Thursday, June 30, 2011

An-Nas & PhD: antara Ragam, Khilaf dan Fitrah

hari ini ketika membuka Che Pinky,  ku lihat ada mesej di inboxku.  dan aku gembira sekali ia adalah dari sahabat cantikku,  Zue.    aku bangga sekali bila dia berjaya menyiapkan filem pendeknya.   dalam mesejnya dia memintaku untuk menonton filemnya itu.  saat membaca hasil tulisannya dalam the final scene: Cinta Seorang Guru,  aku kagum sekali dan semakin jatuh cinta pada tulisannya.   ada klausa indah yang menjentik hatiku,  membangunkan semula semangat adiwiraku sebagai pendidik dan ia begitu menyentuh hatiku.  dan ternyata ia memang karya hebat....dan dia sahabatku itu,  mendapat pujian dan pengiktirafan Dato Muhyiddin Yassin.  kau berhak untuk berbangga Zue.  aku saja merasa bangga kau mendapat pengiktirafan itu, apatah lagi kau Zue.  

Tie...
u have to watch my movie! u have to!
it's really great! (perasaan aku la...hihi)
karang aku upload di youtube k...

dia juga meluahkan rasa....sedih dan gembira....untuk itu aku cuma mampu menulis ini untuk dia....

Zue.....
kalau ada manusia pencemuh di duniamu, maka keluarkan saja kekuatan semangat adiwiramu itu, biar mereka kalah dengan semangatmu. tidak perlu menggunakan segala kesaktian dalam membuktikan bahawa kau adalah seorang pengkarya yang hebat malah seorang guru yang ikhlas dan bersunguh-sungguh demi kebutuhan muridmu. semangat dan kesungguhanmu sudah cukup menewaskan kesombongan, cemuhan dan cacian mereka. Mungkin bukan satu perkara yang enteng, banyak perjalanan masa diperlukan....untuk itu kau ambillah selama mana masa yang kau perlukan. kau tentukan sendiri banyak mana masa yang kau perlukan...sebab aku yakin hasilnya nanti adalah sesuatu yang sangat bernilai dan menggembirakan kau malah orang di sekelilingmu jua.

terpempan seketika aku ketika dia meluahkan rasa sedihnnya dia dengan segelintir teman yang memulaukan dia hanya kerana kejayaan dia.   rasa sedih kerana sahabatku itu diperlakukan begitu.   kasihan dia.  sedangkan dia cuma mahu mengembangkan bakatnya.   kalau aku di sana saat ini,  mahu saja aku memeluk dia, supaya dia tahu bahawa aku selalu siap menyokong dia.   kadang-kadang susah juga jadi orang yang sekreatif dia,  ada saja manusia yang agak dungu corak pemikirannya merosakkan suasana bahagia.   kemudian teringat aku kepada sejarah awal bermulanya hasad dengki di kalangan manusia.   kisah Habil dan Qabil anak kepada Nabi Adam a.s.  dan bila menyedari sejarah ini,  maka aku akur kenapa teman-teman sahabat cantikku itu dengki sekali padanya.   Cuma,  kenapa mereka iaitu teman-teman sahabatku itu,  tidak mahu belajar dari dia?? padahal sahabatku itu bukan pelokek ilmu.  lain halnya kalau sahabatku itu tidak mahu berkongsi bakatnya dengan orang lain.  dan aku tahu sangat,  dia...sahabatku itu bukan pelokek...tapi itulah manusia sering khilaf tapi jarang sedar.   aku juga begitu sering khilaf tapi aku mohon padaMu ya Allah,  jadikan aku manusia yang bila aku khilaf dan aku sedar.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...