Payah betul mengikhlaskan hati, tapi bila mengingat budi orang yang kudratnya pernah membantu, aku jadi kalah. Manusia pelik itu sudah merampas sisi baikku. Hati aku masih macam dulu, masih mahu membantu; cuma disisi lain, aku mahu berhenti jadi manusia pembantu. Sungguh, aku tidak mahu lagi dicop manusia suka melebih-melebih daripada GB. Cukuplah manusia pelik itu cuba menjatuhkan aku sejak tahun lalu. Cukuplah manusia pelik itu melabel aku itu dan ini. Cukuplah segala kata nista dibelakang aku. Cukuplah manusia pelik itu berpura-pura baik di depan aku. Cukuplah selama ini aku menelan saja semua kata nista, label-label karat dan semua kepura-puraan dia atas mintanya satu manusia baik-baik yang sudah tiada lagi disisi aku untuk jadi penguat semangat dan yang selalu sudi menyokong usahaku. Cukuplah, aku sudah kenyang. Kini, cukup hubungan itu cuma atas dasar kerja, kau pemimpin dan aku orang bawahan. Jangan risau wahai manusia pelik, aku tetap akan menjaga air muka kau dan mengekalkan rasa hormatku kerana agama mengajarkan itu kepada aku. Cuma, untuk mengikhlaskan hati, itu tidak mampu lagi aku lakukan. Cukuplah...
P/s: atas dasar membalas budi, aku akan bantu untuk buat Perkampungan UPSR 2013. Kertas kerja sudah siap, tinggal diajukan saja pada GB. Semoga semua berjalan dengan lancar nanti.
No comments:
Post a Comment