Friday, October 19, 2012

Ada Ubi Ada Batas

Gatut betul-betul sedih hari ini.  Hilang segala antusias menikmati kedamaian dan keindahan pagi hari Jumaat penghulu segala hari.  Hati Gatut betul-betul tercarik-carik.  Gatut terkilan; itu sebenarnya perkataan yang tepat bagi menggambarkan perasaan Gatut pagi itu.  Baharulah Gatut tahu siapa yang mahu menolongnya waktu betul-betul susah.  Padahal Gatut cuma mahu meminta sedikit saja pertolongan ya sedikit saja pertolongan.  Gatut cuma meminta untuk menukarkan duit syiling sebanyak RM10 yang dikorek dari tabung Hello Kitty kepada not kertas RM10 daripada kawannya si Gilin.  Permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Gillin, airmuka Gilin saja sudah cukup memberi jawapan tidak pada permintaan Gatut.  Gatut benar-benar sedih walhal sebelum ini Gatut selalu siap memberi pertolongan kepada Gilin.  Tiba giliran Gatut meminta pertolongan Gilin permintaan Gatut yang tidak seberapa itu ditolak mentah-mentah oleh Gilin.  Itu baru meminta untuk menukar duit syiling kepada duit kertas belum lagi Gatut meminta untuk meminjam duit Gilin.  Gatut betul-betul perlu menukar syiling tersebut kepada duit kertas RM10 untuk membeli minyak di Shell, takkanlah Gatut hendak membayar minyak dengan duit syilling bernilai RM10 kepada tauke minyak tersebut jenuhlah pekerja Shell minyak itu mengira duit syiling nanti.  Hati Gatut benar-benar kecewa.  Kecewa dengan sikap kedekut Gilin.  Gatut cuma mampu berkata kepada Gilin "ada Ubi ada Batas".  Waktu Gatut keluar dari pintu rumah, Gatut terlihat sang labah-labah sedang membina semula jaringnya yang terkoyak.  Gatut dapat kekuatan semula.  Semua kesusahan Gatut pasti berlalu juga, apa yang penting Gatut mesti terus bersabar dan terus berusaha.  Kalau si Labah-labah cekal menjahit semula jaringnya setiap kali terkoyak kenapa tidak Gatut.  Ada hikmah disebalik kejadian pagi ini fikir Gatut di dalam hati.  Sekarang Gatut tahu siapa kawan siapa lawan.  Sekarang Gatut tahu siapa yang sudi membantunya masa susah dan senang.  Gatut berkata pada dirinya, "Tidak apalah Gilin, Ada ubi ada batas". Senyum suku mula terbit pada bibir Gatut sungguhpun hati Gatut benar-benar sayu dan kecewa.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...