Monday, October 6, 2025

Kenangan itu Kerinduan


Scroll entri lama, terjumpa hari konvo dulu tahun 2011.  Haish...sudahlah pakai tudung masuk, keronsang ada gantung-gantung...apaaadah! Ha!ha!ha! Tahun tu, memang in betul fesyen tudung masuk dengan keronsang jenis gitu. Sedar tak sedar, sudah 14 tahun berlalu.  Masa ni umur baru kepala 3.  sekarang sudah hampir penghujung kepala 4.

Syukur pada Allah atas segala nikmat pemberian pada segala rezeki pada segala hajat yang telah tertunai.

Haza min Fadhli Rabbi

Friday, October 3, 2025

Cafe.Cantik.Cozy



You dan Co.
Cafe.Cantik.Cozy

Menikmati Calamari Salad dan Teh Oolong.
Fasa diet ini tidak memungkinkan saya untuk makan makanan yang best di cafe cantik ini. Tidaklah saya mahu merosakkan diet yang sudah berlangsung 9 bulan.

Ke sini untuk tenang-tenang berbukuan dan berCanva-an.

BAYANG SOFEA saya bagi rating 7.5/10.


Saya suka hiasan dalaman cafe ini.  Minimalis dan moden pada pengamatan saya. Cafe ini menenangkan jiwa dan bersih, sekurang-kurangnya untuk saya. Makanan di sini juga bagus.Korean Style. Food Plating~nya juga bagus, balance dari segi prinsipal susunan dan deko makanan. Lagu-lagunya juga bagus untuk didengar.


Saya sudah jadi regular customer.  Owner yang cantik dan tinggi itu juga sudah mengenali saya.  Pernah 2 minggu tidak ke sini, owner cantik bilang begini...

"Lama tidak nampak", 
dan itu...menenangkan saya.




Yang Tak Kufahami

Kau adalah aksara yang menulis bait kata dalam hatiku, yang tak kufahami maknanya, tapi membekas benar dalam sukmaku. Kau adalah runut bunyi...