Wednesday, February 11, 2009

sayang selalu....

WED, 11 FEB, 2009

setiap hari adalah hari IBU...
setiap hari adalah hari BAPA...
setiap hari adalah hari GURU...
setaip hari adalah hari KASIH SAYANG...

setiap hari adalah hari IBU kerana setiap hari ibu menyayangi, mendidik dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang serta tanpa berbelah bagi. sepanjang hidupnya dia menyayangi dan menghargai kita sebagai anaknya...oleh itu sayangilah ibu kita setiap hari sehingga selamanya...hargailah dia dan dan sentiasa tingkatkan usaha untuk mempastikan dia bahagia selalu...bukankah syurga itu di bawah telapak kaki IBU...

setiap hari adalah hari BAPA kerana kasih sayang serta pengorbanan yang dilakukannya kepada kita tanpa mengenal erti jemu...dia membanting tulang untuk mendapatkan rezeki agar dapat memastikan kelangsungan hidup keluarganya...setiap urat yang tertonjol ditubuhnya membawa erti keperitan yang ditanggungnya kerana membesarkan kita..

setiap hari adalah hari GURU kerana setiap hari guru mengajar, mendidik kita tanpa kenal erti jemu. mengajar kita membaca dan mengira semasa kita masih lagi bertatih untuk mengenal alam persekolahan.
Guru juga memberikan perhatian dan kasih syang kepada kita. tidak pernah guru menagih penghargaan di atas segala curahan usahanya dalam mendidik kita.

setiap hari adalah hari KASIH SAYANG adalah kerana kita semua memerlukan kasih sayang. kita juga dituntut untuk saling menyayangi sesama manusia. tanpa kasih sayang maka kucar-kacirlah hidup ini. kebencian akan bermaharajalela lalu terjadilah perpecahan yang akhirnya membinasakan rasa kasih dan sayang. oleh kerana itu, Islam amat menuntut umatnya saling sayang menyayangi sesama insan. kasih sayang adalah satu perasaan yang suci dan bersifat universal, malah merupakan amanah yang perlu ada dalam diri setiap manusia.

guru oh guru...

WED, 11 FEB, 2009

Dua mata saya
boleh tengok dunia
satu hidung saya
hidu bau bunga

Dua tangan saya
boleh dukung adik
dua kaki saya
jalan baik-baik

Dua telinga saya
dengar kata ibu
1 mulut saya
rajin baca buku

Lagu ini aku ajar masa mengajar mata pelajaran P.Moral tahun 1I, actually aku cuma menggantikan kelas ini, sebab cikgunya bertugas di MSSD. respon dari pelajar sangat baik. aku lihat mereka begitu bersemangat dan enjoy. sejuk hatiku bila pengajaranku dapat diterima dengan baik oleh anak-anak kecil itu. lebih2 lagi bila lagu itu kutambah dengan aksi2 yang bersesuaian dengan liriknya...sehinggakan setelah aku keluar dari kelas itu, aku dengar murid-murid itu masih lagi menyanyikan lagu tersebut.
Satu perkara yang menggembirakan bagi seorang guru ialah, apabila pengajarannya berjaya dan diterima serta menarik perhatian murid.
Bagi seorang guru pelatih yang diobserv, aspek keberjayaan dan keberkesanan semasa sesi P&P sangat dititikberatkan untuk mendapat markah yang baik...oleh itu guru harus la sentiasa kreatif,aktif, proaktif, inovatif agar guru boleh melakukan apa saja secara kritis untuk menarik perhatian murid semasa proses P&P.

kalimah cinta 2

Kadangkala untuk bertemu dengan cinta sejati, kita harus berani mengambil risiko untuk dilukai.....

HVD14HB---virus sekali setahun---

WED, 11 FEB, 2009

Wow...tak lama lagi akan muncul virus HVD14HB...virus nie muncul sekali setahun jer...tapi ada impact yang besar gak la...boleh "damage" kalau tak hati-hati...dengar-dengar virus ne da di haramkan oleh majlis Fatwa malaysia bagi mereka2 yang beragama islam...hehehe! bile virus nie melanda dijangka pasangan-pasangan yang tengah bercouple pasti akan di landa penyakit senyum sendiri, berbunga-bunga. di khabarkan lilin-lilin bewarna merah and pink menjadi laris. coklat2 semakin kurang dipasaran. malah bunga-bunga "Rose" mendapat permintaan tinggi...virus apa ya??

