Tuesday, March 13, 2012

Kenali 9 Jenis Syaitan

<><><><><><><><>
Ini cuma gambar hiasan semata-mata
1.   Daasim

Duduk di pintu rumah kita.  Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

2.   Waathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3.   Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.  Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan dunia glamour.

4.   Walahan

Menimbulkan rasa-rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

5.   Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol.  Suka menghampiri orang yang berada dalam tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras).

6.   Massud

Duduk di bibir atau mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7.   Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

8.  Zaalitun

Duduk di pasar, kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.  Menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

9.  A'awan

Menghasut sultan, raja atau pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.  Seronok dengan kedudukan dan kekayaan dan tidak mahu mendengar  nasihat para ulama.

Pssstttt Wahai Wanita......lihat Syaitan ke 8.......Semoga kita semua terlindung daripada Syaitan Zaalitun Laknatullah....

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...