Mode: Mencari sinar baru
Jam: 10:28 pm
Kondisi Perut: Kenyang....tapi mulut mahu makan aiskrim...
Sepatutnya entri ini aku tulis malam selasa lepas, tapi aku belum punya rasa menulis yang utuh waktu itu. Otakku terasa bejat dan kemahuan menulis terasa tawar dan tidak punya rahi untuk mengetuk papan kekunci. Padahal hatiku berkeinginan mahu mencoret sesuatu selepas membaca novel Ubaidillah yang kuangkat sebagai novel terbaik antara novel-novel yang telah kubaca setakat April tahun ini. Sudahnya, aku pendamkan keinginan itu dan malam ini barulah aku melampiaskan segala keinginan untuk menulis komentar novel Ubaidillah yang bagus itu.
Membaca Novel Ubaidillah "Mencari Cinta Khalifah" banyak menyedarkan aku tentang sesuatu yang selalu hilang dalam diri. Membaca helaian akhir novel itu, membuatkan aku tersedar akan khilaf dan betapa jahilnya aku dalam menelesuri hidup dan dalam permintaanku lewat doa-doaku yang mungkin tidak istiqamah walaupun kecil. Terjentikkah sudah iman dalam diriku? terjagakah sudah aku dari kealpaanku? Allahu Rabbi...ampunkan segala dosaku dan dosa kedua orangtua ku.
Mencari Cinta Khalifah.....
Novel ini terkandung ilmu, dan ia disampaikan dengan bijak oleh penulisnya. Ia sebuah kronologi kehidupan seorang manusia berjantina lelaki-khalifah sebetulnya. Bermula dengan pengertian tentang erti khalifah sebenarnya yang sedikit sehingga dia menjadi hampir sempurna sebagai khalifah-tiada manusia sempurna tetapi hampir sempurna-aku percaya ini. Pengertian tentang Khalifah harus dicari semantiknya dengan rapi. Harus difahami secara pragmatik. Jika itu terjadi, aku yakin kesempurnaan iman akan terjentik.
Bermula dengan konsep perhubungan sesama manusia- secara khususnya ia menjurus kepada konsep "couple" dalam Islam, kemudian disambung dengan proses pencarian diri-bermaksud penghijrahan atau melakukan perubahan dalam hidup atau dalam bahasa lebih sofistikated-Anjakan Paradigma, Ilmu perbandingan agama-ini bagi menjawab persoalan yang mungkin timbul-terutama dalam soal-jawab mengenai Islam dan agama-agama lain, sehingga ke bab Munakahat-Perkahwinan- di mana ia banyak memberi penerangan tentang jodoh dan pelayaran sebuah rumah tangga-iaitu menyingkap resipi keharmonian rumah tangga dan yang paling penting bagiku-novel ini mengajar kita tentang kepentingan ilmu terutama ilmu agama, novel ini juga mengajar untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar-iaitu kembali kepada obligasi sebenar sebagai seorang Islam, juga menerima qada' dan qadar Allah-menerima segala takdir yang ditentukan Allah dengan qanaah. Umat Islam di Malaysia sudah semakin jauh dengan obligasi sebenar agamanya. 5 'S' yang semakin menyesatkan sudah menular-menanah dan menjadi barah tahap kronik dalam masyarakat Islam kini.
Apa itu 5 'S'??? saya persilakan muslimin dan muslimat membaca novel ini supaya muslimin dan muslimat mendapat ilmu yang bermanfaat dalam novel ini. Supaya muslimin dan muslimat memahami dan mentafsirnya mengikut persepsi kalian. Supaya terjentik adiwira dalam diri muslimin dan muslimat menangkis dakyah si penentang Islam dan paling penting menangkis kejahilan dalam diri sendiri yang merajai hati dan minda kita. Ironinya, ramai yang sedar hakikat ini tapi lantaran keenakan yang ada dalam 5 'S' itu mereka memilih untuk membutakan mata hati-lebih rela menzalimi diri sendiri. aku kah itu??? Astaghfirullah al-azim.......
Yang paling aku suka dengan novel ini ialah proses ilmu yang berpanjangan bermula dari muka surat awal hingga ke muka surat akhir. Aku suka cara penyampaiannya-wacana juga retoriknya. Satu yang paling terkesan, novel ini membuatkan aku semakin yakin sebab-sebab-kenapa Allah memberi takdir hidupku begini. Ada banyak analogi dan ilmu-bermaksud kata-kata Islami yang boleh menjentik hati kita untuk bermujahadah dan bermuhasabah.
Untuk mengintai sifat khalifah dalam diri yang selalu malap, apalagi saat hati terasa malas membaca kitab-kitab ilmiah Islam, aku syorkan korang yang bernama muslimin dan muslimat baca novel ini. Sikit banyak, persoalan mengenai siapa diri kita dan di mana kita hari ini-juga sedikit cara untuk melayari hidup atas landasan Islam sebenar-terutama pada mereka yang mahu mendirikan rumah tangga dan sudah berumah tangga-ada dalam novel ini. Yang pastinya, selepas membaca novel ini, otak-minda-hati-dada-akan sarat dengan ilmu-bermaksud ia meningkatkan pengetahuan kita tentang ilmu agama-bukan bermaksud para muslimin dan muslimat tidak tahu akan ilmu agama yang asas-cuma dengan membaca novel ini-otak yang menyimpan ilmu itu akan terpanggil dan terpapar semula dalam bentuk yang lebih segar.
Perkongsian ilmu ada dalam novel ini. Teringat Ustaz Azhar Idrus, ada sebab kenapa dia hadir dalam generasi kini, di saat mata-minda-hati generasi kita terjebak jauh dalam 5 'S'. Pendekatan dakwahnya sesuai dengan generasi kini dan ia semacam satu fenomena baru, lantaran itu ada pihak2 yang kurang menyenangi UAI. Tapi setelah memahami 5 'S', aku rasa kehadiran UAI adalah sesuatu yang sangat baik.
No comments:
Post a Comment