Sunday, May 15, 2011

To Sir With Love: Selamat Hari Guru

Malam ini di di TV2,  ada cerita "To Sir With Love" pasti sempena hari guru esok. Sudah lama aku tidak menonton filem ini.  Filem yang kisahnya berkisar mengenai kehidupan seorang guru.   Aku masih suka menonton filem ini dan mungkin akan suka sampai bila-bila.   Tetap saja filem ini bagi impak kepadaku dari dulu sampai sekarang,  dari aku belum menjadi guru,  sehingga aku menjadi guru kini.  Tetap saja ada signifikannya yang tersendiri buat diriku.  Malam ini aku mahu meluangkan masaku menonton filem ini dan sambil menunggu jam 11,  aku akan baca novel kesayanganku...."Diari Seorang Guru" yang entah sudah berapa kali aku membaca novel itu,  sejak tahun 2001.  

SELAMAT HARI GURU 2011..... 

KePingin Ke Pantai Manis

Kepingin ke Pantai Manis 
ya aku memang ingin sekali ke situ. kebetulan Daerah Papar memang punya kenangan yang tersendiri,  signifikan sekali kepadaku.  Aku suka melihat sunset di pantai...bagiku ia begitu indah.   Cuma saja aku yang duduknya di daerah pedalaman ini,  jarang-jarang sekali merasa nikmat itu.   nah...hari ini apabila membuka Fb ku,  aku lihat entri baru sahabat cantikku itu,  dia ke Pantai Manis lagi...bersama Jagoan dia....anak-anaknya yang manis dan handsome itu....(zue,  syukur sekali kau berkahwin dengan jejaka Murut dari Tenom itu yang kau gelar 'Abang'....suamimu,  kalau saja kau berkahwin dengan lelaki bangang yang kugelar si 'jendul' itu,  emmmm....aku malah tidak berani mengatakannya di sini,  takut juga aku ketulahan....yang paling penting,  ia akan membuat diriku lebih berdosa....hihihi).   Tidak kuceritakan kepada sesiapa tentang kegilaanku pada sunset di pantai,  tentang sukanya aku berjalan berkaki ayam di gigi pantai,  tentang sukanya aku menghirup udara berbau asin di pantai,  tentang sukanya aku memegang pasir dan duduk di atas pasir pantai yang panas.   takut keterujaanku pada pantai di balas dengan senyuman sinis,  sungguhpun ada dua sahabatku di sini dan adik2ku yang mungkin faham aku dan mungkin akan dengan bersungguh memahami keterujaanku itu.   Rasanya aku akan gembira sekali kalau dapat pergi ke situ.  lagi pula aku mahu melupakan segala kesedihanku tentang sesuatu.  berharap sekali,  kalau aku dapat ke Pantai Manis,  aku akan dapat melupakan kesedihan itu.  dan hatiku akan manis semula.  

dengki...
Zue melihat kau boleh saja ke Pantai bila-bila masa yang kau suka, aku jadi dengki sekali.   sedang aku...hanya bisa melihat fotomu bersama anak2 manismu.   kalau saja aku punya kuasa sakti,  tentu aku boleh menggunakan kesaktianku untuk membawa aku ke Pantai.   atau aku boleh saja meminjam pintu ke mana-mana si Doraemon yang kiut itu,  agar aku boleh ke Pantai Manis pada bila-bila masa sahaja.   ah...itu satu kemustahilan yang nyata.   Zue,  nanti kalau aku sudah punya waktu akan ku paksa kau untuk membawa aku ke Pantai Manis.  aku mahu lihat sunset yang cantik dan indah itu.

