Monday, January 13, 2014

Anjakan

Kadang-kadang bila terlalu banyak yang ingin kita capai-buat-selesaikan, pada masa itulah kegagalan mengurus akan menjadi penghalang tegar.  Baiklah, akan aku cuba sedaya upaya agar, apa yang mahu aku capai, apa yang mahu aku buat, apa yang mahu aku selesaikan tahun ini dalam dunia pekerjaan yang agak kecil tapi padat akan mampu aku urus tanpa kegagalan yang fatal.  Apa saja tanggapan orang-orang atas, akan aku telan hidup-hidup, akan aku cerna dan keluarkan dari liang-liang tubuh yang berongga sebagai toksin.  Akan aku anggap toksin itu sebagai antidot, sebagai penyembuh, sebagai penawar, supaya kalau kedengaran suara-suara mistik yang mahu merasuk kecekalan hati aku yang baru mahu belajar erti tabah-sabar-terima-ikhlas, aku tahu aku punya antidot berwarna hijau dan putih.  Hijau untuk kata-kata mistik, dan putih untuk kata-kata simbolik.  Biarlah, mereka menganggap aku ini sebagai guru yang bagaimana, terpulang mereka.  Pada aku, akan aku cuba untuk membawa tahun ini sebagai tahun kecemerlangan Panitia PAI. Kalau pun mereka, orang-orang atas tidak akan pernah mahu mengiktiraf kecemerlangan yang aku labelkan pada usaha-usaha aku dan kami, aku, dengan segala kerendahan hati akan menerimanya dengan hati yang sentiasa mahu belajar erti redha.  Paling penting, aku akan tetap mengiktirafnya sebagai satu kecemerlangan, kerana usaha yang kami cuba buat, seperti apa yang disarankan oleh orang-orang atas juga.  

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...