Aduh...
Kenapa hati aku hari ini serapuh biskut makmur mama. Hati yang sepatutnya aku kekalkan dalam kondisi bertahan seteguh besi, terlebur juga petang ini. Bermakna, aku sudah merelakan hati aku mudah ditembusi lagi dengan lontaran suara-suara api.
Aku tahu dia mungkin tidak bermaksud apa-apa, tidak bermaksud mahu jadi suara api yang mampu melebur hati yang sengaja aku mahu jadikan besi. Kini tahulah aku, sekuat mana aku mecuba; aku belum mampu jadi besi waja. Parahnya, mulutku juga jadi bertih jagung, hatiku yang terlebur dengan suara api, akhirnya mengeluarkan bertih jagung bergula yang lemak dan sedap. Syukur mulut bertih jagungku, dalam mode lemak dan manis, lebih pada nada merajuk dengan kata-kata dari suara api.
Setelah suara api menerangkan keadaan sebenar, menafikan suara-suara yang dilontarnya, lalu memohon maaf, maka; aku juga harus memaafkan. Konsikuennya, terjadi melodrama. Saat mengenang melodrama yang berakhir dengan tangisan suara api, aku senyum sendiri. Sebenarnya, aku semacam pasti, telingaku menangkap butiran kata yang keluar dari mulut pemilik suara api. Tapi aku tahu, syaitan durjana pasti telah bertindak memarakkan api yang sembunyi jauh dalam lembut hatiku dengan gasolin. Syukur, aku tabahkan hati dengan banyak-banyak menyedari kelemahan dan kekurangan diri. Suaraku memang tak sedap, aku pula tidaklah pernah terfikir mahu jadi artis apalagi mahu jadi penyanyi seperti dia. Aku cuma mahu memudahkan kusut benang waktu sesi lontaran suara-suara harmoni kami tadi.
P/s: Baiklah, inilah kali terakhir aku akan menyanyi dikhalayak ramai...nanti suara p*****ku cuma bikin rosak koir saja.
No comments:
Post a Comment