jauh....
jauh di sudut hati,  aku sebenarnya mahu sekali ke Papar,  lebih2 lagi untuk 'dating' sama kau zue(...hehehe...)dan berjumpa dengan anak-anakmu yang aku pasti mereka akan lebih tinggi dari ketinggianku(...hahaha....)aku masih ketot zue. Aku juga mahu sekali ke Kg.  Buang Sayang,  ke tapak bekas sekolah Menengah Agama Islamiah Papar yang kini telah bertukar tapaknya di Pantai Manis,  sekali lagi ia signifikan kan?? ...sebab bekas sekolah kita,  SMAIP itu akhirnya di abadikan di Pantai  Manis.   aku teringat mengenai kisah itu,  bila ada perkhabaran mengatakan kita akan dipindahkan di Pantai manis,  waktu itu tahun 93,  tapi sehingga kita habis sekolah di situ,  khabar itu tidak jadi nyata.  dan hanya beberapa tahun selepas itu,  barulah khabar itu jadi kenyataan.  sayang kita tidak berkesempatan.  walau apapun,  aku tetap menghargai SMAIP di Buang Sayang itu.   Di SMAIP itu,  pernah ada kehidupanku.   Usia awal remajaku ada di situ,  kenangan pahit manisku ada di situ.  dan kalau berpeluang,  aku mahu membawa kau ke sana.  

lewat....
setiap kali aku melewati daerah papar ketika mahu ke KK,  terutama di jambatan itu,  aku rindu sebenarnya.  Jambatan itu ada kisah tersendiri,  jambatan itu yang selalu aku dan teman2 lewati kalau mahu ke Pekan,  dan di situlah tempat aku dan kawan2 membuang sampah sisa makanan asrama kala tiba giliran bertugas.   kasihan sungai itu,  menelan saja sisa makanan dan sampah yang kotor,  aku tahu itu salah,  cuma saja waktu itu kami tidak punya pilihan.   setidaknya sisa makanan itu,  boleh menjadi makanan sang ikan yang lapar.   setiap kali melewati jambatan itu,  aku sebak.  sebak melihat bekas sekolahku itu.   kerana kenangan bersama sahabat cantikku dan beberapa sahabat lain ada di situ.  

lady Cake...
aku mahu ke Pekan Papar,  berjalan2 di situ...sudah pasti dengan menyeberang sungai itu melalui jambatannya.   dulu,  jambatan itulah yang aku selalu lewati kalau mahu ke Pekan Papar sekali-sekala.   dan destinasi yang selalu ku tuju adalah kedai kek...."Lady Cake"...aku tidak pasti,  adakah kedai kek itu masih wujud.  

Pantai Manis...
Zue Dear,  nanti kalau aku ke Papar,  bawa aku ke Pantai Manis ya,  nanti kita bercerita tentang "Kita" satu masa dulu,  dan aku mahu sekali mendengar ceritamu.   aku mahu menikmati sunset yang indah itu.  nanti kita tunggu sampai matahari itu benar2 hilang di kaki langit. 

Pantai cantik Pantai Manis
Tempat Luah Hati terguris...


Tuesday, May 10, 2011

Aku si Halus....Benarkah??

Seorang sahabat mengatakan aku mempunyai jiwa yang halus....benarkah? aku sendiri tidak pasti adakah aku mempunyai jiwa yang halus itu.   Kata mama,   aku ini keras hati.   Kata adikku,  aku ini lain sifatnya,  lain penerimaanku tentang sesuatu.   entahlah...yang pasti aku gembira kerana pujian mengatakan bahawa aku seorang yang mempunyai jiwa yang halus datang dari sahabat cantikku itu.  Mungkin juga benar bahawa aku punya jiwa halus itu. Satu yang aku pasti,  sahabat cantikku itu sebenarnya yang punya jiwa yang halus,  paling halus kukira.  

Terus-terang,  aku tertarik dengan penilaian sahabat cantikku itu.   Aku punya jiwa halus.   Rasanya aku tidak akan pernah mendapat penilaian itu dari mana-mana kawanku.   Sejauhmana kebenarannya,  aku tidak mahu ambil pusing,   yang pasti aku suka sekali dinilaikan begitu;  sebab selama ini aku kira aku punya jiwa yang paling sukar sekali untuk dimengertikan.   Ada sipi dari hatiku membenarkan penilaian sahabat cantikku itu dek kerana diari pertemuanku yang selalu mengecewakan itu.   Maksud aku,  mungkin kerana kehalusan jiwaku itu,  maka ada manusia yang dengan senang melukai hatiku dan dengan senang menyakiti hatiku.  sedang aku ikhlas,  sedang aku menghargai setiap pertemuan itu.   Sekali lagi,  sejauhmana kebenarannya itu aku tidak tahu.  

