Hari yang dinantikan dengan penuh debaran-yang selama 3 hari sebelum tarikh keramat 21hb penuh dengan kepenatan dan kerisauan menggunung, syukurlah; berkat kerjasama semua jawatankuasa pengelola dan sahabat setia akhirnya kejayaan dipihak kami. Pujian dari ustaz Shah selaku penyelaras unit Pendidikan Islam Zon Pegalan telah mengubat segala penat dan risau yang gila itu. Majlis Tilawah Al-Quran berjalan dengan lancar. Tahun ini, sekolahku menghantar pseserta bercerita lelaki dan perempuan, bercerita perempuan (2 wakil) dan hafazan perempuan. Seperti biasa, tidak semua sekolah di zon pegalan menghantar peserta menyebabkan acara bagi setiap kategori cuma sedikit penyertaannya. Bermakna, murid kami samada berpeluang untuk menang sekurang-kurangnya tempat kedua atau ketiga...hehehe!!!
Bagi acara bercerita, peserta lelaki kami mendapat tempat kedua. tapi harus diingat, cuma ada dua penyertaan daripada 10 buah sekolah di Zon Pegalan. Bercerita perempuan, muridku mendapat tempat kedua, satu pencapaian terbaik. Harap2 tahun depan Dianti boleh menang tempat pertama. Hafazan pula tempat ketiga, ini pun disebabkan cuma ada 3 peserta hafazan. Paling menyedihkan, bila tidak ada seorang pun wakil untuk peserta hafazan lelaki. Tahun ini, setelah tahun kedua menghantar peserta nasyid, akhirnya menang juga. Tapi, kemenangan ini sungguh di luar jangkaanku sebenarnya. Sudahnya, untuk MTQ daerah 9hb.Mac nanti, aku telah mencipta melodi tanpa menciplak melodi lagu ustaz Hj. Jalidar lagi "Muhasabah Diri". Ilham tiba2 datang, untuk lagu wajib, "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Umat" aku dapat ilham lagu waktu sedang mandi...hahaha...untuk lagu kedua iaitu lagu berkaitan P&P, aku dapat waktu duduk di depan Lappyku si Che Pinky. Syukur alhamdulillah, sebab kami sudah berkira-kira mahu menyuruh SKPK II untuk menjadi wakil daerah walaupun mereka mendapat tempat kedua. Tapi, aku terasa tercabar, bila ada guru2 yang mengatakan lagu kami lagu ciplak. Lagu kedua tu, liriknya ciptaan Ustazah Ain ( guru KAFA yang kami pinjam untuk melatih murid disebabkan tiada masa untuk melatih murid sendiri) dan untuk lagu wajib, lirik itu betul2 ciptaan aku dan Jihah (gabungan idea) cuma lagunya saja yang aku ambil dari lagu "Muhasabah Diri" ciptaan Ustaz Hj Jalidar untuk dijadikan tionnya. Terima Kasih kepada teguran itu, hasilnya malam ini aku berjaya mencipta laguku sendiri...
Oh ya, dalam entryku yang lepas, aku ada tulis mahu memasukkan lirik lagu nasyid kami kan. Tapi buat masa ini, sepanjang MTQ ZON dan Daerah masih belum selesai, aku tangguhkan dulu entry itu...ahaks!!!
Tak mau entry panjang2, cukup Video & gambar2 sebagai jalinan cerita kami...jom layan...Opps..dalam entry ini layan Video dulu atas sebab traffic Maya...
P/s: Buat Sahabat Paling Terbaikku, Fatine Lee...Terima Kasih paling banyak dalam dunia, kalau bukan sebab Ihsanmu, kita punya tudung nasyid warna-warni sudah...Semoga Allah membalas sebaik-baik pembalasan buatmu dan family. Terima Kasih dari kami 4 orang, (Aku, Jihah, Nik, Ustaz Halim)
No comments:
Post a Comment