Tuesday, February 7, 2012

Pelangi Petang

Malam kelmarin waktu dongak ke langit
Ada dua tiga butir bintang
Galak menyinar
Di balik awan yang kelam
Berkelip-kelip
Seolah memanggilku tanpa segan
Kepalaku binar
Mataku terkedip-kedip
Aku terawang-awang



Malam kelmarin waktu dongak ke langit
Rembulan gagah menunjuk diri
bulat-bulat dan terang-terang
Menyinar-nyinar
Menggamit senyum pada wajahku yang kelat
Hatiku terawat tanpa sedar
Aku terawang-awang



Malam kelmarin waktu dongak ke langit
Lihat bintang
Lihat Bulan
Hatiku menggeliat
Hatiku jadi rindu-rindu
Teringat-teringat sang sahabat
Perkhabaran apakah ini?
Adakah itu bawaan firasat?
Hatiku rasa sakit
Aku terawang-terawang



Hari ini waktu dongak ke langit
Ada pelangi petang



lalu....



Aku sudah jelas
Rupanya ada kias
Sahabatku sedang menangis
Kerana itu...
Munculnya pelangi petang.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...