Semua orang berhak mendapat peluang kedua dalam hidup, kedengaran agak klise tapi itu hakikat yang sebenar. tengahari tadi waktu di sekolah, kami warga SKAK menandatangani memorandum bertujuan untuk mengekalkan GBS di SKAK. Aku memang menyokong penuh usaha ini. Seburuk manapun GBS ada banyak juga jasanya pada SKAK yang mungkin tidak terlihat oleh siapapun termasuk diriku sendiri. Tidak adil untuk menghukum dia atas kegagalan UPSR 2011. konsikuen dari kejadian hari ini, maka aku menulis entry ini. sebenarnya aku sudah menjeruk keinginanku yang meronta-ronta untuk moncoret cerita ini dalam blog kesayanganku sejak tengahari tadi. namun, tuntutan kerja panitia/sekolah lebih menagih perhatianku untuk diselesaikan.
sejauhmana ukuran sebuah kegagalan? apakah adil menjatuhkan hukuman pada sebuah kegagalan secara total? bukankah setiap 'kegagalan pasti ada kejayaan' bagi mereka berusaha sedayanya untuk memperbaiki diri. sekali lagi frasa ini kedengaran klise dan ada nada melankolik di situ. frasa ini menguatkan sistem kepercayaanku bahawa setiap manusia berhak mendapat peluang kedua.
secara fitrahnya....
....."sifat manusia itu boleh merubah sikap"......
Namun, bila kita berbicara tentang tradisi manusia sejak berzaman, aku terkilan kerana begitulah sifat dan sikap manusia dalam mahkamah kehidupan. selalu saja bersikap bias malah selalu pula menyalahkan manusia lainnya dengan agak kejam.
hari ini, terngiang2 bait lagu yang selalu ku dengar masa tahun 93 dulu...
...give me a chance-chance...more than chance-chance....
entah siapa penyanyinya, aku sudah lupa malah tajuknya juga sudah hilang dari memoriku walaupun berkaliku panggil. Baitnya mengingatkan aku pada GBS. Kasihan sangat bila mengingat dia yang aku rasa mengalami depresi hebat sampai sakit2. Ah...GBS selalu begitu, memikirkan sesuatu masalah dengan melampau2, sehingga dia yang sakit sendiri. Tapi setelah aku cuba sedalam-dalamnya menyelami perasaan GBS dan meletakkan diri dalam situasi dia, akhirnya aku faham kenapa GBS begitu takut dan sampai sakit2 memikirkan masalah UPSR yang kurang berjaya itu. Ini soal maruah sebenarnya, siapapun di dunia ini sama sekali tidak rela dan mahu maruahnya tercalar. Apalagi ada hukuman menanti atas kegagalan itu. Untuk itu, harus wujud perluang kedua. GBS harus diberi peluang kedua oleh pihak jabatan dan PPD amnya. Tidak adil rasanya terus menghukum GBS dengan kegagalan UPSR SKAK. Beri peluang kepada GBS untuk membuktikan kemampuannya dan yang paling penting untuk menebus kembali maruahnya yang tercalar. Bila ia terkait dengan soal maruah aku rasa aku wajib berpihak pada GBS. Ya...GBS wajib dikekalkan saja di SKAK. Jauh di sudut hati aku tetap menghormati dia sebagai ketua dan orang yang lebih tua. Semoga Allah memberkati dan merahmati GBS selalu serta memberikannnya kesihatan yang berpanjangan. Semoga Allah memberi dia kekuatan untuk kembali membuka lembaran baru dan membuktikan kemampuannya. semoga Allah memberi GBS kekuatan untuk mencari semula semangatnya yang hilang. GBS...SKAK tunggu kepulangan cikgu. Semoga usaha untuk mengekalkan GBS di SKAK akan diluluskan oleh pihak berkenaan, semoga doa kami di angkat ke langit ketujuh hari ini, Malaikat membawanya dengan senang hati dan mempersembahkan doa kami di hadapan Allah SWT dan DIA memakbulkan permintaan kami warga SKAK.
semoga SKAK akan melakar kejayaan baru tahun ini, bagaimana lakarannya terpulang kepada pelukis2 SKAK. Apa campuran warna yang bakal digunakan juga terpulang kepada pelukis2 SKAK. Catan apa? teknik apa? semua terpulang kepada kalian. Kertas lukisan sudah terhampar luas, bekas untuk menggantungnya juga sudah ada, hanya perlu mengukuhkan bekas itu agar tidak jatuh menyembah bumi. hanya perlu melakarnya dengan baik dan mewarnanya dengan kemas sehingga lukisan itu terhasil dengan sangat cantik dan menarik.
semoga SKAK akan melakar kejayaan baru tahun ini, bagaimana lakarannya terpulang kepada pelukis2 SKAK. Apa campuran warna yang bakal digunakan juga terpulang kepada pelukis2 SKAK. Catan apa? teknik apa? semua terpulang kepada kalian. Kertas lukisan sudah terhampar luas, bekas untuk menggantungnya juga sudah ada, hanya perlu mengukuhkan bekas itu agar tidak jatuh menyembah bumi. hanya perlu melakarnya dengan baik dan mewarnanya dengan kemas sehingga lukisan itu terhasil dengan sangat cantik dan menarik.
No comments:
Post a Comment