DAERAH JAYA
Lambaianmu menggamit jiwa....
Teringat kepada kisah hampir 4 tahun yang lalu, ketika aku baru sampai ke satu daerah asing sebelum Sampai ke Daerah Jaya, tempat yang aku ingin tuju dan bermastautin di situ. kini kenangan itu begitu menggamit jiwa. benar kata orang perjalanan ke Daerah Jaya bukan mudah, perlu melalui jalan berliku, menempuh onak dan duri, bukit-bukau, lurah dan jurang yang menakutkan malah berbahaya. andai saja tidak punya kekuatan diri, sudah pasti kita akan tersesat kerana berlikunya jalan, sudah pasti terluka kerana perjalanan itu punya onak dan duri dan sudah pasti terjatuh kerana ia penuh dengan bukit-bukau dan jurang yang dalam. atau paling tidak, ketakutan pasti datang kerana perjalanan itu punya bermacam-macam rintangan yang menakutkan, atau paling tidak kita tidak dapat bertahan kerana perjalanan itu begitu memenatkan kerana terlalu banyak bukit-bukau yang perlu di daki.
Daerah Asing: tempat bermula segala kisah....
Hari pertama di daerah asing, aku bertatih menempuh likunya jalan. lalu aku menemukan beberapa manusia yang turut asing di mataku. bukan asing kerana mereka berasal dari planet lain, mereka juga manusia sepertiku. asing kerana seumur hidupku aku belum pernah menemukan mereka, yang pasti mereka juga punya matlamat yang sama sepertiku, mahu ke Daerah Jaya.
"Kamu juga mahu ke daerah Jaya?"
"Ya, aku mahu ke sana"
"Kamu juga mahu ke sana?"
"Ya, aku mahu ke sana."
"Jadi matlamat kita sama".
Aku tersenyum lewat perbualan singkat dengan salah seorang manusia asing itu, lalu aku menghulurkan tangan tanda perkenalan. Wujud satu ukhuwah. Sempat aku melirik kepada kelompok manusia asing lain, cuma saja ketika itu aku masih belum punya kesempatan bertegur sapa dengan mereka. Hari itu, perjalanan berliku itu kami tempuh bersama walaupun belum saling mengenali. Perjalanan hari itu diuji dengan beberapa rintangan. Sungguhpun begitu, rintangan itu tetap dilalui dengan kerjasama.
Perjalanan ke daerah jaya begitu lama. Terlalu banyak lurah dan jurang sudah kami turuni, dan bengkang-bengkoknya jalan sudah kami tempuhi, perjalanan yang lama itu membuat ukhuwah semakin erat. Manusia-manusia asing itu semakin tidak asing lagi di mataku. Sudah ada bibit kemesraan namun masih berhati-hati. Takut nanti tersalah sangka, takut nanti tersalah bicara, pasti pergaduhan tercetus; merosakkan ukhuwah yang mula bertunas. Perjalanan ke daerah Jaya yang perit itu menyaksikan beberapa teman asingku tidak mampu bertahan. Mereka tewas di pertengahan jalan. Kami tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu mengucapkan selamat tinggal. Lalu kami meneruskan perjalanan menuju ke daerah Jaya.
Hari demi hari, perjalanan menuju ke daerah Jaya semakin berliku, lurah semakin sempit jurang pula semakin dalam. Semakin hari perjalanan itu semakin menakutkan. Sehinggakan beberapa lagi teman tewas dengan halangan daerah asing itu. Lalu sekali lagi, mereka kami tinggalkan kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu mengucapkan selamat tinggal. Kini, hanya tinggal kami seramai 18 orang. Begitu yang ku peroleh setelah membilang. Bilangan sedikit ini dan dengan perjalanan yang semakin menyusahkan membuatkan ukhuwah kami semakin erat, ukhuwah yang terbina sudah berputik subur. Sudah ada bibit-bibit kepercayaan.
Perjalanan diteruskan, kami sampai ke satu jurang paling dalam dari jurang-jurang sebelum ini. Sehinggakan aku sendiri begitu takut, merasa begitu lemas bila melihat jurang itu. aku tidak yakin yang aku mampu untuk turun ke jurang itu. Aku takut tergelincir. teman2 asingku pun merasakan hal yang sama, masing-masing merasa begitu lemas, rimas dan takut dengan bahaya yang menanti di jurang yang sangat dalam itu. Namun, kami tidak punya pilihan lain, berundur pun tidak berguna kerana untuk kembali ke simpang depan sebelum masuk ke daerah asing, kami perlu melalui lurah, jurang dan liku-liku jalan yang penuh onak dan duri. Bermakna perjalanan balik juga bukan mudah. Mahu tidak mahu bersandarkan kekuatan azam, kekuatan rohani dan fizikal serta semangat kerjasama yang erat, jurang itu kami tempuh. Benar maha benar, perjalanan menuruni jurang itu bukan mudah. Begitu lama masa yang kami tempuh untuk sampai ke bawah. Syukur, akhinya setelah 3 bulan, kami berjaya turun ke jurang itu dengan selamat.
