Aku rindu dengan awan jinggaku. Sudah lama aku tidak melihat dia waktu senja. Tapi, aku, tidak pernah lupa betapa indahnya awan jinggaku. Aku selalu suka melihat awan jinggaku memadu asmara dengan awan violet. Awan jinggaku dengan awan violet, mereka ini pasangan paling romantik. Awan jinggaku, dia nombor satu dalam hati. Dia, si awan jinggaku, selalu membuat hatiku senyum paling manis.
Tapi tadi, aku teringat benar pada awan jinggaku. Waktu aku melangit, awan jinggaku sudah tiada. Lalu, aku, cuma bisa menggambar dia melalui mataku yang tertutup;Syukur, figura awan jinggaku masih indah. Mungkin, awan jinggaku, ada menyeru namaku tadi, lewatbayu senja yang mengiwir lembut pada jendela bilikku. Ada rasukan pada hati, tiba-tiba aku bertanya pada diri...
"Mahukah awan jingga itu menjadi aku?"
Satu soalan kurang logik-kurang patut-ditanyakan. Itukan, awan jinggaku. Sewajarnya, aku harus mengelak bertanya soalan itu, harus mengelak selalu-malah hampir tidak boleh bertanya langsung. Itukan, awan jinggaku. Dia nombor satu dalam hati. Tidak adil untuk aku tanyakan soalan hampir mengarut itu, sedangkan aku selalu lupa melihat dia, sekalipun aku mencintainya. Rumit.

Magisnya...
Awan jinggaku membalas pertanyaanku.
"Aku, si awan jingga, aku tidak mahu menjadi kau. Aku mahu terus menjadi awan jingga, supaya kau terus mencintaiku dan mengingat aku setiap kali kau melihat ke langit".
Aku,
Senyum. Dejavu.
No comments:
Post a Comment