Sunday, June 15, 2014

Certot: Delusi

Ini Delusi, dejavu mungkin, malah mungkin perasan abadi.  Ceritanya begini, aku mahu memutar masa masa. Jadi, aku pinjam pintu masa Doraemon. Aku kembali ke tarikh 27.5.2014, tepat; sejurus majlis Hari Guru Zon Pegalan selesai dengan gembira dan aku membawa balik hadiah cabutan guru bertuah berupa sebuah tabung gajah yang comel. Tabung gajah itu sudah bertukar milik, bukan lagi milik aku, tapi Husna. Ini bukan cerita tentang tabung gajah, tapi tentang kembali ke tarikh 27.5.2014. Kembali ke tarikh ini, bermakna aku berpeluang bercuti selama 2 minggu lagi. Ini satu ketenangan, satu ketenangan abadi menurutku dan aku senyum sehingga mataku juga turut senyum. Membayangkan cuti 2 minggu yang ditambah 19 hari lagi betul-betul membuatkan aku gembira. Hampir menari samba yang sumbang, Tiba-tiba, pintu aku diketuk Ahmad Albab dan katanya begini, "gatut, si Doraemon suruh kembalikan pintu masa dia, jangan perasan, kau cuma bermimpi kalau mahu cuti sekolah disambung dua minggu lagi". Senyum aku mati disitu, Ketampanan Van Persie yang menyumbat gol keempat menentang Sepanyol tidak mampu buat aku senyum. Ini bukan cerita tentang World Cup. Nampaknya, ketenangan aku selama dua minggu ini bakal berakhir Isnin ini. Aku telan liur yang pahit sambil memikirkan sejauhmana signifikan dan relevan pepatah, "Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya" kepada aku. Kekal, ini juga bukan cerita tentang pepatah Melayu. Ini simptom Delusi.

No comments:

Post a Comment

Yang Tak Kufahami

Kau adalah aksara yang menulis bait kata dalam hatiku, yang tak kufahami maknanya, tapi membekas benar dalam sukmaku. Kau adalah runut bunyi...