Thursday, September 12, 2013

Ya Allah: Sembuhkan ibuku

Mungkin, tiada siapa yang tahu betapa pilu hati aku sepanjang menjalankan program Perkampungan UPSR ini.  Aku ketawa kuat-kuat, aku marah-marah manja, aku senyum-senyum manis, aku bergurau sakan, tapi itu semua untuk tutup pilu dalam hati.  Aku tidak mahu tunjukkan semua kesedihan aku di depan sahabat dan rakan sekerja, aku tidak mahu dibilang mencanang cerita sedih, lagipula; aku malas sekali memukul gendang bernada sedih. Lagipula, aku harus tunjukkan ketenangan dan kegembiraan di depan anak-anak murid aku, aku mahu mereka sentiasa ceria dan tiada tekanan semasa berkampung di sekolah sepanjang UPSR.  Lagipula, aku memang perlukan ketenangan dan kegembiraan supaya aku tidak tenggelam dalam pilu dan juga dalam kalut sebab memikirkan ibu aku yang sakit.  

Terubat rasa hati apabila ada satu dua anak murid yang bertanya tentang khabar ibu.


Ya, 
Ibu aku sakit.  Aku ini anak yang kurang prihatin pada ibu.  Sampai ibu aku sakit buah pinggang pun aku tidak sedar.  Aku ini anak yang bodoh dan dungu, paling bodoh dan dungu sebenarnya.  Ibu aku itu satu-satunya yang aku ada, dan itu pun aku tidak terjaga.  

Ma..
Maafkan kebodohan dan kedunguan Atie.  

Ya, Allah
Sembuhkan penyakit ibuku.  Lindungilah dia selalu.  Turunkan rahmatmu pada Ibuku Ya, Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...