Jumaat atau Sabtu???....kamurang rasa bila???...berdebar jugakan...hati tertanya-tanya, tidak sabar menanti pengumuman Puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja...
Alhamdulillah....1 Ramadhan bakal menjelma...harapanku cuma satu, agar Allah memanjangkan usiaku untuk menghabiskan Ramadhan ini. Terlalu banyak dosaku untuk dihitung satu persatu. Harapanku cuma satu, agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhanku yang lalu.
Hari ini, aku meruntuhkan tembok untuk cuba bertegur-sapa dengan 'seseorang'. Ia sebagai persediaan agar ibadah Ramadhanku tahun ini mendapat keberkatan dan diterima Allah SWT, sebenarnya sebelum tiba Ramadhan, kita digalakkan memohon maaf daripada semua orang sama seperti ketika menyambut Syawal. Aku tidak pula sanggup mempertahankan ego bodohku sehinggakan ibadah puasaku nanti bakal dipotong pahalanya kerana perkara ini-bermaksud kemaafan yang benar2 ikhlas dan saling bertegur-sapa. Aku kira dia dan sahabat JUJURnya tidak mungkin faham perkara ini, dan kalau mereka membaca entry ini*jika mereka masuk ke dalam blogku, kemungkinan, mereka akan hanya menjadikan perkara ini sebagai gurau-senda antara mereka cuma. Ini soal ibadah...persetankan apa fikiran dan pandangan mereka, yang penting dipihakku, aku sudah cuba. teringat tahun lalu, waktu tercetus konflik dengan CZJ, aku akhirnya memilih untuk meruntuhkan egoku, marahku juga kerana Ramadhan. Indahnya Ramadhan...terima kasih ya Ramadhan Kareem....
Waktu aku menegur dia tadi, sebenarnya ia lebih membawa maksud ucapan meminta maaf dan mahu membuktikan sesuatu seperti apa yang dikatakan oleh Sahabat JUJUR dia*sila lihat tulisan kuning untuk tahu apa yang dikatakan oleh sahabat JUJUR dia. Ya dia membalas teguranku tapi kelihatannya dia sangat tidak ikhlas dan langsung tidak memandang wajahku. Sampai2 aku dapat melihat bibir atasnya tidak bergerak langsung waktu dia membalas pertanyaanku tadi walaupun aku juga tidaklah memandang wajahnya dengan tepat. Ya, Allah ku telah cuba mengubah kecanggungan dalam hubungan antara manusia dengan manusia-bermaksud aku dengan orang itu setelah berlaku beberapa perkara yang kurang menyenangkan. Aku berharap agar engkau melepaskan aku daripada dosa ini-bermaksud dosa sesama manusia, kerana tegur-sapa tadi adalah tegur-sapa terakhir dariku selepas dia membalasnya dengan sombong dan ego, selepas ini, aku memang tidak akan berinteraksi dengan manusia ego dan sombong seperti dia. Hanya engkau yang dapat membalas segala kesombongan dan keegoaan dia. Dipihakku Ya, Allah aku telah cuba menjernih suasana, apalagi bila sahabat jujur dia bilang, "dia tunggu aku yang dulu menegurnya, barulah dia akan menegurku", tapi ternyata, itu tidak benar bila melihat cara dia membalas teguranku dan bila dengan sombong dan ego dia tidak pula memberitahu yang dia sudah pun siap menggunakan mesin fotostat. secara nyata dan terang, seperti dia yang cuba memusuhiku, dengan orang lain aku tidak tahu. Itu urusan dia dengan Allah, satu yang dia terlupa adalah "konsep Hablum-Minan Nas", paling kasihan bila dia, seolah menjilat kembali ludah sendiri, bila dia tidak mempraktikkan nasihat untuk renungan diri yang dia taip sendiri dalam IM sahabatku.
Pis No More....Sampai Bila2!!!
No comments:
Post a Comment