Hari pertama persekolahan, seawal pagi aku sudah agak stress. Rupanya prihal Jadual Waktu Persekolahan belum selesai lagi. Ada cikgu yang mahu menukar subjek. Ketenangan dan keterujaanku di pagi hari pertama ini direnggut dengan permasalahan ini. Stress bila memikirkan aku terpaksa menyusahkan lagi sahabatku Julia Jay, sebab cuma dia yang ada software Asc Timetable, sekolahku pula, memang kedekut hendak membeli software jadual waktu. Biarpun PK1 sudah beberapa kali meminta untuk membelinya, sehingga ke tahun 2012 ini, sekolahku masih belum punya software jadual waktu. Ingat ini zaman manual lagi ka? kalau pun manual, ia cuma versi buku manual penggunaan, bukan membuat jadual waktu secara manual...ok!!! kemon la...cukup membebel pasal itu.
sudahnya aku pujuk hati sendiri, menganggap ia sebagai satu cabaran pertama dalam tahun 2013. Lagipun, tekanan-tekanan seperti ini, aku masih boleh handle. Kemudian dari itu, setelah mendapat arahan daripada PK1 untuk cuba menukar subjek guru-guru berkenaan secara manual, aku kembali ke Bilik Agama a.k.a Surau untuk membuatnya. Macam-macam aku cuba buat untuk mengelak pertindihan masa dan subjek, aku berjaya. Tapi, itu cuma pada peringkat permulaan, kemudian dari itu; setelah aku memulakan proses memasukkan subjek dan masa guru-guru (3 orang guru yang terlibat, seorang daripadanya guru yang melapor diri pagi tadi dan merupakan orang kampungku, Rosnini namanya) aku menemukan masalah. Ada pertindihan masa dan subjek. Sekali lagi macam-macam aku buat secara manual untuk mengelak masalah pertindihan tersebut, tapi masih gagal dan ia memang tidak boleh dilakukan tanpa merombak keseluruhan jadual-bermakna jadual akan berubah lagi selepas ini. Aku akhirnya, dengan hati yang berat meghantar pesanan buat sahabatku Julia Jay. Syukur Alhamdulillah, dia sudi membantuku. Aku anggap masalah ini selesai. Harapanku, 3 orang guru yang terlibat itu akan bersabar dan memahami. Aku kira PK1ku, sudah maklum akan kesusahan mentadbir jadual waktu persekolahan.
hari ini aku handle kelas Tahun 1, dari pemerhatian awalku, aku dapat mengesan beberapa pelajar yang sudah mengenal huruf hijaiyah Jawi. Aku juga dapat mengesan beberapa murid yang punya potensi diri dan perkembangan awal yang positif. Seperti lazimnya, ada juga beberapa murid yang sudah aku kesan berada dalam tahap lemah. Aku dan dua lagi sahabat, kena berusaha untuk membentuk perkembangan potensi diri mereka. Ada masa 1 tahun untuk polish....>____<. Masa mengajar kelas ini tadi, rasa stress dan blues hilang sedikit, terbayar dengan 3 orang murid yang sudah mengenal huruf hijaiyah jawi.
Kelas tahun 1 tahun ini seramai 10 orang (seingatku sewaktu aku mengira bilangan mereka tadi), cuma ada seorang murid lelaki. Ini sudah bagus. Kurang sikit kejajalan yang boleh merosakkan mood....hahaha.....
P/s: hatiku terubat bila dapat hadiah Harijadi daripada sahabatku Najihah AR...sehelai baju kurung saiz S yang fesyennya lain daripada yang lain tapi sangat cantik. Sampai2 Tina mahu menjadikan baju itu sebagai baju contoh untuk fesyen baju kurungnya nanti.