Odah berlari anak menuju ke Pejabat
Am. Nafasnya sedikit mengah waktu dia
sampai di kaki pintu. Odah melirik ke
buku biru yang sedang tertutup. Odah
membuka buku biru itu, dan seperti yang telah dijangka, ada garis merah. Buku biru itu akhir-akhir ini sering
menyebabkan senyum Odah jadi suku. Benci
betul Odah melihat garis merah itu. Ada
sumpahan kecil terbit dalam hati. Jam
baru menunjukkan tepat pukul 07.20 pagi.
Odah melihat belakang, kanan dan kiri, belum ada rakan-rakan yang muncul. Waktu Odah berlari anak ke sini tadi, dia
sempat melihat satu-dua-tiga-empat dan lima rakannya baru sampai dan
mempakirkan kereta. Akhirnya, satu-dua-tiga-empat
dan lima rakannya masuk ke dalam pejabat Am, melihat buku biru, satu-dua-tiga-empat
dan lima rakannya menunjukkan wajah-wajah
tidak puas hati; garis merah itu menyebalkan.
Odah dan satu-dua-tiga-empat dan lima rakannya berlalu dengan hati ralat.
“bikin
panas”
********
Sehari selepas kejadian
bikin panas
Odah memasang radio, lagu Bara bara Bere bere berkumandang. Jari-jari
Odah bergerak-gerak mengikut rentak muzik.
Jam baru menunjukkan pukul 6.40 pagi waktu dia hampir sampai ke simpang
masuk ke Tokong China, kawasan yang dikatakan agak keras pada waktu malam. Dari jarak 30 meter sebelum sampai simpang ke
Tokong China itu, Odah lihat ada sebuah kereta putih dan figura manusia sedang
berdiri di tepi keretanya. Odah kenal
kereta itu, Odah kenal figura manusia itu. Figura manusia itu
melambai-lambaikan tangannya, jam sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi, Odah mula menukar
gear 5 dan menekan pedal minyak. Odah
melambai kembali pada figura manusia itu, lambaian Odah sedikit panjang dan
menunjukkan thumbs-up. Odah terus memecut laju. Terfikir di hati Odah hendak berguru dengan
micheal Schumacher, supaya kalau besok-besok dia telat lagi, Odah boleh
mempraktikkan kepakaran memecut kereta dengan laju.
Saved by the bell...
Pagi ini, Odah tidak berlari anak
menuju ke Pejabat Am. Nafas Odah juga
tidak mengah seperti kelmarin. Waktu
sampai di kaki Pejabat Am, Odah melirik ke arah buku biru di atas meja. Jam baru menunjukkan pukul 07.00 pagi. Odah buka buku biru, senyum Odah lebar. Ada derap langkah dari luar pintu. Odah tahu, itu bunyi derap langkah kaki rakan-rakannya. Waktu Odah lihat belakang, kanan dan kiri, rakan
satu-dua-tiga-empat dan limanya sudah berdiri di tepi Odah, ada juga yang
menunggu di belakang. Mereka melihat
buku biru. Odah lihat senyum lebar rakan
satu-dua-tiga-empat dan limanya. Tiada
garis merah. Odah pandang wajah rakan
satu-dua-tiga-empat dan limanya.
“saya
pecut tadi”, kata rakan satu.
“saya
pun laju tadi”, kata rakan dua.
“saya
bebubut saja sama si anu tadi”, kata
rakan tiga.
“saya
potong ja tu lori sawit tadi”, Kata rakan empat.
“saya pun potong tu lori sawit
tadi, sampai dekat tu kedai runcit, tu anjing lagi telampau banyak baring di
jalan”, kata rakan lima.
Odah dan rakan satu-dua-tiga-empat
dan limanya berbual di dalam pejabat Am, suara Odah dan suara rakan
satu-dua-tiga-empat dan limanya bersatu.
Riuh dengan gelak tawa dan usikan nakal. Tiba-tiba...
“Napa
kamu semua tidak berenti tadi? Saya lambai kamu minta tumpang sebab kereta saya
rosak, tapi satu orang pun tidak mo berenti”.
“Kami
takut kena garis merah”, Kata Odah dan rakan satu-dua-tiga-empat dan lima
serentak.
Krik...krik...krik...
No comments:
Post a Comment