Hari ini, aku meneruskan lagi hobi memancing yang dikongsi bersama sahabatku si Issa Norisah. Jam 10.00 am, HPku berbunyi, dan mesej itu dari Issa, mengajakku untuk memancing. Lepas bersiap sekiut yang mungkin aku terus menuju ke destinasi...hehehe!!! tanpa berlengah...lagipun, jarang dapat memancing bersama sahabatku si Issa ni, kecuali kalau dia balik kampung. Itu pun kalau dia balik lama sikit...
Menjelang tengahari, kami bakar beberapa ekor ikan yang kami tangkap untuk dijadikan lauk. Walaupun tidaklah sebesar mana, ia masih berbaloi untuk aku dan kawanku yang punya hobi ini. Bagi kami yang penting, umpan yang ditebar mengena. Kecil besar bukan taruhan, yang penting dapat merasa sentapan ikan kolam yang memakan umpan...cis, tahap tegar kronik kah kami ni.....atau ia cuma satu hobi kala cuti....entah la...hahahah!!!
Teringat petang tadi, sempat memetik buah limau tidak bertuan di Bunsit. Kami ambil dengan keizinan orang yang tinggal di kawasan tempat berkelah, masa hendak petik pun, ada mereka turut petik buah limau itu. Mereka kata, ia milik siapa sahaja yang berhajat. Lepas petik 5 biji limau manis yang masih kecil, kami ucapkan terima kasih. Terloncat2 aku dan Issa waktu nak ambil buah limau tu....hahaha!!! nasib la aku tak bawa HP masa tu, kalau tak mesti dah ambil gambar aksi "gojes" petik buah limau.
P/s: sempat beli garam dan ajinomoto untuk bakar ikan.....teringat ahad lepas, hujan dah lebat, aku dan Issa masih degil memancing...ikan pula makin galak mengena pancing. sudahnya, hujan lebat pun anggap macam shower dalam bilik mandi....alahai...tahap kronik betul...hahaha!!!
P/s: cuba menulis guna BMT....tapi tak sepenuhnya...sebab terasa pelik...hahaha