Saat menulis entry ini aku sedang tunggu Jue call, sebab berjanji mahu keluar jam 3pm nanti. Aku patutnya bersiap2 tapi tidak sabar mahu menulis tentang rasaku. Aku rasa happy sangat, tiada material apa pun di dunia kala ini, yang dapat menggambarkan rasa gembiraku. tiada metafora mahupun frasa indah untuk membandingkan raksaku. hari ini bahagia itu milikku. walau ia mungkin dengan caraku sendiri.
kata luna zura, "bahagia itu subjektif"....nah...kalian takrifkan sendiri frasa itu.....agak melankolik bagiku....
Hari ini aku menerima hadiah dari sahabat baikku, Julia. Kata Jue, hadiah untuk harijadiku dan juga hari graduasiku yang lalu juga sebagai penghargaan kepadaku kerana membantu Jue dalam assignment TITAS. Aku sama sekali tidak pernah mengharapkan balasan dari pertolonganku itu, demi tuhan aku benar2 ikhlas. Masa dia beri hadiah itu, sambil memelukku hatiku rasa tersentuh sekali, terharu dengan pemberian yang tidak disangka itu. Katanya dia pura-pura lupa harijadiku itu, tapi aku tahu dia ingat dan mendapat ucapan "selamat harijadi" saja dari dia pun sudah cukup bermakna. Hari ini aku merasa istimewa sekali...ya mungkin saja bagi yang ulahnya agak sarkastik, cuma menganggap ia satu kebiasaan bila menerima hadiah semasa harijadi. Tapi bagiku ia istimewa, kerana pemberian itu dari sahabat baikku, jadi ia begitu bermakna sekali bagiku. Apalagi seumur hidupku, belum pernah aku menerima hadiah minyak wangi yang mahal harganya. aku sama sekali tidak pernah mengharapkan mendapat hadiah2 mahal begitu, kerana ia sikit pun tidak semahal dengan harga sebuah persahabatan yang ikhlas. bukankah aku patut merasa gembira.
Memang aku tidak bertuah dalam soal cinta, tapi aku rasa aku bertuah dalam soal persahabatan, buktinya Allah selalu memberiku sabahat2 yang baik. untuk itu, aku merasa sangat bersyukur. bukankah Rasulullah juga begitu menyayangi sahabat2nya, sangat menjaga kebajikan mereka. Semoga Allah merahmati semua sahabat2 baikku. Semoga Allah merahmati persahabatan yang terbina ini....
Julia Jay....Love u so StronG....
saat dia hadir
aku malah bisa saja memilih
apa mahu menerima apa tidak
Ada apa dengan persahabatan
saat dia hadir
aku memang memerlukannya
apa huluran tangannya
harus ku sambut
atau aku buang saja mukaku ke dada langit
biar dia sakit
hingga marahnya melangit
ah..sahabat hadirnya kadang silih berganti
cuma harus pandai pilih
agar tiada sakit hati
apa lagi rasa risih
saat huluran tangan bersambut lembut
penuh harap tiada kabut
di akhir garisan nanti
No comments:
Post a Comment