Hari ini Giti dan Gisak ke sekolah seperti biasa. masuk ke kelas dan belajar seperti biasa. sedari awal, Gisak begitu malas sekali. mata Gisak merah-merah menahan kantuk. beberapa kali Gisak menggosok-gosok matanya. "sia siodop neh", bisik Gisak di telinga Giti. nasib baik mereka duduk di barisan paling belakang, jadi tidaklah ketara sangat perbuatan Gisak yang bagi Giti sangat menjengkelkan. sempat Giti mengumpat dalam hati, "bisik2 di telinga orang, sudah tu mulut bau tinggat".beberapa kali Gisak tersengguk-sengguk ketiduran semasa pelajaran sejarah. Giti menyiku tangan Gisak membuatkan Gisak terbangun sambil melap liur basi yang keluar dari hujung mulut sebelah kirinya. dengan mata kuyu, sekali Gisak berkata,
"dei giti, sia siodop neh".
"apa mala ko buat semalam??? ko tidak tidurka?" marah Giti kerana agak menyampah dan sedikit geli dengan liur yang masih bersisa di hujung mulut sebelah kiri Gisak.
"emm....tidur...nga macam dih tidak sukup", tingkah Gisak dalam pelat dusun yang bagi Giti sungguh DoGo sekali pada pendengarannya.
"ko memang..gedepen", kata Giti sambil meneruskan kerja membuat nota seperti yang diarahkan oleh guru sejarah dan tidak lagi mempedulikan Gisak yang sedang dalam kantuk yang amat. ketika Giti menoleh ke arah Gisak, gadis form 5 itu sudah tidur semula, nyenyak sekali. Giti menjelirkan lidahnya pada Gisak keranadia merasa sebal sekali dengan perangai kuat tidur Gisak. bagus kalau si Gisak Nampak.
tiba masa Bahasa Inggeris.....
"Stand Up.....Good Morning teacher"....Koman Ketua kelas
"Good Morning Teacher"....semua pelajar memberikan hormat kepada Teacher Eton.
Gisak terkejut, dia terpisat-pisat-matanya merah sekali dan liur basi meleleh lagi di tempat yang sama. Gisak melap liur itu dengan bahagian dalam tudungnya. Giti cuma melihatnya sambil menahan geli tapi senyum puas. "Padan muka ko...kotoh siapa suruh gedepen" getus hati Giti.
"kanapa ko tidak kasi bangun sia" tanya Gisak dengan muka yang mencuka. muncungnya panjang ke depan. sisa hitam kesan tinggat di tepi mulutnya ketara sekali.
"Kotoh....", hanya itu jawapan Giti. Gisak terkulat-kulat sebab masih mamai. nyenyak sekali dia tidur sebelum tiba masa BI.
"okay class...today teacher mau kamu buat karangan dalam bahasa Inggeris...tajuk bebas...kamu boleh buat apa saja bentuk cerita...yang penting bukan cerita yang merapu-rapu".
faham dengan arahan Teacher Eton, semua diam dengan penuh konsentret membuat karangan BI. masing-masing dengan kamus OxFord. kecuali Gisak, dia terkebil-kebil memandang rakan sekelasnya. langsung tiada idea mahu menulis karangan, jangankan isi-baru tajuk pun Gisak tidak ada idea. sudah begitu, Gisak kelupaan membawa Kamus oxfordnya.
" Giti....pa gia tajuk ko" tanya Gisak dengan suara yang agak berbisik.
" sia kasi cerita pengalaman saya tejumpa hantu di kampung", jawab Giti dengan selamba.
" sia pun la, yang cerita hantu banyak rupa, dia bilang mama sia", Kata Gisak dengan yakin.
" man nopoh be...ikut suka ko la", tungkas Giti, malas melayan karenah Gisak yang suka mengikut apa juga yang Giti buat.
Gisak semakin yakin. dia sudah ada tajuk. "Hantu banyak rupa", begitu tajuk yang sudah ada dalam fikiran Gisak. dia senyum puas kerana sudah ada tajuk untuk karangan bebas BI itu. cerita pasal hantu banyak rupa yang didengar dari ibunya bermain dalam kotak fikirannya. syukur dia dapat mengingat keseluruhan cerita itu kerana baru 2 minggu lepas waktu dia pulang ke kampung, ibunya meneceritakan kisah itu kepadanya. cerita "Hantu Banyak Rupa" itu heboh diperkatakan di kampungnya. tangannya mula menulis tajuk yang sudah ada di otaknya. dalam hati dia menyebut satu persatu tajuk yang sudah difikirkannya dan mengalihkannya ke dalam BI. di kertas kajang dia mula merangka tajuk karangannya.
