291111MCD
Tuesday, November 29, 2011
McD...The DaY
sebelum perarakan graduan.... |
hari ini berlangsung hari bersejarah dalam hidupku, penyaksian tuntas pada cita2ku selama ini. Hari ini penat lelahku 4 tahun yang lepas sudah berbayar. apa pun untuk hari ini, wajarlah aku merasa bahagia. saat kaki melangkah ke dewan canselor dan diumumkan sebagai graduan, hati tiba2 jadi sebak. debaran terasa dalam hati, namun hilang sejurus tangan menggenggam scroll kosong. aku tidak tahu apa yang terlukis pada wajahku saat itu, yang pasti aku senyum puas.
Hehehe....pestaim DaPaT BunGa....selama IdUPku.....hahaha!!! ciiiiiaaaaaannnnnnn.... |
Choclairs...From Abang Long....Tq My Dear.....!!! |
Konklusinya......
bukankah aku patut merasa gembira....ya...aku gembira akhirnya. Julia Jay...akhirnya aku dapat mencari juga gembiraku yang hilang hari itu. aku layak sekali ba kan dear merasa gembira itu??...bukan untuk sesiapa...tapi untuk diriku....tq kerana mengingatkan aku untuk tetap merasa gembira.....
Sunday, November 27, 2011
McD.......
Selasa ini aku bakal menerima scroll ijazahku...maknanya...selasa ne....MY ConVocation Day....my McD. tapi terus terang aku tak happy. banyak kali aku try supaya aku happy dengan hari McD itu, tapi yang aku dapat cuma rasa syukur tak terhingga pada Allah kerana atas limpah kurniaNya maka aku berjaya mendapat segukung ijazah impianku selama ini. sememangnya aku patut merasa gembira dengan hari McD itu, tapi aku tidak boleh menipu diri yang aku gembira sebab rasa itu tidak ada malah aku merasa sangat tertekan sebenarnya. Bangga....?? ya memang aku bangga dengan hari itu. cuma aku tidak dapat merasa gembira yang mungkin dirasai oleh rakan-rakanku. semoga bila sampai ke Dewan tempat McD itu aku dapat merasa gembira yang aku cuba cari beberapa hari ini.
Wednesday, November 23, 2011
Friday, November 18, 2011
tiDaK akTif
hari ne aku deactivated akaun FB, too many hurt things...jadi aku rasa aku perlu menutupnya sementara waktu ini. Besok hari last sesi persekolahan 2011. Terlalu banyak kenangan dalam tahun ini yang tetap saja indah untuk dikenang, di dunia kerjaku dan juga bersama keluargaku yang tersayang. Cuma kisah peribadiku masih kekal tinggalkan kenangan pedih dan perit untuk dikenang. Melulu sedih kisah peribadiku. Moga masih ada BAHAGIA untukku.
Besok last day Jue BFFku jadi staff SKAK. usia persahabatan kami baru bermula dan berharap ini bukan pengakhirannya. Ya...memang keadaan tidak akan sama lagi bila semuanya sibuk dengan hal masing2 nanti. cuma aku berharap agar persahabatan ini kekal utuh sekali pun banyak yang akan berubah nanti, moga saja hati2 kami sentiasa ingat dan itu bisa mengekalkan komunikasi melalui HATI.
Dengan manusia 'Beliau' a.k.a si BeGo itu.....dia sudah buang aku jauh2 dari hidup dia, tapi aku masih mengekalkan dia dalam hatiku. samada dia dapat mendengarnya atau tidak, dapat merasanya atau tidak, aku tidak kisah sebab aku selalu dan tidak pernah memutuskan komunikasi melalui HATI. adios.......!!!!
UPSR......Kasihan anak2 Muridku....apapun sebagai guru simpati pada keputusan mereka tetap ada lebih2 lagi bila melihat kejayaan murid2 lain di sekolah lain. Buat NorFitriyana dan Tersiana...TAHNIAH LULUS UPSR 2011.......semoga kejayaan cemerlang sentiasa mengiringi kalian....!!!
