Hari ke-37 Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18.03.2020 dan hari ke-9 Fasa 3. Tidak dapat tidak, saya akhirnya naikkan juga entri panjang berkenaan Covid-19 atas dua sebab. Sebab pertama, esok 1 Ramadan 1441H. Sebuah Ramadan bersejarah yang pasti akan dikenang selamanya oleh generasi hidup 2020. Tiada Solat Terawih di masjid. Tiada baazar. Solat Jumaat sudah sebulan terpaksa ditangguhkan. Sebab kedua, PKP 4 dilanjutkan bermula 29.04.2020 hingga 12. 05.2020. Kemungkinan besar, Aidilfitri juga dalam tempoh PKP 5.
Siapa sangka akan berlaku pandemik disebabkan Corona Virus dari Wuhan, China. Satu dunia mengalaminya. Kehidupan normal seolah terhenti setakat 17.03.2020 buat rakyat Malaysia. Ah! Ini bukan waktu untuk menyalahkan mana-mana pihak. Pasti Allah telah menjanjikan sebuah hikmah besar buat dunia dan dan orang-orang yang sabar. Hikmah itu sudah terlihat satu persatu dalam kluster tersendiri. Terpulang kita mencari dan merasai nikmat dari hikmah yang kian terhidang. Hampir setiap hari sebenarnya. Saya juga sedang belajar meningkatkan darjat sabar.
Malas hendak panjangkan tulisan. Entri ini pun saya tulis untuk kenangan tahun mendatang. Takkanlah saya nak teriak macam Fazura dalam filem 'Manisnya Cinta Di Cappadocia":
"Arrgghh...aku sunyi"
Memang taklah....cing!
Ramadan Kareem, 1441 Hijrah. Malam 1 Ramadan.