"Lelaki itu ada aura keraguan yang tak pernah ada dalam dunia ni", kata Maruo kepada Maruko dan Tamaye.
|
Chibi Maruko Chan |
|
Keluarga Chibi Maruko Chan |
|
Maruko dan Tamaye |
|
Maruko dan Maruo |
Adui, terjentik betul hati aku waktu menonton kartun Chibi Maruko Chan jam 5pm tadi. Terasa lawak dan hatiku benar-benar menggeletek kelucuan. Apalagi intonasi dan riak wajah si Maruo waktu menuturkan kata-kata penuh kesangsian ini. Biar lewat watak-watak dalam kartun cuma, skrip dalam cerita kartun ini benar-benar menghiburkan dan mengesankan untuk aku yang biasa-biasa sahaja penilaian-review-pasal bidang berkaitan dengan perfileman, animasi, skrip, story-line atau apa2 yang sewaktu dengannya.
P/s: walau dah setua ini, aku masih tetap menggemari kartun. Chibi Maruko Chan, antara kartun wajib tonton bagi aku. Banyak juga kartun luar negara, terutama kartun2 keluaran negara Jepun*bukan anime ok dan kartun keluaran negara Barat yang menjadi kartun wajib tonton...dapat teka tak kartun apa??? hehehe....Mungkin ada yang mengatakan aku tak sedar diri, dah tua-tua pun masih menonton kartun, well...aku tidak kisah. Bagi aku, jika cerita itu mampu membuat aku tersenyum lebih2 lagi ketawa, dan bisa buat aku gembira sakan, aku mesti layan punyalah. Sekarang ini, cerita2 drama di TV1, TV2, TV3, Astro jarang benar menjentik hatiku, menarik minatku untuk terus menonton, berbeza dengan kartun2 lucu*bukan semua kartun aku layan ok...tapi kebanyakannya buat aku tertarik untuk menontonnya. Dulu2 aku paling suka tengok Usop Sontorian, animasi pertama Malaysia, hasil karya Ujang; sayang, ia tidak berpanjangan, mungkin kurang bajet. Kesian dengan Ujang, bakat yang disia-siakan oleh FINAS. Syukurlah, Kampung Boy masih kekal dilayar TV. Masih ingat Keluang Man?? hehehe....Anak2 Sidek, semua kartun ini hasil karya orang kita.
No comments:
Post a Comment