AYAT-AYAT CINTA

Desir pasir di pandang tandus
segersang pemikiran hati
terkisahku di antara
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
kupertaruhkan
maafkanku bila tak sempurna
cinta ini tak mungkin kucegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan kubisa hidup lama
namun harusku tinggalkan cinta
ketikaku bersujud.....

Tuesday, February 10, 2009

beyond teachers

"Be prepared and realictic teaching is not a glamorous job,
but it does have its reward......."

"a small truth to make life 100%"

nikmat menjadi seorang guru.....

kemarin nak di jadikan cerita, seorang muridku(yg agak bermasalah mental) menghumban pencil boxnya ke arahku...hanya kerana aku menyuruhnya menulis nama dalam buku kerja pendidikan Islam tahun 5...apabila aku menegur alias memarahinya kerana perbuatannya itu...muridku itu nekad menghumban apa saja yang ada di mejanya ke arahku. malas dia cuba menghumban kerusi ke arahku. nasib baik tak kena. tapi yang kesian murid yang berada di hadapannya yang jadi mangsa kerusi tak bermata itu.
aku mengambil kerusi itu, muridku itu terus nekad keluar dari bilik darjah dan mencapai kasut-kasut murid yang tersusun di luar dan menghumban ke arahku...aku cuba mengelak sedapat yang mungkin....walau pada humbanannya yang terakhir mengenai sedikit dahiku...pening gak la....muridku itu semakin ganas...dia nekad hendak menghumban sebuah penyapu buruk tapi syukur tak mengenaiku...
selepas adegan humban-menghumban itu selesai, aku dengan selamba menyambung sesi P&P yang terstop kejap. kesian gak aku ngn guru J_QAF yang baru tue, tekulat2 gak dia..hehehe...suspen. aku lihat di wajahnya sudah ada riak takut. tapi bagiku itu hanya perkara biasa saja.
rupanya muridku itu menangis....dia sedih agaknya. kerana aku tidak pernah memarahi muridku itu sepanjang sesi awal persekolahan 2009(muridku itu bercuti sakit selama setahun iaitu sesi persekolahan 2007 untuk berubat). yang lucunya...semasa muridku itu berkata kepada kawannya(ketika muridku itu dihantar rakannya ke tempat ibunya bekerja, di sebuah klinik kesihatan berdekatan dengan sekolahku)..."ustazah melawan aku....aku pun Islam bah...sama-sama Islam..sama-sama Islam pun mo marah kah ...ustazah minta puji...." "haiyaa...si ustazah bah...."....hehehe!..lawak pula bila mendengarnya.
hari ini....ketika sampai di bilik guru, kawanku mengatakan yang ibu kepada muridku itu datang menemui PK1. aku pasrah...kalau pas ne aku dipanggil masuk ke bilik guru besar pun aku rela....ye la ini kan bukan kes pertama...cikgu2 lain pun da banyak buat aduan pasal muridku itu....hari ini juga.....aku sudah sedia untuk dihumban sekali lagi oleh muridku itu(muridku itu, seorang anak yang pendendam...cikgu-cikgu yang pernah memarahinya akan didendaminya selama berbulan-bulan...kawanku yang bernama aldrin(sekarang pindah ikut suami ke terengganu) masih di dendaminya. aku mengetahui dia masih mendendami kawanku ini apabila muridku itu ternampak gambar kawanku itu...dia mengatakan begini....."si aldrin...cikgu jahat ne"...hehehe
tapi sehingga sampai waktu rehat...belum ada tanda-tanda aku akan dihumban atau kelas pendidikan Islamku dihumban dengan batu...tapi aku terlihat kelibatnya....dia mengintai-ngintai di sebalik cermin...aku menegurnya....."napa Ikhwan...ko nak humban sy lagi?"...dia cuma membesarkan matanya.
ketika masa akhir...masuk la murid tahun 4ku...kelas muridku yg bermasalah itu....syukur dia tidak buat hal...dengan rendah diri...aku menghampirinya untuk mengembalikan semula buku teks dan buku kerja yang dilempar ke arahku kemarin...aku bertanya padanya...."Ko marah lagi ngn ustazah...muridku itu berkata...."tidaklah...", sekali lagi aku merendahkan diriku menghulur tangan padanya...muridku itu menyambut salamku lalu mencium tanganku....dan hari ini ketika aku mengajar surah al-Alaq...dia ikut sama-sama membaca surah yg ku ajar itu...padahal..selama ini dia tidak pernah mahu mengikuti apa saja yang diajar olehku....dan yang penting...dia tidak mendendamiku seperti yang dilakukannya pada cikgu-cikgu yang pernah memarahinya....hehehe!

