Mode: Aku Sedih Sangat
Jam: 10:26 pm
Kondisi Perut: Sebu
Malam ini setelah 10 hari memadam akaun FB, aku buat semula akaun FB yang baru dan itu pun atas permintaan kawan FB aku. Itu cerita sekejap tadi.
Cerita hari ini-bermaksud tengahari tadi-Aku betul2 sedih. Sedaya upaya aku tahan rasa tangis yang hendak meledak-ledak macam lava di tubir mata, tapi tidak mahu membuat bff aku Suzie GT panik dengan tangisku yang bakal meledak, aku cuba sedaya upaya menahannya dari meletus. Apalagi dia juga dalam keadaan sedih yang ditahan2. Sudahnya, aku cuba memaniskan muka, mata dan hati yang sudah menanggung letusan lava yang panas. Tapi waktu aku sudah tidak dapat menahan lava panas itu, aku sembunyikan diri dalam bilik kecil. Lava itu meletus dan mengalir laju tanpa dapat ditahan-tahan lagi. memang aku terkantoi dengan Ain dan aku biarkan dia menafsir lava yang mengalir mengikut pengertiannya. Waktu terkantoi dengan Jihah, pada bffku itu, aku cuma bilang, nanti sampai waktu aku akan ceritakan semuanya pada dia. Aku bersyukur dia tidak bertanya dengan lebih lanjut, aku yakin dia faham yang aku mahu menenangkan diriku dulu. Sedih itu terbawa-bawa sampai ke malam. Hatiku rasa tenang sedikit waktu membaca frasa en. Mimpi ini....
"Walaupun sebenarnya adakalanya kita berpura-pura dalam senyuman, tidak mengapa, kerana dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membelai hati kita supaya tidak bertambah sedih atau sakit. Kita juga tidak mahu menyusahkan orang lain untuk turut risau di atas masalah yang kita hadapi. Kita mahu orang disekeliling kita senang dengan kehadiran kita. Dan sudah pasti Allah akan membantu kita jika kita cuba membantu orang lain untuk merasa senang dengan kita.
Jadi, walau berat mana masalah atau kesulitan yang kita hadapi, usah mudah mengalah, dan hadapilah semuanya dengan senyuman. :)
Jadi, walau berat mana masalah atau kesulitan yang kita hadapi, usah mudah mengalah, dan hadapilah semuanya dengan senyuman. :)
Aku akan hadapi semuanya dengan senyuman selepas ini. Walaupun sedih, di depan Abah dan Mama, adik2, ipar duai, anak2 buah serta sahabat-sahabatku dan kawan-kawan, aku akan berpura2 senyum untuk menutup perasaan sendiri-agar mendung itu tidak kelihatan.
No comments:
Post a Comment