Friday, November 4, 2011
SuLiT
sulit betul rasanya punya cinta rahsia. sulit betul kalau setiap hari terpaksa berdepan dengan dia. sulit betul bila dia tidak pernah nampak yang aku ada di depannya. sulit betul setiap hari terpaksa berpura-pura tidak rasa itu dan ini. baiklah....
Thursday, November 3, 2011
iTuLaH aKu
KaLau BiCaRa iTu BaHaSaku
PeriGi iTuLaH aKu
KaLau IsYaRat iTu BaHaSaku
TimBa iTuLaH aKu
KaLau KaTa iTu BaHaSaku
PeriGi iTuLaH aKu
KaLau MaTa iTu BaHaSaku
TimBa iTuLah aKu
KaLau SenYaP iTu BaHaSaku
iTuLah aKu
Wednesday, November 2, 2011
aKu & HiDuP
NaFas BunYi
Aku HiDuP
MaTa BuKa
Aku HiDuP
TanGan GenggaM
Aku HiDup
KaKi LangKaH
Aku HiDuP
OtaK FiKir
Aku HiDuP
CaTuRan Apa HaRi Ini?
MampuKah Nafas?
MampuKah MaTa?
MamPukah Genggam?
Mampukah LangKah?
Mampukah Fikir?
Tuan Punya badan & Beliau
kala ini tuan punya badan tidak tahu mahu bilang apa pada perasaan tuan punya badan yang sejak malam tadi agak kecelaruan yang amat. sudahnya, sejak malam tadi mata tuan punya badan ni, asik mengalir. mungkin kecewa lagi lah jawabnya. rasa kecewa ni selalu saja ketat dan melekat dengan tuan punya badan. macam satu sumpah, macam satu badi. barangkali tuan punya badan dengan gam punya persaudaraan yang utuh, atau apa tuan punya badan harus mengikut kepercayaan agama buddha dan hindu, bahawa pada kehidupan lalu tuan punya badan, tuan punya badan adalah sebuah gam. sudah pastilah tidak. semalam selain mata, hati tuan punya badan turut menangis semahunya. rasanya kalau hati tuan punya badan juga punya dua mata macam muka tuan punya badan, pasti 'mata' hati tuan punya badan sudah bengkak-bengkak, sebab masa mata tuan punya badan menangis, hati tuan punya badan rasa satu kesakitan yang amat sangat. tapi otak tuan punya bilang, bukankah tuan punya badan sudah selalu merasakan sakit itu, masih belum imune kah tuan punya badan???
semalam tuan punya badan dapat detect sesuatu pada 'orang' yang tuan punya badan suka. dan perkara yang dapat di detect oleh tuan punya badan sangatlah membuat tuan punya badan terus dapat penyakit 'mati rasa' dan 'mati hati' dan itulah yang menyebabkan mata tuan punya badan menangis. syukur dua penyakit ini tidak bahaya hingga boleh mati. sampai-sampai tuan punya badan dengar lagu lama 'SLAM' yang tajuknya, "Jika Kau Rasa Getarnya".
semalam mahu saja tuan punya badan teriak sesuatu pada orang yang tuan punya badan suka. tuan punya badan konon-konon mahu teriak..."I LoVe YoU". Tapi, Manalah tuan punya badan ada keberanian itu, tidak pula tergamak tuan punya badan jadi 'perigi'. orang itu, atau bagus tuan punya badan gelar dia "si beliau" dalam entri ini tidak akan pernah tahu apa yang tuan punya badan rasa. biarlah, sebab tuan punya badan ambil keputusan undur diri. menginsafi kekurangan diri tuan punya badan maka keputusan itu mungkin betul atau mungkin juga tidak. biarlah masa yang tentukan....
Aku Ingin Bilang ini..... |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cerpen Lama
Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...
-
"Etseh...si Atie jadi ahli Kelab Melukis, bestlah kau Tie...gua tabik lu" "Alah kau ni Far, puji lebih-lebih"......
-
Saya mengalami reading slump yang agak teruk akhir-akhir ini. Saya agak struggle untuk habiskan buku yang sedang saya baca sekarang. Ia buka...
-
Mode: Lumangad Oku Dika Jam: 3:46 pm Kondisi Perut: Masih mencari Aiskrim Magnum What should i do? I really need a magic wand today, and...