Friday, October 21, 2011

KeM PeRaLiHaN....DaY 1....@ SKAK

lukisan wajah ayah dan ibu ALI YAP.....

Ali Yap

itulah nama pemilik gambar ini,  anak murid kami yang perangainya memang agak nakal.  tapi anak2 seusia mereka kan jarang yang tidak nakal dan lasak.   Ali Yap,  aku kenal dia sejak dia berumur 4 tahun,  waktu itu aku dan judith selalu tunggu bas di kedai runcit dekat dengan rumah Ali Yap.   dia selalu berada di kawasan kantin itu sambil senyum2 pada aku dan judith,  tidak lupa cikgu Miah.   geng tungu bas.   aku ingat lagi,  aku selalu memberinya 20 sen, dan dengan pantas Ali akan mengambil duit itu dari tanganku dan dengan pantas juga dia akan membeli keropok atau gula2.   aku tidak pasti samada Ali Yap masih ingat atau tidak,  tapi aku tetap ingat...heheh...Ali2...

lukisan wajah ayah dan ibu ini tehasil dari aktiviti yang dijalankan oleh penceramah jemputan dari Tambunan.   Kebetulan kawan2 Jihah.   memang aku lucu dengan lukisan Ali,  malah membuatkan aku dan jihah ketawa sampai sakit keluar air mata.ku, tapi jauh di sudut hati sebenarnya aku tetap menghargai lukisan dia.  sebab aku tetap berpegang bahawa setiap lukisan itu punya nilai seninya yang tersendiri sekali pun ia terkesan kaku,  malah mungkin menyalahi dari segi teknik dan bagiku ia tetap punya jalinan cerita atau mesej yang mahu disampaikan.  

seperti Ali,  lihat saja pada rambut ibunya,  yang agak menggerbang dan gondrong,  mungkin dalam keadaan subconcius dia menzahirkan perasaannya pada ibunya,  kata orang kampung,  ibu Ali Yap garang...ah..ibu manalah yang tidak garangkan....dan asyik marahkan dia...dan dengan meletakkan crown pada ayahnya,  bagiku ia juga dari bawah 'minda tanpa sedar' Ali,  betapa dia mengimpikan ayah kandungnya memberi dia sedikit kasih-sayang yang benar2 dia perlukan.    bukan aku mengatakan dia tidak mendapat kasih-sayang,  aku tidak layak sama sekali menilai itu pada kedua orang tuanya kerana setiap orang tua punya cara sendiri dalam memberi kasih-sayang pada anak2nya.   cuma dalam kes Ali,  aku nilaikan ini...bahawa dia mengimpikan kasih-sayang sebenar dari ayah kandungnya.      atau juga,  kerana ayah tirinya yang memberikannya kasih sayang malah sekarang dia dijaga oleh pakciknya,  maka dia memberikan penghormatan pada ayah tiri dan pakciknya dengan meletakkan crown pada wajah ayah.

simbolik
satu Metafora yang baik,  malah simile yang indah,  dizahirkan bukan dengan kata2
cuma simbolik api  sebagai mesej menggunakan semantik mudah dan retorik yang halus bicaranya.

hehehe....waktu aktiviti ini,  aku memang tersentuh sikit,  padahal sudah banyak kali melaluinya.   dari zaman aku kanak2 sampai jadi cikgu, aktiviti simbolik macam ini sudah biasa benar,  terus terang,  aku jarang menangis cuma timbul rasa insaf...tapi untuk malam itu,  hatiku memang tersentuh bila memikirkan,  apa sudah cukup aku membalas jasa dan pengorbananku pada kedua orang tuaku,  apa aku sudah boleh membawa mereka dan memimpin tangan mereka untuk sama2 masuk ke dalam syurga???   apa aku mampu untuk menjadi anak2 yang betul2 mereka harapkan.....sedayanya aku cuba untuk membahagiakan mereka...tapi sudah cukupkah????

doaku dalam 30 orang murid2 kami yang menjadi peserta Kem,  akan ada seorang yang benar2 terkesan di hatinya dan menjadi anak yang benar2 menghormati dan menyanjung tinggi kedua ibubapanya....

Redha Allah adalah dari Redha Kedua Ibubapa

maknanya:-
sekiranya kita mahu mendapat keredhaan Allah,
maka kita hendaklah mendapat keredhaan ibubapa......

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...