Saturday, March 9, 2013

Debar dan Persediaan: Part 2, The Final Day.

Akhirnya, MTQSS 2013 berlangsung dengan meriah.  Debar di hatiku malah anak2 murid nasyidku tentunya lebih dahsyat lagi.  Aku tau, di sebalik senyuman dan wajah mereka, ada "harap" yang tinggi melangit untuk melakar sejarah kemenangan.  Aku pula, tidak mengharap sangat untuk menang, kerana aku tahu kemampuanku untuk melatih mereka-apalagi bertanding dengan wakil nasyid dari zon-zon lain, ianya tidak akan berjaya-buat masa ini.  Aku tahu anak-anak muridku mahukan kemenangan untuk menggembirakan hatiku juga Nik dan Jihah-paling penting untuk menggembirakan diri mereka sebenarnya.  

Tapi tadi, aku sudah mencedok banyak pengalaman sebagai panduan untukku bawa pada tahun hadapan-waktu MTQ Zon dan jika berpeluang ke Daerah lagi-cedokan pengalaman berharga itu akan kugunakan sebaiknya nanti, In Shaa Allah.  Apalagi tadi, Roslee (suami Fatine) mahu bantu kami untuk instrumen.  Terus-terang ia benar-benar menaikkan semangatku-azamku juga untuk menjadi semantap zon-zon lain hari ini.  Fatine juga sudah mencadangkan beberapa cara untuk memperbaiki kumpulan nasyid kami.  In Shaa Allah, tahun hadapan; aku yakin kami mampu buat lebih baik.

Hanya kumpulan nasyid kami yang kurang instrumen. Cuma Kompang dan Tamborin sebagai alunan muzik mengiringi nasyid kami, itupun alunannya cuma pada beberapa bahagian.  Sedangkan peserta nasyid zon lain, semuanya menggunakan perkusi, bonggo, kompang dan beberapa instrumen lain.  Jadi, di situ saja kami sudah kalah lebih awal sebenarnya.  Bukan aku tidak meminta pertolongan daripada guru muzik, sudah sebenarnya.  Tapi, mereka jua tidak tahu bermain alat muzik, katanya.  Manalah aku pandai bermain alat muzik, oleh itu, manalah mungkin bisaku ajarkan anak murid nasyidku untuk bermain alat muzik.  Sedang untuk pukulan kompang (beat) untuk kompang dan tamborin ini pun, aku minta kawan YMku mengajarku.  Alhamdulillah, walau kemenagan bukan milik kami, sekurang-kurangnya, hari ini murid-muridku menimba pengalaman ke Daerah.  Sekurang-kurangnya, hari ini Team SK. Ansip, paling ramai ahli sokongan, Aku, Jihah, Nik dengan adik ipar dan dua anaknya (Aishah dan Mariam), Fatine dan Roslee(suami) serta Unad (anak fatine merangkap murid kami), Rosnini dan suami, Zulieqah dan Afiqah (Guru Pelatih)...nah to', ramai naitu rombonganmu....hehehe!!! itu yang menggembirakan hatiku sebenarnya. 

Buat Rosnini sekali lagi, terima kasih paling banyak dalam dunia.  Budimu akan kami kenang selalu.  Terima kasih sponser kain.  Semoga Allah membalasmu dengan sebaik-baik pembalasan.

Buat sahabat terbaikku, Fatine Lee dan Jihah, Terima Kasih paling banyak dalam dunia atas segala-galanya yang kamu korbankan sepanjang MTQ Tahun 2013.  Tanpa kalian, aku tentunya tidak dapat berdiri dengan teguh.  Semoga Allah membalas kamu dengan sebaik-baik pembalasan.  Sayang kamu selalu.

Terima Kasih paling banyak dalam dunia buat Fatine Lee dan Roslee (Suami), Rosnini dan Suami, Zulieqah dan Afiqah kerana hadir bersama-sama kami dalam MTQSS 2013.  Semoga Allah membalas budi kalian dengan sebaik-baik pembalasan.  


P/s: aku tidak tahu kami tempat keberapa sebenarnya dari 6 zon, aku cuma cakap kepada anak muridku kami dapat numbur kuncit.  No. 6 dari 6 zon.  aku kira, kami layak dapat tempat ke-6.  Tidak apalah, tahun depan mungkin ada rezeki. Siapa taukan...sebab kami bukan ayam...kalau ayam; ya tentu-tentulah nampak di kakikan....ayaks!!!