Jiwaku yang halus,  aku mahu kau terus halus.   
  


Saturday, May 7, 2011

Kau Masih Sahabat dan Akan Selalu Jadi Sahabat

Zue @ Ade,  sahabat cantikku
Hari ini semua persoalanku telah terjawab...syukur, dia masih sahabatku.   syukur aku tidak berprasangka buruk pada dia,  sisahabatku yang cantik dan kukira dia juga unik (dia juga mengatakan yang aku unik),  malah unik sekali dan sangat istimewa dalam diary persahabatanku. ..aku tetap saja yakin dia tidak membuang aku sebagai sahabatnya. Aku terperasan beberapa hari ini malah beberapa minggu ini,  aku sudah tidak lagi dapat melihat perkembangan dia dalam Fb ku.   aku hairan,  lalu aku memeriksa friend list dalam Fbku,  ternyata sudah tidak ada nama sahabat cantikku itu.  di mana dia?  syukur aku tidak sampai bersangka buruk padanya dengan menyangka dia telah membuang aku sebagai sahabatnya.  Rupanya dia telah menukar Fbnya kepada "Artifak di dalam botol",  aku tidak akan bersangka buruk pada sahabatku yang seorang ini.  sebab walau dia mungkin membuang aku sebagai sahabatnya,  aku akan tetap mahu menjadi sahabat dia,  selamanya mahu menjadi sahabat dia.   syukur,  dia sebenarnya tidak membuang aku.  syukur pada Allah,  aku masih kekal menjadi sahabat di,  Terima kasih Zue,  Kita Tetap Kawankan....kita sama Zue...sedar atau tidak,  aku juga seperti kau,  punya paling sedikit sahabat....yang benar-benar sahabat,  yang benar-benar akan turut sama berduka kala aku berduka dan gembira kala aku gembira.  kau tahu zue,  di sini...aku cuma punya dua sahabat yang benar-benar aku percaya,  yang sentiasa bersamaku dalam apa jua rentak hidupku.  mereka adalah Fatine dan Suzie.   dengan Fatine,  usia persahabatan kami sudah menjangkau,  10 tahun.  dia juga istimewa padaku sebagai sahabat sama sepertimu,  dia juga kawan paling baik kepadaku Zue,  paling ikhlas dan memahamiku,  malah  sentiasa bersamaku dalam dukaku dan sukaku.   dia juga unik sepertimu.   dengan Suzie,  aku mula mengenali dia sejak tahun 2003,  cuma saja kami tidaklah terlalu rapat.  persahabatan antara kami terjalin rapat sejak tahun 2008.   banyak perkara yang kami kongsikan bersama.   dan aku mula menghargai dia sebagai sahabat.   Aku benar-benar bersyukur,  kerana aku masih punya sahabat seperti kau Zue,  seperti fatine dan Suzie.
Fatine Lee si cantik manis sahabat paling baik dan mengerti aku
Kenangan Paling Manis di PuteraJaya,  manis sebab ia bersama sahabat istimewaku


Suzie si cantik gebu,  sahabatku yang baik hati

aku dan Zue...93...






Thursday, May 5, 2011

Daerah Jaya: Lambaianmu Menggamit Jiwa (episod 1)

Teringat kepada kisah hampir 4 tahun yang lalu,  ketika aku baru sampai ke satu daerah asing sebelum Sampai ke Daerah Jaya,  tempat yang aku ingin tuju dan bermastautin di situ.   kini kenangan itu begitu menggamit jiwa.   benar kata orang perjalanan ke Daerah Jaya bukan mudah,  perlu melalui jalan berliku,  menempuh onak dan duri,  bukit-bukau,  lurah dan jurang yang menakutkan malah berbahaya.   andai saja tidak punya kekuatan diri,  sudah pasti kita akan tersesat kerana berlikunya jalan,  sudah pasti terluka kerana perjalanan itu punya onak dan duri dan sudah pasti terjatuh kerana ia penuh dengan bukit-bukau dan jurang yang dalam.   atau paling tidak,  ketakutan pasti datang kerana perjalanan itu punya bermacam-macam rintangan yang menakutkan,  atau paling tidak kita tidak dapat bertahan kerana perjalanan itu begitu memenatkan kerana terlalu banyak bukit-bukau yang perlu di daki.