Setelah menuruni jurang yang dalam, halangan seterusnya menunggu. Di hadapan, aku lihat sudah terpacak bukit-bukau yang perlu aku daki bersama teman-teman asing yang kini sudah rapat. Ada rengusan kedengaran, ada hela nafas yang tercungap-cungap, ada keluhan yang merintih. Aku juga sama merengus, sama menghela nafas tercungap-tercungap dan sama merintih dalam keluhan. Kepenatan terasa sehingga ke dalam tulang-tulang. Kepala terasa sakit yang amat. Kaki terasa seperti hendak tercabut dari badan, tangan sudah tidak bermaya untuk terus bergantung dari tempat ia terletak. Aku semakin lemah, begitu juga teman-teman lain. Namun, sekali lagi azam, semangat, kekuatan dan keyakinan menggunung menyelamatkan aku dan kami dari kealpaan kerana kesakitan yang ditanggung. Sekali lagi kerjasama erat antara kami turut jadi penyelamat keadaan.
"sabarlah, tinggal 3 bukit di depan itu lagi".
"benarkah sahabat?"
"Ya, benar sahabatku".
"Tapi kakiku sakit"
"Ya, aku juga"
"kepalaku juga sakit"
"Ya, aku juga"
"Tanganku juga sakit, lihat tanganku serta kakiku sudah berkematu"
"kasihan kamu sahabatku, tapi aku juga seperti kamu"
"benarkah sahabat?"
"Ya, mahu lihat kematuku?"
"Ya,"
"kamu juga kasihan sahabat".
"Ya, kita sama-sama berkematu di tangan dan di kaki".
"Sabarlah sahabat, sekejap saja lagi apabila kita berjaya sampai di puncak bukit ketiga itu, kita akan dapat melihat daerah Jaya."
"benarkah sahabat?"
"Benar".
" Kau pernah ke sana sahabat?"
"Tidak, tapi itulah kata orang yang sudah sampai di sana".
"Benarkah sahabat?"
"Yakinlah sahabat"
"aku yakin".
"Ya, aku juga Yakin. mari kita teruskan pendakian"
Pendakian itu terlalu memenatkan. Hampir saja aku tergelincir. bukan saja aku, malah sahabat lain juga begitu. Berhati-hati mendaki, takut terjatuh. Syukur saja kami sentiasa bekerjasama. Jadi aku yakin kalau aku jatuh, ada sahabat yang akan menolongku. Aku juga akan menolong andai ada sahabatku yang jatuh. Ya, mereka ini telah menjadi sahabat. Padahal dulu mereka cuma manusia asing, yang kini menjadi teman dan menjadi sahabat.
Pendakian bukit pertama berjaya dilalui, dan kini kami meneruskan pendakian bukit yang ke kedua. Pendakiannnya juga menyiksakan. Ada masanya kakiku tersadung akar dan batu, lalu aku terjatuh, kadang-kadang tersembam; lalu ada luka kecil. Sakit terasa namun masih bisa ku tahan. Aku pasti sahabat lain juga sudah mengalami luka kecil. Namun kesakitan itu sudah biasa ku tanggung dan aku yakin sahabat lain juga sudah biasa menahan kesakitan itu. Akhirnya, kami berjaya sampai di puncak bukit kedua.
Setelah berehat beberapa lama, menghilangkan penat lelah mendaki bukit satu dan dua, aku dan sahabat meneruskan pendakian bukit ketiga. kali ini dengan semangat yang membara. Pendakian bukit ketiga adalah yang paling getir sekali, bukitnya begitu curam sekali, batuan yang ada begitu tajam, amat menyakitkan, terasa mencengkam di tapak kaki walaupun punya alas. Ada duri yang sakitnya bisa sekali jika terkena kulit. Ah...persetankan semua itu, aku sudah tidak boleh berundur, sahabatku juga. Getir semacam mana pun, aku dan sabahat perlu melaluinya. Luka-luka di kaki dan tangan semakin banyak, peluh sudah mengalir, menerbitkan bau asam tanda betapa keras usaha pendakian itu, darah juga sudah ada yang mengalir menunjukkan betapa kerasnya perjalanan pendakian itu, 'tidak apa'...begitu pujukan hati. Ku kira sahabat-sahabatku juga memujuk hati mereka dengan ungkapan itu. Tidak disuarakan dalam bentuk percakapan tapi dizahirkan dengan riak wajah, hanya mampu bermonolog dalaman. Tapi wajah itu sudah cukup untuk aku memahami maksud tersiratnya. Wajah aku dan wajah sahabat masih senyum. sungguhpun kepala yang sakit seperti mahu pecah. perit menahan sakit yang azab.
