangkan tekanan perasaannya.  Sudah menjadi rutin Ami, dia akan pergi ke Hyde Park setiap musim.  Bagi Ami, pada musim bunga Hyde Park kelihatan lebih cantik dari 3 musim lainnya.

***********************************************************
03.11.2012
09.00 pm

Alia baru saja selesai menghadiri kursus Program Peningkatan Kemahiran Berbahasa Inggeris.  Anjuran KEMAS dengan usaha sama KPM.  Setelah mandi dan solat Isya, Alia berteleku di depan laptopnya.  Sudah hampir seminggu dia tidak membuka facebook.  Pasti sudah banyak status semasa kawan-kawannya di Fb.  Paling dirindunya adalah melihat perkembangan terkini Ami.  Walaupun dia hanya dapat melihat perkembangan Ami melalui timeline Ijan.  Sayangnya, tidak ada cerita tentang Ami dalam timeline Ijan.  Status Ijan juga tidak update.  Mungkin mereka busy dengan Assignment fikir Alia.

Alia membuka pula emailnya, sudah lama dia tidak membuka emailnya.  Walaupun dia tahu tiada siapa yang mahu menghantar email untuknya, Alia tetap juga membuka email itu.  kadang-kadang dia Cuma memadam email yang masuk melalui akaun facebooknya.  Tapi malam ini Alia menerima kejutan.  Alia mengesan satu alamat email yang sangat dikenalinya.

Lebih awal sebenarnya, Melalui Ijan; Alia sudah mendapat khabar dari London yang Ami sudah putus dengan Tasnim beberapa bulan selepas balik ke London tahun lalu.  Tidak serasi kata ijan bila Alia bertanya sebab perpisahan antara Ijan dan Tasnim.  Selebihnya, Ijan tidak memberitahu apa-apa.  Alia juga tidak mahu tahu.  Alia sudah redha dengan hubungannya yang tidak menjadi dengan Ami.  Tapi kuasa Allah itu maha luas, jika DIA mengkehendakinya, maka akan terjadilah mengikut kebesaranNya.  “Mungkin nama dialah yang tertulis di Luh Mahfuz untukku”, bisik hati kecil Alia.

Airmata Alia mengalir lagi.  Kali ini airmata itu airmata gembira.  Ada sinar bahagia pada matanya.  Mulutnya mengucap rasa syukur pada yang Esa.  Ada janji yang terpatri.  Kepada Allah, Alia sandarkan janji itu.  Andai itulah yang terbaik untuk dirinya.  Alia menekan butang compose. 

Sent...

***********************************************************
04.11.2012
1.00 am

Ami memandang skrin laptopnya.  Hatinya terasa berdebar-debar ketika hendak memeriksa inbox pada emailnya.  Takut hatinya jadi hampa lagi, sudah seminggu dia menanti balasan email daripada Alia.  Hari ini hari ke-lapan.  Beberapa kali Ami menarik tangannya dari mouse, dia takut pada rasa hampa.  Ami berdiri di tepi tingkap.  Menarik nafas panjang-panjang sebelum dia dia duduk semula di depan laptponya.  Akhirnya tangan Ami menekan butang inbox pada emailnya.  Mafela Marroon diletaknya di riba.  Mata Ami tertancap pada satu email.

Klik...

Kembali Merindu

Izinkanlah ku titiskan
Airmata keresahanku
Di cengkam kerinduan yang tak bertepi

Biarlah serpihan rembulan
Berguguran ke ribaanku
Agar terang kelam malam
Yang kita lalui

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Ku cinta padamu'

Ku tebarkan jala cinta
Di persisir pantai hatimu
Yang terbuka menantiku

Segala telah terbukti
Cintamu ternyatalah suci
Bagaikan mimpi
Jadi realiti

Oh asyiknya
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
'Kaulah segalanya'

Ternyata yang indah
Sukarnya di madah
Bak cahaya yang tak tertadah
Sehingga
Ku sanggup terhimpit
Di dada waktu
Walaupun lena di ulit sepi

Ku kirakan penantian
Penuh siksaan
Rupanya indah
Bak sesaat dalam semalam

Hanya satu pintaku
Ketulusan hati
Agar engkau tahu
Oh...asyiknya
Oh...pedihnya
Penantian

P/s: Budak sini tunggu Budak sana balik.   Rindu budak sana ketat-ketat. 

Ami hampir berteriak gembira.  Bergetar hati lelakinya.  Balasan email dari Alia sungguh menggembirakan hatinya.  Hilang semua gundah-gulana hatinya selama seminggu.  Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membangunkan Ijan yang sudah lama lena dibuai mimpi.  Ami memanjatkan rasa syukurnya pada Allah.  Ada hikmah atas segala peristiwa  yang melanda hubungan antara dia dan Alia.  Ada hikmahnya Allah menjarakkan hubungan antara dia dan Alia.  Ami yakin, tidak ada Tasnim lagi dalam hatinya, sejak dulu sebenarnya; cuma saja waktu itu, hati Ami dilanda penyakit buta hati.  Ami mematri janji dalam dirinya.  Ami sandarkan janji itu kepada Allah.  Ami memutar lagu “Kembali Merindu” dan menghayati bait-bait lagu itu.  Kali kedua memutar lagu itu, Ami membalas email Alia.  Ada senyuman lega dihatinya.  Ada sinar bahagia di hati Ami.

Ami rasa getar cinta Alia
Tunggu Ami balik, dan Ami akan tebus balik semuanya.
In Shaa Allah, Ami akan jadikan Alia halal untuk Ami.
Semoga Allah memberkati hubungan kita. 

P/s: Ami dah jumpa coretan Alia kat Mafela  Marroon tu.  Buatkanlah satu lagi mafela untuk Ami di sini.  Bulan depan dah masuk musim sejuk...hehehe!!!

Ikhlas:
Budak jahat yang bakal jadi Dr. Baik


Tamat

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...