Daerah Asing:  tempat bermula segala kisah....

Hari pertama di daerah asing,  aku bertatih menempuh likunya jalan.  lalu aku menemukan beberapa manusia yang turut asing di mataku.   bukan asing kerana mereka berasal dari planet lain,  mereka juga manusia sepertiku.  asing kerana seumur hidupku aku belum pernah menemukan mereka.   yang pasti mereka juga punya matlamat yang sama sepertiku,  mahu ke Daerah Jaya.  

"Kamu juga mahu ke daerah Jaya?"
"Ya,  aku mahu ke sana"
"Kamu juga mahu ke sana?"
"Ya,  aku mahu ke sana."
"Jadi matlamat kita sama".

Aku tersenyum lewat perbualan singkat dengan salah seorang manusia asing itu,  lalu aku menghulurkan tangan tanda perkenalan.   Wujud satu ukhuwah.   Sempat aku melirik kepada kelompok manusia asing lain,  cuma saja ketika itu aku masih belum punya kesempatan bertegur sapa dengan mereka.  Hari itu,  perjalanan berliku itu kami tempuh bersama walaupun belum saling mengenali.   Perjalanan hari itu diuji dengan beberapa rintangan.  Sungguhpun begitu,  rintangan itu tetap dilalui dengan kerjasama.

Perjalanan ke daerah jaya begitu lama.   Terlalu banyak lurah dan jurang sudah kami turuni,  dan bengkang-bengkoknya jalan sudah kami tempuhi,  perjalanan yang lama itu membuat ukhuwah semakin erat.  Manusia-manusia asing itu semakin tidak asing lagi di mataku.   Sudah ada bibit kemesraan namun masih berhati-hati.   Takut nanti tersalah sangka,  takut nanti tersalah bicara,  pasti pergaduhan tercetus;  merosakkan ukhuwah yang mula bertunas.   Perjalanan ke daerah Jaya yang perit itu menyaksikan beberapa teman asingku tidak mampu bertahan.   Mereka tewas di pertengahan jalan.   Kami tidak mampu berbuat apa-apa.   Hanya mampu mengucapkan selamat tinggal.   Lalu kami meneruskan perjalanan menuju ke daerah Jaya.

Hari demi hari,  perjalanan menuju ke daerah Jaya semakin berliku,  lurah semakin sempit jurang pula semakin dalam.  Semakin hari perjalanan itu semakin menakutkan.   Sehinggakan beberapa lagi teman tewas dengan halangan daerah asing itu.   Lalu sekali lagi,  mereka kami tinggalkan kerana tidak mampu berbuat apa-apa.   Hanya mampu mengucapkan selamat tinggal.   Kini,  hanya tinggal kami seramai 18 orang.  Begitu yang ku peroleh setelah membilang.   Bilangan sedikit ini dan dengan perjalanan yang semakin menyusahkan membuatkan ukhuwah kami semakin erat,  ukhuwah yang terbina sudah berputik subur.  Sudah ada bibit-bibit kepercayaan.

Perjalanan diteruskan,  kami sampai ke satu jurang paling dalam dari jurang-jurang sebelum ini.  Sehinggakan aku sendiri begitu takut,  merasa begitu lemas bila melihat jurang itu.   aku tidak yakin yang aku mampu untuk turun ke jurang itu.   Aku takut tergelincir.   teman2 asingku pun merasakan hal yang sama,  masing-masing merasa begitu lemas,  rimas dan takut dengan bahaya yang menanti di jurang yang sangat dalam itu.   Namun,  kami tidak punya pilihan lain,  berundur pun tidak berguna kerana untuk kembali ke simpang depan sebelum masuk ke daerah asing,  kami perlu melalui lurah,  jurang dan liku-liku jalan yang penuh onak dan duri.   Bermakna perjalanan balik juga  bukan mudah.   Mahu tidak mahu bersandarkan kekuatan azam,  kekuatan rohani dan fizikal serta semangat kerjasama yang erat,  jurang itu kami tempuh.  Benar maha benar,  perjalanan menuruni jurang itu bukan mudah.  Begitu lama masa yang kami tempuh untuk sampai ke bawah.  Syukur,  akhinya setelah 3 bulan,  kami berjaya turun ke jurang itu dengan selamat.  

