OTAK
Tidur mungkin kelihatan seperti keadaan pasif dan terhenti, tetatpi meskipun aktiviti-aktiviti dalam cortex (lapisan pada otak) menurun kira-kira 40% ketija kita berada pada fasa pertama tidur, otak tetap sangat aktif selama tahap-tahap berikutnya dari malam tersebut. Kekhasan tidur pada malam hari meliputi lima lingkaran tidur yang berbeza, masing-masing berlangsung selama 90 minit. Tahap pertama dari setiap putaran dianggap sebagai tidur tenang atau tidur tanpa gerakan cepat. Tahap akhir pula ditunjukkan oleh gerakan mata cepat.
MATA
Meskipun ditutupi oleh penutup, gerakan mata menunjukkan perbezaan tahap tidur. ketika masuk ke kesedaran semi, mata berputar. Tetapi ketika kita mulai tidur lebih nyenyak, gerakan mata cepat (REM) terjadi ketika mata berkedut.
SISTEM IMUN
Penelitian menyarankan bahawa tidur lebih membantu menyembuhkan sakit yang disebabkan oleh infeksi (jangkitan). Hal ini disebabkan oleh peningkatan produksi sistem kekebalan dari protein semasa kita tidur, kerana tingkat protein tertentu yang membunuh penyakit meningkat semasa kita tidur dan menurun semasa kita terjaga.
SUHU TUBUH
Pada waktu malam, suhu tubuh dan juga hormon seperti adrenalin mulai menurun yang menghasilkan pengeluaran peluh kerana tubuh tidak bergerak dan cuba melawan panas yang hilang. Suhu tubuh akan terus menurun sepanjang malam. kira-kira hampir jam 5 pagi, suhu akan turun sehingga satu darjah di bawah suhu.
KULIT
Bahagian atas kulit merupakan rangkaian sel mati yang terus menerus mengelupas sepanjang hari. semasa kita tidur, tingkat metabolisme kulit adalah cepat dan banyak sel-sel tubuh menunjukkan peningkatan produksi serta mengurani kerosakan protein. Protein adalah penghalang yang diperlukan untuk pertumbuhan sel dan memperbaiki kerosakan dari sinar ultraviolet.
No comments:
Post a Comment