"Hantu", Gisak menyebutnya di dalam hati. tangannya ligat menulis perkataan "Ghost" pada kertas kajang miliknya.
"Banyak", Gisak menyebutnya di dalam hati. "apa tu aaa kalau dalam BI?" Gisak bertanya pada diri sendiri dengan nada perlahan sambil mengetuk-ngetuk pen di tepi dahinya. "oh....saya tau suda...". Gisak senyum sumbing sambil tangannya ligat menulis perkataan "Much".
"Muka", Gisak menyebutnya di dalam hati. sekali lagi dia bertanya pada diri sendiri dengan nada suara yang perlahan. berkali-kali juga tangannya mengetuk tepi dahinya, tapi Gisak gagal mengingat perkataan 'Muka' di dalam BI. lepas diketuknya tepi dahi, Gisak menepuk-nepuk pula tangannya dengan perlahan mengharap otaknya dapat mengingat kembali perkataan 'Muka' di dalam BI. tetap gagal mengingat, membuatkan Gisak meliarkan matanya menerawang keseluruhan kelas. lalu akhirnya dia memandang Giti, teman sekampungnya.
"Gitiiiiii..." panggil Gisak manja. dia tau Giti akan marah. Giti memandang Gisak tanpa senyum.
" apa?", jawab Giti serius.
" apa gia tu...muka atau wajjah dalam BI?" tanya Gisak dengan antusias sekali tapi sempat bergurau dengan Giti.
"mana kamus ko"? tanya Giti, masih serius"
" sia tatinggal", jawab Gisak jujur dengan wajah penuh pengharapan. tangan Gisak sudah sedia memegang pen.
" Two Rose", jawab Giti selamba.
" apa gia?" tanya Gisak kurang dengar.
" Two Rose", ulang Giti dalam pelat omputih.
" oooh....macammana gia mo eja tuh", tanya Gisak jujur.
" T W O R O S E", Giti menyebutnya satu persatu.
" ponsikou kio....", kata Gisak sambil senyum. Giti juga tersenyum puas.
Gisak dengan yakin menulis tajuk karangannya pada kertas kajang. tangannya ligat menulis dengan tulisan yang sekemas mungkin. " GHOST MUCH TWO ROSE", ketika menulis tajuk ini; Gisak tidak sedar yang Teacher Eton berada di sebelahnya. dengan wajah kehairanan gurunya itu bertanya.
"Aisah....apa tajuk karangan kau?" tanya Teacher Eton.
"GHOST MUCH TWO ROSE", jawab Gisak dengan yakin.
"GHOST MUCH TWO ROSE...macam tiada erti ja tu?? apa yang ko mo tulis sebenarnya"
"sia mo cerita pasal HANTU BANYAK RUPA bah cikgu", jawab Gisak jujur.
"RUPA dalam BI apa Aisah?" tanya Teacher Eton.
"emmm...Two Rose" jawab Gisak yakin.
"&**%%##@*&^()", Teacher Eton.
waktu ini, Teacher Eton sudah terduduk-duduk ketawa di sebelah Aisah, kebetulan Teacher Eton berbangsa dusun. sementara Gisak pula terkebil-kebil melihat aksi cikgunya. Giti Pula sudah menekan-nekan perutnya sambil ketawa. pelajar yang berbangsa dusun juga sudah mula ketawa terbahak-bahak setelah cerita "MUKA" di DALAM BI adalah "TWO ROSE" tersebar. Pelajar berbangsa Murut, dan campuran meminta pelajar dusun untuk memahamkan mereka. akhirnya kelas tingkatan 5 pecah dengan deraian tawa yang gamat. Muka Gisak merah menahan malu, lantas berkata....
"Si Giti...penjahat....".
VOCAB
MuKa dalam bahasa Dusun= Tures....yang di eja oleh Giti...TWO ROSE...
Muka=Face
.
No comments:
Post a Comment