Setelah menuruni jurang yang dalam,  halangan seterusnya menunggu.  Di hadapan,  aku lihat sudah terpacak bukit-bukau yang perlu aku daki bersama teman-teman asing yang kini sudah rapat.   Ada rengusan kedengaran,  ada hela nafas yang tercungap-cungap,  ada keluhan yang merintih.   Aku juga sama merengus,  sama menghela nafas tercungap-tercungap dan sama merintih dalam keluhan.   Kepenatan terasa sehingga ke dalam tulang-tulang.   Kepala terasa sakit yang amat.  Kaki terasa seperti hendak tercabut dari badan,  tangan sudah tidak bermaya untuk terus bergantung.   Aku semakin lemah,  begitu juga teman-teman lain.   Namun,   sekali lagi azam,  semangat,  kekuatan dan keyakinan menggunung menyelamatkan aku dan kami dari kealpaan kerana kesakitan yang ditanggung.   Sekali lagi kerjasama erat antara kami turut jadi penyelamat keadaan.  

"sabarlah,  tinggal 3 bukit di depan itu lagi".
"benarkah sahabat?"
"Ya,  benar sahabatku".
"Tapi kakiku sakit"
"Ya,  aku juga"
"kepalaku juga sakit"
"Ya,  aku juga"
"Tanganku juga sakit,  lihat tanganku serta kakiku sudah berkematu"
"kasihan kamu sahabatku,  tapi aku juga seperti kamu"
"benarkah sahabat?"
"Ya,  mahu lihat kematuku?"
"Ya,"
"kamu juga kasihan sahabat".
"Ya,  kita sama-sama berkematu di tangan dan di kaki". 
"Sabarlah sahabat,  sekejap saja lagi apabila kita berjaya sampai di puncak bukit ketiga itu,  kita akan dapat melihat daerah Jaya."
"benarkah sahabat?"
"Benar".
" Kau pernah ke sana sahabat?"
"Tidak,  tapi itulah kata orang yang sudah sampai di sana".
"Benarkah sahabat?"
"Yakinlah sahabat"
"aku yakin".
"Ya,  aku juga Yakin.  mari kita teruskan pendakian"

Pendakian itu terlalu memenatkan.   Hampir saja aku tergelincir.   bukan saja aku,  malah sahabat lain juga begitu.   Berhati-hati mendaki,  takut terjatuh.   Syukur saja kami sentiasa bekerjasama.  Jadi aku yakin kalau aku jatuh,  ada sahabat yang akan menolongku.   Aku juga akan menolong andai ada sahabatku yang jatuh.   Ya,  mereka ini telah menjadi sahabat.  Padahal dulu mereka cuma manusia asing,  yang kini menjadi teman dan menjadi sahabat.  

Pendakian bukit pertama berjaya dilalui,  dan kini kami meneruskan pendakian bukit yang ke kedua.   Pendakiannnya juga menyiksakan.   Ada masanya kakiku tersadung akar dan batu,  lalu aku terjatuh,  kadang-kadang tersembam;  lalu ada luka kecil.  Sakit terasa namun masih bisa ku tahan.  Aku pasti sahabat lain juga sudah mengalami luka kecil.  Namun kesakitan itu sudah biasa ku tanggung dan aku yakin sahabat lain juga sudah biasa menahan kesakitan itu.   Akhirnya,  kami berjaya sampai di puncak bukit kedua.  

