Thursday, September 23, 2021

Rindu

Rindu bawa saya ke sini semula. Lama menolak dan acuhkan blog ini. Tidak mahu mencipta alasan basi sebab terabainya blog ini. Untuk malam ini, saya mahu mengenang yang saya pernah gembira menulis di sini.

Gembira itu pecahan dari bahagia, bukan?
Begitu kita menikmati hidup, tenang dan bahagia adalah harta paling mahal. Tak terkalahkan oleh material apapun di dunia fana ini. 

Yang Tak Kufahami

Kau adalah aksara yang menulis bait kata dalam hatiku, yang tak kufahami maknanya, tapi membekas benar dalam sukmaku. Kau adalah runut bunyi...