kala ini tuan punya badan tidak tahu mahu bilang apa pada perasaan tuan punya badan yang sejak malam tadi agak kecelaruan yang amat. sudahnya, sejak malam tadi mata tuan punya badan ni, asik mengalir. mungkin kecewa lagi lah jawabnya. rasa kecewa ni selalu saja ketat dan melekat dengan tuan punya badan. macam satu sumpah, macam satu badi. barangkali tuan punya badan dengan gam punya persaudaraan yang utuh, atau apa tuan punya badan harus mengikut kepercayaan agama buddha dan hindu, bahawa pada kehidupan lalu tuan punya badan, tuan punya badan adalah sebuah gam. sudah pastilah tidak. semalam selain mata, hati tuan punya badan turut menangis semahunya. rasanya kalau hati tuan punya badan juga punya dua mata macam muka tuan punya badan, pasti 'mata' hati tuan punya badan sudah bengkak-bengkak, sebab masa mata tuan punya badan menangis, hati tuan punya badan rasa satu kesakitan yang amat sangat. tapi otak tuan punya bilang, bukankah tuan punya badan sudah selalu merasakan sakit itu, masih belum imune kah tuan punya badan???
semalam tuan punya badan dapat detect sesuatu pada 'orang' yang tuan punya badan suka. dan perkara yang dapat di detect oleh tuan punya badan sangatlah membuat tuan punya badan terus dapat penyakit 'mati rasa' dan 'mati hati' dan itulah yang menyebabkan mata tuan punya badan menangis. syukur dua penyakit ini tidak bahaya hingga boleh mati. sampai-sampai tuan punya badan dengar lagu lama 'SLAM' yang tajuknya, "Jika Kau Rasa Getarnya".
semalam mahu saja tuan punya badan teriak sesuatu pada orang yang tuan punya badan suka. tuan punya badan konon-konon mahu teriak..."I LoVe YoU". Tapi, Manalah tuan punya badan ada keberanian itu, tidak pula tergamak tuan punya badan jadi 'perigi'. orang itu, atau bagus tuan punya badan gelar dia "si beliau" dalam entri ini tidak akan pernah tahu apa yang tuan punya badan rasa. biarlah, sebab tuan punya badan ambil keputusan undur diri. menginsafi kekurangan diri tuan punya badan maka keputusan itu mungkin betul atau mungkin juga tidak. biarlah masa yang tentukan....
Aku Ingin Bilang ini..... |
No comments:
Post a Comment