Monday, September 29, 2014

Syukur 21

Syukur.


Che Pinky sudah keluar wad hari ini, syukur Alhamdulillah, Che Pinky tolonglah, jangan sakit-sakit lagi lepas ini, masaklah Che Tie kalau Che Pinky asyik meragam, tadi pun kena charge sampai RM45. Syukurlah Che Pinky sudah sihat, senang Che Tie nak buat kerja. Stress Che Tie, masih belum hilang. Dari khabar sahabat, Garuda akan serang SKAK selama 2 hari berturut-turut.  Hari pertama hendak pantau fail dan pencerapan, hari kedua key-in entah apa kebenda, Che Tie tak pasti lagi.  Apapun, Che Tie pujuk hati sendiri.  Sabar dan hadapi saja serangan Garuda ini.  Sudah juga Che Tie sediakan sedikit kelengkapan untuk menempuh serangan Garuda version 2.0.   Serangan Garuda kali ini bersifat android.

P/s: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.  Harapnya, garuda-garuda pintar itu, datangnya mahu berdamai-mahu membantu- itu yang paling perlu, bukan mencari salah, melancarkan peperangan.

Saturday, September 27, 2014

Bulan Buku


Aku beli novel RAM masa dapat gaji khamis lepas. Niat untuk memiliki novel ini sudah dilunaskan.


Ada lagi beberapa novel yang hendak aku jadikan koleksi. In shaa Allah, akan aku beli nanti. Buat masa ini, aku harus mengucap syukur sebab dapat beli 4 buah novel dalam bulan ini.  Rezeki Allah bagi.

P/s: belum dapat baca dengan fokus 200%. Aku harus selesaikan hal pemantauan Nazir dan JPN dulu. Selesai semuanya, baru senang hati, baru boleh baca sampai puas.

Friday, September 26, 2014

Stress

Aku stress.

Minggu depan operasi berkala pihak-pihak atas akan datang membuat pemantauan ke sekolah aku. Ya, mereka itu, ialah NAZIR dan juga JPN. Aku sedang berusaha dan sudah pun menyiapkan beberapa perkara yang akan dipantau mereka. Setakat mana perkara yang aku siapkan itu menepati kehendak, aku tidak tahu. Layan sajalah, nanti, kalau salah dan dimarah, belajar dari kesilapan dan layan sajalah marah-marah mereka. Masih banyak benda yang aku perlu belajar dan ubah dalam dunia pekerjaan aku sebagai guru. Aku stress, aku harap semua akan baik-baik saja. 

Untuk PBS offline
Untuk i-think
Untuk K-bat
Untuk RPH
Untuk Refleksi
Untuk Fail-fail
Untuk mereka yang akan dipantau
Untuk semua stress

Nah...


Semoga Allah mempermudahkan segala urusan berkaitan pemantauan ini.

Friday, September 19, 2014

Bulan Buku

Setelah lama menyimpan hasrat, bulan ini, bulan buku untuk aku. Hasrat untuk membeli novel baru aku lunaskan bulan ini, itupun, setelah aku punya ongkos lebih. Hasrat paling utama, adalah membeli novel-novel si Hlovate dan Bahruddin Bekri, aku hairan, kenapa novel-novel kedua-dua penulis kesukaan aku ini, tidak ada di Toko buku Keningau.  Angkat kening sendiri....ayaks!!!



Novel Yes,Boss! & Sayangku Sampai Ke Bintang, novel terpakai...kira 1st hand, aku tak berapa gemar novel cinta sebenarnya, aku jelak dengan jalan cerita yang klise, kira pilihan akhir sebabnya, aku tak jumpa novel si Hlovate dan Bahruddin Bekri di daerah aku ini. 

Untuk membeli novel SKSKS ini saja pun, aku ambil masa hampir satu jam, aku bandingkan 3 novel yang hampir sama plotnya dengan membaca sinopsis, dan akhirnya aku pilih SKSKS sebab: paling murah antara ketiga novel itu dan sebab sinopsisnya lebih baik, lidah tidak terbelit menyebut nama-nama watak.  

Novel terpakai ini, kurang dua tiga ringgit juga dari harga asal, dan yang bagusnya, masih kelihatan baru. Novel ini aku beli dekat Qawwan Cafe, dorang ada jual novel terpakai, peminat novel, kalau berminat dengan novel terpakai, sila kunjungi Qawwan Cafe, Keningau. Novel RAM, aku beli dekat Evergreen.

P/s: lupa minta bil masa kat Evergreen tadi, padahal bil itu penting supaya aku boleh tolak cukai LHDN tahun depan...aiyyaa!!!

Monday, September 15, 2014

Hati saya

Hati saya, kecil saiznya, dan sangat comel.


P/s: mungkin sebab comel, hati saya selalu dicubit.

Thursday, September 11, 2014

Merah

Ada kraton putih
Menyulam jaring-jaring merah
Penat aku dengan hematnya yang tak bertempat
Takut benar ketuanannya tergugat

P/s: garis merah guna batu delima

Tuesday, September 9, 2014

Comel

Pengajaran dalam hidup ini comel sebenarnya, itupun, kalau kau mahu berdamai dengan masa lalu yang pernah kelabu. Perubahan dalam hidup, tidak perlu radikal. Cukup dengan kau mencari cinta, cinta kepada siapa? Kau tentukan.
 
P/s: hikmah itu luas malah sangat comel.

Sempit

Naif, mungkin.
Terkesankah, mungkin.
Tanda Tanya jadi sebesar telinga gajah.
Kenapa gajah? Aku juga tidak tahu.
 
Kalau kau mahu sempitkan ruang-ruang sosial liar dalam hidup, kau kena jadi besi waja. jihad diri.  Kenapa besi? Itu kau kena faham analogi.  Momentum jihad itu, kena selalu top-up, kena speed juga; ini akhir zaman. 
 
Jangan obses dengan gula-gula kapas, lolipop.  Kenapa guna analogi gula-gula? Itu kena faham konsep manis.
 
"Purpose" dan "Define". 
 
Apa "purpose" hidup? Nah, "Define" makna hidup dulu.  Mungkin aku boleh guna stilistik ini.
 
"kau peminat gula-gula kapas dan lolipop perisa oren, kemudian satu masa, kau tidak boleh makan gula-gula kapas dan lolipop perisa oren, masa itu kau akan jadi macam ayam berak kapur. Terkilan, sedih dan rasa tidak berdaya", waktu itu, baru kau rasa, kau hilang satu nikmat, sedangkan gula-gula kapas, lolipop kesukaan kau itu, boleh kau beli dengan harga 20 sen".
 
Sentiasalah buat penyucian diri. Bagaimana? Secara literalnya:
 
"SOLAT".
 
Ironinya,
 
Solat selalu jadi celam celum.  Astaghfirullah al-azim...
 
 
 

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...