Thursday, August 15, 2013

Raya, pancing : Gembira

Ini gambar-gambar aku dan Issa waktu berada di Alinjiran Fishing Keningau.  Terima kasih banyak-banyak buat Dellon, suami sahabat aku Suzie kerana sudi beritahu kami fasal tempat menarik ini.  Seronok juga waktu mencari jalan ke sini tadi, ya la, aku dan Issa hanya mengikut panduan secara lisan Dellon mengenai tempat ini. Alhamdulillah, akhirnya, setelah melalui beberapa jalan berbukit kami menemui tempat ini.  Yuran memancing di sini RM10 untuk dewasa, tidak silap aku untuk satu joran, aku lupa tengok yuran untuk kanak-kanak. Setiap jenis ikan mempunyai harga yang berbeza-beza, standardlah kan, mana2 pengusaha kolam memancing, rata-rata meletakkan harga yang berbeza untuk setiap jenis ikan...hihihi!!!

P/s: gambar ketika berada di kolam, tempat memancing, tidak diambil; teruja sangat. Gambar ini untuk tayang, keindahan tempat ini, terutama sungainya yang jernih dan sejuk. Bila tengok environment kawasan ni, sesuai juga untuk berkelah bersama keluarga. Tempat memancing ini juga menyediakan restoran dan menu utamanya adalah ikan air tawar yang terdapat di kolam sangkar, pengunjung boleh memilih ikan yang diingini, tapi sekarang restoran ditutup sebab isteri pemilik tempat memancing ini sedang cuti bersalin. Pssst...mengikut kata penjaga kolam ini, encik om yang sangat baik hati dan peramah, restoran ini juga menyediakan acara aramaiti pada waktu malam...hihihi!!!

Aku dengan gaya santai Kiut....
Issa dengan gaya santai Gojes...

Jambatan Gantung Terpendek di Sabah kali ni aaa....hihihi

 Hot and Gojes mama Issa....Sebelum masuk ke Jambatan Gantung

Ada cerita di sebalik ketibaan kami di tempat best ini, tapi aku malas nak cerita dalam entri ini.  Jam 12 lebih sedikit kami bergerak ke destinasi sebenar, ke satu tempat memancing lagi juga di Kampung Keningau, simpang masuk ke tempat memancing ini berdekatan dengan SK. Kampung Keningau.  Mengikut peta lisan Dellon, simpang masuk ke kawasan ini sebelah kanan jika dari Pekan Keningau, dan jalan masuk ke sana adalah bersimen, bukan asfalt atau gravel.  Alhamdulillah, kami akhirnya berjumpa dengan simpang yang dimaksudkan, tempat memancing itu jauh ke dalam, dan perlu melalui jalan berbukit.  Untuk masuk ke kawasan ini, anda akan meredah sungai kecil( sangat kecil okeh, don't worry) dan perlu membuka sendiri pagar yang terdapat di pintu masuk, anda juga perlu menutup kembali pagar tersebut setelah masuk.  Pemilik tempat memancing ini membela lembu, oleh itu; menutup kembali pagar setelah masuk adalah wajib...hihihi!!! (nanti karang lembu durang terlepas, sepa mo ganti rugi...kau mau...aku nda mau...).  Nama tempat memancing ini ialah: Buntiron Fishing Keningau.  Yuran masuk: Dewasa: RM2, Kanak-kanak: RM1.  Ikan timbang RM10-12 sekilo untuk Talapia.  Harga ikan yang lain, aku tidak tahu.  Sebab senarai harga ikan tidak dipamerkan.  Tempat ini pun sangat cantik, dan yang penting ikan-ikannya sangat mesra alam, baru tebar pancing (kami guna pancing bambu[buluh] saja) umpan dah mengena.  Aku dan Issa berjaya juga menaikkan ikan walaupun hanya sebesar tapak tangan...hihihi!!!

P/s: Paling malang, tiada gambar yang diambil waktu di sini, padalah banyak view yang cantik.  Kes teruja gila, bila awal2 lagi, Issa sudah berjaya menaikkan ikan Talapia tidak sampai seminit selepas dia menebar pancing ke kolam.  Nanti, aku mahu ke sini lagi.  

Titik.






No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...