Monday, February 9, 2009

Untukmu wanita....



".....wanita-wanita yang buruk adalah untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang buruk adalah untuk wanita yang buruk, tetapi wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.....(Surah an-Nur)







Puisi buat sahabat.....(Untuk sahabat misteriku & fatin & ita...)

Sahabat,

dalam kabur kutercari-cari cahaya

akhirnya kutemui

sinar ceria diraut wajahmu

andainya alam ini

mampu berkata-kata

pastilah pujian buat dirimu

diwaktu itu akulah yang bertuah

punya sahabat sepertimu....

aku ingin sepertimu

dalam ketenangan

menghadapi hidup ini...

sahabat










kerjaya sebagai seorang guru ne mmg mencabar....malah i pernah terbaca satu artikel...kat jepun yg banyak jadi gila adalah golongan guru...hehehe...nasib baiklah aku tak gila lagi...sepanjang aku jadi cikgu merangkap ustzah...mmg banyak pahit manis yg berlaku....lucu dan memalukan....
walau apapun aku bangga ngn kerjaya ini wealaupun ia tidak menjanjikan kekayaan. kerana belum ada cikgu yg jadi jutawan...apatah lagi ngn gaji cikgu yg kalo nak di hitung senonya ciput jerr....
lately ni profesion guru ne sudah semakin hilang sengatnya bila kita sering dihebahkan dengan attitude sesetengah guru yg kureeeennng...(sorry to say)! istilah2 mcm guru 25hb tue ada kebenarannya. tapi masalah itu tidak lah boleh dihadapkan kepada guru shj..mcm kami guru2 di pedalaman sabah dan sarawak...prasarana sekolah masih daif...tapi sekali lagi kedaifan prasarana tidak boleh dijadikan alasan total untuk tidak menghormati profesion ini... bukankah seorang guru itu kreatif dan inovatif...
entahlah.....kdg kala sebagai manusia kita tidak sedar betapa sebenarnya kita menyayangi sesuatu benda atau perkara itu setelah kita kehilangannya....lagipun bagi guru-guru yg makin hilang attitudenya...masih belum terlambat untuk berubah kan....bukankah sifat manusia itu boleh merubah sikap....insyaAllah
saya teringat kata-kata pensyarah miss Crispina...dia cakap...kalau kita tidak amanah ngn tugas kita...mmg la gaji tidak akan dikurangkan oleh majikan...tapi gaji kita kita dikurangkian melalui cara yang lain nseperti di landa sakit, anak sakit dan segala permasalahan yg menyebabkan kita perlu menggunakan duit yg banyak.....emmm...jika di fikir secara mendalam kata-kata pensyarah i tue...mmg ada kebenarannya....wallah hu alam

Assalammualaikum......

MONDAY, FEB 09, 2009

Syukur la akhirnya cita-cita aku untuk punya "blog" sendiri terhasil juga...at last! bg aku yg skill ITnya yg tak berape nak mahir....hehehe! thanks to mrs MK(bloggers yg buat tutorial pasal nak buat "Blog")....so aku harap akan ada la "bloggers" yg sudi masuk blog aku yg tak berapa nak best ne...hihihi! apa nak buat...aku pun masih baru dalam alam "blog"2 ne...so aku harap bg la komen membina untuk blog aku ne...man nopoh dih!
aramaiti....

Di Ruang Rindu.....

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...