Sunday, March 11, 2012

Taufik H Vs Lin Dan: Jumaat Lepas

Mode: berdebar tunggu DLCW
Jam: 8:05 pm
Kondisi Perut: senak


Sebenarnya aku nak tulis entry ini jumaat lepas, tapi disebabkan malam selepas perlawanan antara dua jaguh bandminton yang paling aku minat dan kagum, Taufik Hidayat dan Lin Dan, aku sakit gastrik dan belakang aku terlalu sakit.  Sudahnya ia tertangguh sampai ke hari ini waktu Final All England 2012.  kenapa perlu menulis entri ini???sebabnya??? aku memang peminat Lin Dan dan Taufik Hidayat...suka pada skill mereka yang hebat.  Jumping Smash. Masa mereka baru berumur 19-20 tahun ke atas, aku paling gila melihat aksi2 mereka berdua.  Aku memang peminat badminton dari dulu.  Zhang Ning sekarang pun sudah retired dan jadi coach.  Gao Ling entah ke mana...pasangannya si Zheng Bo pun da jadi coach...dorang berdua ni, pasangan mix double yang aku paling suka.  Mau tau, bergu lelaki yang paling aku minat??? hehehe...bukan KKK & TBH tapi Haifeng dan Cai Yun.  Mereka memang hebat. mereka tetap mengekalkan 3 S (Smash, Speed and Space) yang sudah hilang dari genggaman Bergu negara KKK& TBH.  Saina Nehwal pun makin hebat ooo.....kalau orang tanya aku..."ko rasa Msia buli menangka Piala Thomas nanti?'....aku jawab macam ni...."hanya miracle boleh bawa balik Piala Thomas ke Malaysia",  melihat kepada pemain badminton negara,  Kita tidak akan menang kalau cuma DLCW yang handal. psssstttt...KKK& TBH....pemain Jepun pun dah makin hebat. 

Sampai sekarang aku masih lagi tidak dapat lupa corak permainan antara Taufik Hidayat dan Lin Dan malam itu.  Sudah lama tidak melihat aksi hebat antara dua pemain kesayangan aku itu.  Kalau Lin Dan dia memang mengekalkan kejaguhan dia dalam badminton.  cuma Taufik yang aku lihat sudah semakin hilang sengatnya.  Kalau pun sesekali dua jaguh bertemu dalam mana-mana super series atau primier atau kejohanan dunia sekalipun, jarang aku lihat corak permainan seperti jumaat lepas.  biarpun aksi2 hebat itu cuma berlangsung pada set pertama.

Dalam keadaan menahan sakit, aku tetap teruja gila melihat corak permainan mereka.  Aku seperti dapat balik ke zaman di mana mereka baru berumur dalam 19-20 tahun ke atas.  Banyak aksi2 yang menonjolkan kejaguhan mereka-skill-defends yang hebat.  walaupun tiada 'jumping smash' antara kedua pemain yang satu ketika dulu selalu mereka gunakan setiap kali mendapat bola2 tinggi dan merupakan killer untuk mematikan service lawan aku tetap puas hati. 

Teringat-ingat bagaimana Taufik menggunakan kekuatan pergelangan tangan-anklenya untuk membuat smash sehinggakan Lin Dan terpana seketika melihat bola yang jatuh di gelanggang sebelah kanannya.

Set pertama menyaksikan keazaman kedua pemain untuk memenangi set itu.  Aku rasa mereka telah menggunakan segala kepakaran malah kehebatan masing2-buktinya mereka berkejaran mata.  cuma nasib tidak menyebelahi Taufik, akhirnya dia kalah dalam set pertama dan ia merupakan titik noktah kekalahan dia pada set kedua.

Aku lihat Taufik kalah semangat.  Ia terpancar jelas pada wajahnya.  kalau saja taufik tidak kalah semangat, aku rasa permainan malam itu pasti berlangsung ke rubber-set.  apapun, aku tetap sangat berpuas hati melihat aksi hebat yang sudah lama aku tidak lihat setiap kali dua jaguh bertaraf Olimpik ini berlawan.

aku harap aku dapat melihat DLCW menentang siapa-siapa antara dua jaguh ini di Olimpik nanti. 

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...