Thursday, October 18, 2012

Hidup

Hidup ini indah sebenarnya jika kita menikmatinya dengan rasa rendah diri kepada maha pencipta dan  merendah diri sesama manusia-tidaklah menjadi satu kebodohan nyata jika manusia ada sifat merendah diri.  Apalagi jika menikmati hidup ini dengan biasa-biasa saja. Tapi itulah manusia sering saja kepala yang padanya ada otak berselirat di kiri dan kanan memikirkan perkara-perkara yang kusut-kusut apalagi jika otak dan hati  yang kadang-kadang kurang bersih bergabung menjadi rakan baik untuk membuat pilihan mengenai bagaimana untuk terus hidup.  Kadang-kadang perkara kusut-kusut itu lebih mendominasi kehidupan seharian.  Saat itu konsikuennya adalah hidup jadi gelabah dan celaru.  Aku tekankan klausa 'kadang-kadang' sebab ada juga masanya saat kita muhasabah diri; kita akan akur dengan betapa perlunya kita untuk cuba bertenang selalu kemudian; cuba menikmati hidup dengan kesederhanaan dan biasa-biasa sahaja dan berkemungkinan; kita akan mampu menikmati hidup ini dengan indah.  
 
Kadang-kadang hidup jadi tidak indah bila ada manusia yang kurang normal-yang tidak mahu bertolak-ansur dan agak mementingkan diri sendiri-yang hanya mahu dirinya dilayan baik-baik walhal manusia itu tidak pula melayan manusia lain baik-baik dan selayaknya.....Kadang-kadang saja OK!!!
 
Kalaulah aku punya kuasa sakti-sakti mungkin hidup aku sedikit mudah, tambah dramatik jika aku punya tongkat sakti; dengan segala kesaktian milikku, akan ku tuding saja dan gerakkan sedikit tongkat saktiku lalu dengan mudah mendapatkan kemahuanku.  Kalaulah aku punya butang-butang "putar", "padam", "ulang" ditepi dahiku mungkin kehidupanku juga bakalan indah.  Akan aku putar-putar pada bahagian cerita hidup yang  paling aku suka; yang mampu menggelikan urat kentutku-supaya aku bisa ketawa lucu-lucu, akan aku padam pada bahagian cerita hidup yang menyesakkan dada dan memualkan perut juga tekakku dan akan aku ulang tayang-siar pada cerita hidup yang paling menggembirakanku hingga senyumku melebar ikhlas bukan yang membuatkan aku hanya mampu senyum suku.  Tapi aku tidak punya kuasa sakti-sakti juga butang-butang itu.  Aku cuma si Atie, manusia yang selalu khilaf dan hanya punya beberapa anggota melengkapkan aku untuk layak digelar manusia itupun dipinjamkan sementara oleh Tuhanku yang maha pengasih.  Kata ustazku dulu-dulu waktu aku di SMAI Papar, perkataan "kalau" itu tidak baik untuk digunakan dalam rencana kehidupan.  Belum tentu hidupku bakalan mudah dan indah dengan punya semua kesaktian dan butang-butang itu...untuk butang-butang hebat itu, biarlah si encik "Gadget" saja yang memilikinya; itu saja sudah cukup banyak memudahkan kehidupanku sebenarnya.
 
P/s: hari ini aku jadi sedikit sensitif dan sedikit penat-bosan dengan tuntutan tugas membuat guru ganti.  Kemudian aku akur bahawa itu tugas dan amanah.  Padahal aku mahu menikmati hidupku pagi hari ini waktu di sekolah dengan indah dan biasa-biasa sahaja.  Aku masih manusia biasa yang selalu ada angin kus-kus dan kadang-kadang-mungkin juga-selalu memikirkan hidup ini dengan kusut-kusut...hehehe!!! kadang-kadang aku bosan betul buat kerja cari "guru ganti" bila ada cikgu2 yang diberi tugas mengganti kelas bagi alasan ala-ala manja macam drama queen,  pernah tak dorang bayangkan perasaan guru Jadual Waktu(JW)  bila slip kelas ganti itu diserah balik kepada kepada si tukang buat walhal waktu membuat tugas itu si guru JW itu pun berada dalam kondisi paling serba salah dan kerumitan yang amat mencari guru ganti...syukur ada juga rakan guru yang sangat sporting dan faham malah akur dengan tugas yang diberi...Aku paling salute dan berterima kasih dengan guru-guru yang sporting ini semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik pembalasan.  Aku cuma menurut perintah PK1 untuk membuat guru ganti dan waktu membuatnya aku cuba berlaku adil semaksima mungkin.

Hidup Tidak Selalunya Indah,
Langit Tak Selalu Cerah
Itulah Lukisan Kehidupan
Itulah Lukisan Alam
Tanda Kebesaran dan keadilan Tuhan

No comments:

Post a Comment

Yang Tak Kufahami

Kau adalah aksara yang menulis bait kata dalam hatiku, yang tak kufahami maknanya, tapi membekas benar dalam sukmaku. Kau adalah runut bunyi...