Manusia akhir zaman ini ditandai dengan manusia yang bijak berkata-kata menggunakan bab agama sebagai medan pertahanan untuk membuat dia kelihatan betul tanpa salah dengan dosa yang dibuatnya secara sedar, Nauzzubillahi Min Zolik. Tapi, siapalah manusia-kita-kamu-kami-kau-aku untuk menghakimi. Entahlah, terpulang kalian. Bak kata seorang sahabat, tidak perlu cakap banyak, kita masing-masing sudah dewasa untuk berfikir.
Baik Ibu, baik Suami, mereka tidak pernah menetapkan hak-hak dirinya; melainkan Allah-lah yang telah menetapkan hak itu untuk kita hayati dan laksanakan demi mendapat redha Allah. Kenapa aku cuma menyebut Ibu dan Anak, ia kerana; syurga dua makhluk bernama manusia yang bergelar 'isteri' dan 'anak' berada di bawah kaki-keredhaan mereka. Tuhan telah menetapkan Syariat, terserah kita samada mahu lari dari obligasi sebenar atau menetapkan sempadan supaya bisa kekal dalam obligasi itu.
P/s: Dalam mencari redha ILAHI, carilah redha mereka ini dulu. Sekalipun mereka ini bukan berada dalam golongan alim, selagi mana mereka tidak mendesakmu ke jalan mungkar yang sebenar-benar mungkar, maka kita masih memerlukan redha mereka untuk mencari redha-NYA. Ini cuma untuk aku, kalian yang merasakan ini tidak benar, sila benci post ini hatta diriku juga.
No comments:
Post a Comment