Sunday, October 30, 2011

SaMaT SeBeLuM PanDaI CaKaP OmPuTiH

Samat Feel bored masa Lepak dalam bilik dia Yang semak dan agak berbau sebab banYak baju yang sudah 2 minggu dia tidak icuci. tiba-tiba samat dapat idea bagus punya. "BaGus Sia pi pamfe, pi naik tu yang bepusing2...mana tau ilang ne buring sia", getus hati Samat yang poyo. kebetulan duit gaji bulan ini ada berbaki RM50. "Masuk RM2, beli Token RM10...buli la tu...sy mo tu yang pusing-pusing ja...ketudu pe...sebab dulu masa sia kici2...durang bapa tidak pernah bawa sia pi pamfe....alasan bapa...ingga tuuuuuusiiiiinnnn...niarila pembalasan si pitung", SaMat berkata sambil senyum2. kalau tadi dia cuma bermonolog dalaman, kali ini dia bercakap dengan diri sendiri di hadapan cermin empat segi yang dia curi dari bilik kakaknya, si zaitun. SaMat sekali lagi melihat duit RM50 di dompet LeVi's tiruan yang dia beli dari pilak yang berjalan2 sambil jual barang tiruan. sekali lagi dia melihat mukanya di cermin, dia membetul-betulkan rambutnya yang sudah digayakan dengan style Emo. sekali dia tersenyum simpul, "Kotoh si tonton...sia curi cermin dia yang oren-oren...kotoh!". tanpa melengahkan masa SaMat terus mengambil kunci moto dan keluar dari bilik lalu menguncinya.

di Pamfe.....

Samat terus membayar RM2 di kaunter tiket masuk. dengan semangat berkobar-kobar dia terus ke bahagian permainan pusing-pusing. begitu SaMaT menggelarkan permainan yang sangat diingninya semenjak dia kecil lagi. dari jauh SaMat Melihat penjaga permainan pusing-pusing seorang lelaki Mat Saleh. " edeii orang putih dih mala....dia buli faham ka ne aa..cakap sia", fikir SaMat di dalam hati. selepas membayar dua token kepada penjaga permainan itu, SaMat dengan perasaan gembira masuk ke dalam sangkar khas, SaMaT tersenyum sumbing tidak sabar menanti saat permainan ini bergerak. beberapa minit kemudian permainan itu mula bergerak. Hati SaMat mula berbunga riang. "amaaa...apaaa...tonton...sia tecan sudah naik ni pusing-pusing...." SaMaT berteriak sambil memegang besi yang ada pada sangkar. Macamlah Mak Bapak dan kakak dia si Zaitun yang dipanggilnya si TonTon itu boleh mendengarnya. SaMaT benar-benar merasa teruja, nasib baik ruang dalam sangkar itu kecil, kalau tidak pasti SaMaT sudah terloncat-loncat seperti beruk.
keterujaan SaMaT tiba-tiba terbantut, tiba-tiba dia rasa sakit perut yang amat. sakit yang dirasanya itu sangat dikenalinya. dia hendak tercirit. baru dia teringat sebelum ke pamfe tadi dia makan megi kari sambil letak 5 biji lada padi. Anak dusun tidak hidup kalau tidak makan lada. permainan pusing-pusing masih bergerak-gerak, berpusing-pusing. sekali pusing, dua kali psuing, "Pooooooootttttt...Prottttt", SaMat terkentut, perutnya sudah mula memulas-mulas tahap gaban. tahi cirit terasa seperti berada di hujung dubur. tiba-tiba SaMat berteriak.....

"Turun-turun....." teriak SaMat kepada penjaga Orang Putih itu. SaMat memukul2 besi di sangkar. tika itu, sangkar SaMat berada di bahagian atas. Orang Putih itu melambai ke arah SaMat. dia ingat SaMaT melambai ke arahnya. SaMaT berteriak lagi.
"Turun-turun...saya mau turun", masa ini Samat berada hampir dengan penjaga orang putih itu.

 

"what...Two Round", tanya orang putih itu sambil berteriak.

 

"Yes...yes...", kata SaMat dengan Yakin sambil menahan cirit.

 

Tiba-tiba, orang putih itu menambah pusingan sebanyak dua kali dengan muka yang sangat yakin. SaMaT bingung, bukankah tadi dia sudah bagitau orang putih itu yang dia hendak turun, Malangnya orang putih itu tidak menurunkan dia malah menambah pusingan permainan itu sebanyak dua kali. SaMat sudah tidak tahan lagi.

 

Selepas pusingan kedua berakhir, Penjaga Orang putih itu sambil tersenyum mesra membuka get sangkar....

 

"apa ni Mat SaLeH....sia bilang turun-turun....tingu sia tabirak sudah', kata SaMaT sambil marah-marah.



.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...