Ingat tak, aku ada tulis hari itu untuk entry seterusnya pasal MTQ Daerah ini, aku akan upload selendang yang kami buat sendiri....bah ini kalilah...Jom layan PIC yang tak seberapanya.  Tapi, maaf ya; HP Sonyku benar-benar sudah tua. Cuma ini yang mampu ku rakamkan sebagai kenangan paling indah dan berharga.

Jom Layan....Gua harap kamurang suka tingu pic dan video kami.....

Ameylia...masa try tudung nasyid...dia jadi model...hehehe

Selepas habis acara nasyid...sebelum masuk dewan utama

Inilah selendang Hand Made yang aku maksudkan....

Pic ni masa lepas makan di RSK...

Latihan akhir...

Nik sedang jahit manik dan reben

Jihah sedang jahit manik silang pangkah...Tekun sangat...hehehe...




Jom layan video nasyid kami....

Hanya ini yang dapat aku rakam (pertandingan), lagu wajib "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Umat" judulnya.  HP Sonyku itu memang benar-benar sudah tua.  Nanti aku minta Fatine Lee untuk Full Version ya....hehehe!!!

sesi latihan, tajuk lagu wajib, "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Umat" dan lagu bebas "Kisah Wahyu Pertama"

Lagu wajib: "Al-Quran Penjana Wasatiyyah Umat"

Al-Quran kitab penunjuk jalan
Panduan hidup dunia akhirat
Hidup berwawasan jadikan panduan
Al-Quran penjana wasatiyyah umat

Jadikan Al-Quran teras peribadi
Dalam usaha lestari jati diri
Seimbang dunia memandi Ukhrawi
Umat berwawasan amalkan wasatiyyah

Al-Quran penyuluh benteng keimanan
Kemudi hidup dalam kesederhanaan
Iltizamkan diri dengan wasatiyyah
Umat bertamadun amalkan wasatiyyah

Al-Quran sebagai penyatu ukhuwah
Hindari sifat pentingkan diri
Jangan biarkan berpecah belah
Istiqamah wasatiyyah di dalam diri

Al-Quran Penjana Wasatiyyah Umat

Lirik: Siti Saleha Omarkaseh & Najihah Abdul Rahim
Lagu: Siti Saleha Omarkaseh

Lagu bebas: "Kisah Wahyu Pertama"

Satu subuh yang hening
Langit hitam dan kelam
Turunnya Malaikat Jibril
Membawa satu wahyu

Dipeluknya Muhammad
Disuruh baca Quran
Ayatnya surah Al-Alaq
Sebanyak lima ayat

Muhammad tidak tahu
cara baca ayat Quran
Tiga kali disuruh
Muhammad tetap tak tahu

Lalu Jibril menyuruh 
Ikut apa yang dibaca
Iqra' Bismi Robbikal Lazi kholaq
Itulah ayat mulanya
Surah Alaq lima ayat

Muhammad pulang kerumah menggigil ketakutan
Kepada Siti Khadijah minta diselimutkan
Lalu menceritakan perkara yang terjadi
Siti Khadijah wanita pertama peluk Islam

Wahyu pertama turun tujuh belas Ramadhan
Di Gua Hira' tempat Nabi beribadah
610 sebelum Hijrah
Disitulah bermulanya
Muhammad jadi Rasul
Disitulah bermulanya
Dakwah Islam di Mekah

Lirik dan Lagu: Siti Saleha Omarkaseh

Kumpulan Nasyid Nur-Insyirah

Semuanya sudah berakhir, In Shaa Allah tahun depan jumpa lagi dalam enrty MTQ Zon dan MTQSS Daerah 2014.  Semoga semua pihak yang terlibat dalam MTQ 2013 bermula dari peringkat Zon hinggalah ke Daerah mendapat rahmat Allah yang berpanjangan...Aamin.


2 comments:

  1. Salam ustazah..

    Nah saya jumpa sudah blog ustazah,, hehehe..
    Sama - sama kasih..
    Kecil saja budi itu.. :)

    ReplyDelete
  2. Tq Zul...sudi msuk blog sy....tiba2 temalu pla....he3

    ReplyDelete

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...