Kesakitan itu terbalas apabila aku dan sahabat sampai di puncak bukit ketiga. Terasa sedikit kelegaan setelah menempuh pendakian gila. Air mata bergenang. Ada senyum terukir di bibir. Meskipun senyuman itu kelihatan suku sahaja, 'senyum suku' begitu yang aku labelkan kerana senyuman itu belum mampu melebar. Namun senyum suku itu sudah ada rasa bahagia. Dari atas puncak bukit ketiga itu, aku lihat ada suasana mendamaikan di bawah sana, ada panorama indah, ada warna-warna cantik. Aku kagum, aku terpana seketika. Hati menguntum senyum meskipun hanya 'senyum suku'. Ada lantunan hati mengucap rasa syukur tak terhingga kepada tuhan. Air mata yang bergenang tadi kini gugur mengalir di pipi. Ku lihat sahabat ku juga begitu. Air mata syukur. Sungguhpun ada satu halangan lagi, iaitu menuruni bukit ketiga. Perjalanan menuruni bukit ketiga bukan mudah. Ada lurah sempit tetapi sangat dalam untuk ditempuh. Silap langkah, maut menanti. Perjalanan itu harus ditempuh dengan penuh berhati-hati. Langkah perlu diatur. Kerana kali ini, lurah ini begitu sempit, tapi dalam. Perlu berjalan seorang demi seorang, kerana masing-masing perlu memberi sepenuh perhatian pada setiap langkah. Dari atas puncak, ku dengar daerah Jaya seperti memanggil-manggil namaku, kukira sahabatku juga mendengar nama mereka dipanggil-panggil dari bawah. Dari atas puncak, ku lihat daerah jaya melambai-lambai aku dan juga sahabatku, menggamit aku dan kami untuk turun ke bawah. Dari atas puncak, aku dan sahabat melambai-lambai daerah Jaya. Tunggu daerah Jaya, sekejap lagi aku, juga sahabatku akan turun ke bawah.
Epilog
Perjalanan menuruni bukit ketiga begitu menyiksakan. Ada rintihan dan tidak kurang tangisan hiba. Kesakitan bermaharajalela, wajah-wajah sahabatku begitu lesu dalam perjalanan menempuh liku-liku sewaktu usaha keras menuruni bukit ketiga. Huluran tangan untuk membantu saling berganti-ganti.
“sahabat, tolong aku”
“jangan risau, aku akan membantumu sedayaku, Cuma satu aku minta darimu sahabat”.
“Apa sahabat?”
“Teruskan usaha, jangan menyerah”.
“Aku akan bersamamu sahabat”.
“Ya, Tuhan juga bersama kita”.
“Kamu dengar sahabat?”
“Dengar apa sahabat?”
“Daerah Jaya memanggil kita”.
“Ya, aku dengar”.
“Ya, jelas sekali”. Mari kita turun bersama-sama”.
Selepas itu tiada lagi kata-kata yang terucap antara kami. Semua memberi sepenuh perhatian untuk menuruni bukit ketiga yang menyisakan itu. Masing-masing cuba membantu sedaya mungkin. Tiada kalam yang terucap, hanya mata dan riak wajah mengganti bahasa lisan. Mata dan riak wajah adalah bahasa tanpa lisan kala itu. Hanya senyuman suku yang terpamer tapi masih ikhlas di sebalik helaan nafas yang tersekat-sekat.
Daerah Jaya, lambaianmu menggamit jiwa...
“Lihat, kita sudah sampai ke Daerah Jaya sahabat”
“Benarkah sahabat?”
“Benar sahabat, kita sudah sampai, Ayuh ke sana”.
“Benarkah sahabat?”
“Benar sahabat, kita sudah sampai. Terserah padamu sahabat, kau mahu brlari ke sana sambil berteriak”.
“Benarkah sahabat, boleh berlari dan berteriakkah?”
“Ya, boleh. Terserah padamu, terserah pada kalian juga”.
“Kalau begitu aku memilih untuk memegang tanganmu sahabat, Ayuh, kita berjalan dan berteriak bersama-sama”.
“Benarkah kau mahu memegang tanganku ini sahabat”
“Ya aku mahu, ingat lagi? Tangan dan kaki kita sama-sama berkematu. Justeru, aku mahu memegang tangan kematumu untuk ke sana”.
“Aku sudi dan aku juga mahu menegang tanganmu yang berkematu sahahabat”.
“Ayuh, kita ke sana, kita ke Daerah Jaya,ia sudah melambai dan memanggil kita”.
29.November.2011
Jubah biru bertaris merah jambu dengan topi segi empat hitam di serahkan kepada kami seramai 18 belas orang. Aku memakainya dengan perasaan bangga. Sahabatku juga memakai Jubah bertaris merah jambu dengan topi segi empat hitam dengan bangga. Ada rasa haru sembunyi jauh dalam hati. Ya, kami memakainya dengan segak dan bangga. Ada upacara besar menyambut kehadiran kami. Bunyi-bunyian mengiringi perarakan masuk kami ke Daerah Jaya. Daerah Jaya sudah lama menunggu kami dengan senyuman.
No comments:
Post a Comment