Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, novel Diari Mat Despatch: haru Biru, sudah berada dalam tangan. Rasa gembira yang kalau ia digambarkan dalam bentuk kartun, sudah pasti, kalian dapat melihat hati aku sedang senyum lebar dengan mata yang menyepet.
Mungkin tajuk entri ini, harus ditukar kepada, sudah milik. Tapi, biarlah aku mengekalkan tajuk entri, DMD ini. Aku mahu mengekalkan elemen tertanya-tanya atau surprise, kalau-kalau , kalian yang menjadi pengikut blogku, pembaca senyap dan tukang terjah, singgah ke blog kesayangan aku ini. Kalau kalian ada singgah, aku suka untuk syorkan kalian, novel Diari Mat Despatch ini. Aku percaya, kalian pasti akan suka dengan novel ini. Novel DMD ini sudah ada 6 siri sekarang, siri yang terbaharu-bermaksud yang ke-6, adalah DMD: Haru Biru.
Gambar Si Rayyan yang bercita-cita hendak menjadi editor
Paling menggembirakan, bila, tandatangan Tuan Bahruddin Bekri, si penulis novel DMD ada di muka surat pertama, selepas kulit novel. Gembira sangat tahu!!! Aku senyum lebar melihat tandatangan Tuan BB.
Tandatangan Tuan BB yang comel
Lebih Menggembirakan bila, ada ungkapan berbunga panduan kehidupan, khas untuk aku. Sekali lagi aku senyum lebar. Ia ditulis seperti ini:
Khas: Saleha
Kerana yang menduga itu Tuhan...
Kerana itu melupakan-Nya kita akan gagal.
Pada akhir entri ini, senyum aku melebar lagi. Kali ini, kalau senyuman aku itu digambarkan ke dalam bentuk kartun, kalian bakal melihat senyuman aku melebar hingga ke telinga dan menyerupai bentuk bulan sabit. Keehoi!!!
P/s: Ini hari gembira buat aku.
No comments:
Post a Comment