Setelah berehat beberapa lama,  menghilangkan penat lelah mendaki bukit satu dan dua,  aku dan sahabat meneruskan pendakian bukit ketiga.   kali ini dengan semangat yang membara.  Pendakian bukit ketiga adalah yang paling getir sekali,  bukitnya begitu curam sekali,  batuan yang ada begitu tajam,  amat menyakitkan,  terasa mencengkam di tapak kaki walaupun punya alas.   Ada duri yang sakitnya bisa sekali jika terkena kulit.   Ah...persetankan semua itu,  aku sudah tidak boleh berundur,  sahabatku juga.  Getir semacam mana pun,  aku dan sabahat perlu melaluinya.   Luka-luka di kaki dan tangan semakin banyak,  peluh sudah mengalir,  menerbitkan bau asam tanda betapa keras usaha pendakian itu,  darah juga sudah ada yang mengalir menunjukkan betapa kerasnya perjalanan pendakian itu,  'tidak apa'...begitu pujukan hati.  Ku kira sahabat-sahabatku juga memujuk hati mereka dengan ungkapan itu.  Tidak disuarakan dalam bentuk percakapan tapi dizahirkan dengan riak wajah,  hanya mampu bermonolog dalaman.   Tapi wajah itu sudah cukup untuk aku memahami maksud tersiratnya.  Wajah aku dan wajah sahabat masih senyum.   sungguhpun kepala yang sakit seperti mahu pecah.  perit menahan sakit yang azab.  

Kesakitan itu terbalas apabila aku dan sahabat sampai di puncak bukit ketiga.   Terasa sedikit kelegaan setelah menempuh pendakian gila.  Air mata bergenang.  Ada senyum terukir di bibir.  Meskipun senyuman itu kelihatan suku sahaja,  'senyum suku' begitu yang aku labelkan kerana senyuman itu belum mampu melebar.   Namun senyum suku itu sudah ada rasa bahagia.   Dari atas puncak bukit ketiga itu,  aku lihat ada suasana mendamaikan di bawah sana,  ada panorama indah,  ada warna-warna cantik.  Aku kagum,  aku terpana seketika.  Hati menguntum senyum meskipun hanya 'senyum suku'.  Ada lantunan hati mengucap rasa syukur tak terhingga kepada tuhan.   Air mata yang bergenang tadi kini gugur mengalir di pipi.   Ku lihat sahabat ku juga begitu.   Air mata syukur.   Sungguhpun ada satu halangan lagi,   iaitu menuruni bukit ketiga.   Perjalanan menuruni bukit ketiga bukan mudah.   Ada lurah sempit tetapi sangat dalam untuk ditempuh.   Silap langkah,  maut menanti.  Perjalanan itu harus ditempuh dengan penuh berhati-hati.   Langkah perlu diatur.   Kerana kali ini,  lurah ini begitu sempit,  tapi dalam.  Perlu berjalan seorang demi seorang,    kerana masing-masing perlu memberi sepenuh perhatian pada setiap langkah.   Dari atas puncak,  ku dengar daerah Jaya seperti memanggil-manggil namaku,  kukira sahabatku juga mendengar nama mereka dipanggil-panggil dari bawah.  Dari atas puncak,  ku lihat daerah jaya melambai-lambai aku dan juga sahabatku,  menggamit aku dan kami untuk turun ke bawah.  Dari atas puncak,  aku dan sahabat melambai-lambai daerah Jaya.   Tunggu daerah Jaya,  sekejap lagi aku,  juga sahabatku akan turun ke bawah.




Tuesday, May 3, 2011

SenYum SuKu

Hari rasanya aku sudah boleh senyum suku,  kerana beban yang aku galas selama 4 tahun sudah makin kurang beratnya,  paksi yang dulunya condong sudah hampir tegak.   Aku sudah boleh tersenyum suku hari ini sebab latihan mengajar selama 3 bulan di SMK keningau II sudah pun berkahir jumaat kepas,  dan hari in aku dan kami PLUMS HT17 Keningau sudah selesai menduduki kertas kedua Peperiksaan Sem Akhir.   Aku akan tersenyum semi apabila aku selesai menduduki kertas akhir pada 12hb nanti,   dan yang paling membahagiakan; aku akan tersenyum lebar apabila aku sudah menyiapkan dan menjilid tesis atau PSMP ku yang datelinenya pada 27 Meii 2011.  tapi untuk hari ini,  aku layak untuk tersenyum suku.

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...