WED, 11 FEB, 2009
setiap hari adalah hari IBU...
setiap hari adalah hari BAPA...
setiap hari adalah hari GURU...
setaip hari adalah hari KASIH SAYANG...
setiap hari adalah hari IBU kerana setiap hari ibu menyayangi, mendidik dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang serta tanpa berbelah bagi. sepanjang hidupnya dia menyayangi dan menghargai kita sebagai anaknya...oleh itu sayangilah ibu kita setiap hari sehingga selamanya...hargailah dia dan dan sentiasa tingkatkan usaha untuk mempastikan dia bahagia selalu...bukankah syurga itu di bawah telapak kaki IBU...
setiap hari adalah hari BAPA kerana kasih sayang serta pengorbanan yang dilakukannya kepada kita tanpa mengenal erti jemu...dia membanting tulang untuk mendapatkan rezeki agar dapat memastikan kelangsungan hidup keluarganya...setiap urat yang tertonjol ditubuhnya membawa erti keperitan yang ditanggungnya kerana membesarkan kita..
setiap hari adalah hari GURU kerana setiap hari guru mengajar, mendidik kita tanpa kenal erti jemu. mengajar kita membaca dan mengira semasa kita masih lagi bertatih untuk mengenal alam persekolahan.
Guru juga memberikan perhatian dan kasih syang kepada kita. tidak pernah guru menagih penghargaan di atas segala curahan usahanya dalam mendidik kita.
setiap hari adalah hari KASIH SAYANG adalah kerana kita semua memerlukan kasih sayang. kita juga dituntut untuk saling menyayangi sesama manusia. tanpa kasih sayang maka kucar-kacirlah hidup ini. kebencian akan bermaharajalela lalu terjadilah perpecahan yang akhirnya membinasakan rasa kasih dan sayang. oleh kerana itu, Islam amat menuntut umatnya saling sayang menyayangi sesama insan. kasih sayang adalah satu perasaan yang suci dan bersifat universal, malah merupakan amanah yang perlu ada dalam diri setiap manusia.

No comments:
Post a Comment