Tuesday, May 10, 2011

Aku si Halus....Benarkah??

Seorang sahabat mengatakan aku mempunyai jiwa yang halus....benarkah? aku sendiri tidak pasti adakah aku mempunyai jiwa yang halus itu.   Kata mama,   aku ini keras hati.   Kata adikku,  aku ini lain sifatnya,  lain penerimaanku tentang sesuatu.   entahlah...yang pasti aku gembira kerana pujian mengatakan bahawa aku seorang yang mempunyai jiwa yang halus datang dari sahabat cantikku itu.  Mungkin juga benar bahawa aku punya jiwa halus itu. Satu yang aku pasti,  sahabat cantikku itu sebenarnya yang punya jiwa yang halus,  paling halus kukira.  

Terus-terang,  aku tertarik dengan penilaian sahabat cantikku itu.   Aku punya jiwa halus.   Rasanya aku tidak akan pernah mendapat penilaian itu dari mana-mana kawanku.   Sejauhmana kebenarannya,  aku tidak mahu ambil pusing,   yang pasti aku suka sekali dinilaikan begitu;  sebab selama ini aku kira aku punya jiwa yang paling sukar sekali untuk dimengertikan.   Ada sipi dari hatiku membenarkan penilaian sahabat cantikku itu dek kerana diari pertemuanku yang selalu mengecewakan itu.   Maksud aku,  mungkin kerana kehalusan jiwaku itu,  maka ada manusia yang dengan senang melukai hatiku dan dengan senang menyakiti hatiku.  sedang aku ikhlas,  sedang aku menghargai setiap pertemuan itu.   Sekali lagi,  sejauhmana kebenarannya itu aku tidak tahu.  

Jiwaku yang halus,  aku mahu kau terus halus.   
  


1 comment:

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...