Friday, April 25, 2014

Mithali Cintamu

Tiada apa yang lebih membahagiakan selain daripada membahagiakan hati ibu, hati bapa. Biarlah habis semua punyamu, tapi kalau itu dapat membuat si ibu dan si bapa mengukir senyuman manis, itu sudah cukup biar punyamu habis semuanya. Hati ibu, hati bapa, mereka tidak meminta punyamu, itu tanda mithali cinta mereka. Sebagai anak, tolonglah, sikit-banyak; kongsilah punyamu pada mereka, seikhlas hatimu. Percayalah, akan timbul kenikmatan yang nilainya lebih tinggi dari sejuta berlian 24 karat.  


P/s: Aku gagal menjawab dengan baik soalan mama semalam, kalau diberi gred, pasti aku dapat E.  Nampaknya kena mandi bunga 100 kali, barulah ada bau-bau J datang dekat dengan izin Allah SWT.  Kata mama, aku harus mulai fikir untuk diri sendiri...ayaks!!!

Aku senyum suku.

Sunday, April 20, 2014

Ya Qin

Kadang-kadang...

Keyakinan yang menggunung, boleh meriakkan kerisauan yang menggila.

Cinta juga begitu,

Keyakinan terhadap cinta yang menggunung, boleh meriakkan kebahagiaan yang menaikkan semangat malah hidup, keyakinan cinta yang menggunung juga boleh meriakkan kerisauan yang menggila, sehingga mampu meruntuhkan semangat malah hidup.  

Ironi.

P/s: Mungkin.

Thursday, April 17, 2014

Pelik

Kadang-kadang bahagia itu terkesan pelik.


Seperti malam ini, dapat makan nasi dengan jeruk bambangan pemberian atau lebih tepat yang aku minta tanpa ada rasa segan dari Nong, sudah cukup buat aku senyum manis macam gula-gula tuntung.

P/s: Kalau kau rasa, bahagia itu tidak pelik, nah...sila jangan bersetuju dengan entri ini...okeh!!!

Thursday, April 3, 2014

Bahagia

Hidup ini bahagianya banyak

Ironinya, manusia selalu gagal mengurus bahagia.  

Selalu ego, selalu tamak.

P/s: Setiap orang punya bahagianya sendiri.  Bahagia itu pula tidak sama walau hampir serupa. Betul atau tidak, kalian tentukan.  

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...