Banjir Kg. Ansip dan SK. Ansip: 13.02.2104, Khamis. Sejarah 2009 berulang lagi. Kalau hampir 5 tahun yang lalu, banjir SK. Ansip berlaku waktu cuti CNY, kali ini ia berlaku semasa hari persekolahan. Tepat jam 4.40 am, aku menerima sms daripada Jihah, katanya, Ustaz Halim sms dia; maklumkan yang Ansip banjir. Aku terus segar, teringat buku RPH dan RPT yang berada di bawah meja. Maklum, Bilik Agama kami itu, tidak terdapat meja guru. Kami cuma menggunakan meja murid yang sudah hapus kira, yang kami jadikan meja ala-ala meja jepun. Lepas dari itu, fikiran aku hanya teringatkan, RPH aku, Al-Quran dan Iqra, dan Fail2 yang kami buat selama sebulan dengan bertungkus-lumus.
Mengharapkan keajaiban berlaku, seperti 5 tahun lalu, waktu RPH aku(masa itu, sistem fail) tertinggal di meja Bilik Agama (ketika itu di bangunan kilat, sementera menunggu bangunan sekolah baru siap dibina). Perasaan aku semalam, sama seperti 5 tahun lalu, asyik teringatkan RPH. Alhamdulillah, RPH aku tidak tenggelam dalam banjir, tidak basah dan elok terletak di atas meja. Masa itu, aku panjatkan kesyukuran tidak terhingga pada ILAHI ya Rabbi.
Ironinya...
Ternyata, buku RPH ku memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi. RPH dua sahabat lain, Nik dan Ina juga turut tenggelam. Fail2 Panitia Bahasa Arab, Fail J-Qaf, Fail KSSR juga turut musnah, tenggelam dalam banjir yang dahsyat. Apapun kami Redha pasrah. Tarikh 13.02.2014&14.02.2014, akan jadi tarikh yang akan diingati, kalau tidak pun, dalam 2 tahun selepas kejadian kelmarin, kami pasti dapat menyebut dengan tepat tarikh ini.
Bilik Agama dan Surau yang jadi kebanggaan, sudah hilang serinya. Karpet biru yang aku kira, mahal juga harganya, sudah hilang warnanya disalut lumpur coklat. Aku berhenti menaip. Biar gambar-gambar ini menjadi jalinan cerita sedih, terkejut, hampir tidak percaya kami semua. Kami redha.
P/s: Susunan gambar ini, tidak mengikut kronologi. Jadi kalian si pengikut-pembaca senyap-tukang terjah blog kesayangan aku ini, sila baca caption, okey!!! Gambar-gambar ini juga, hanya sekitar Bilik Agama. Waktu ini, Zirah dan Guru2 Pelatih IPGK, juga sedang sibuk membersihkan Makmal Sains.
|
Barang2 dalam Bilik Agama, yang diletakkan di atas meja, ingatkan dah cukup tinggi. Tapi bila air semakin naik, semua barang2 ini, tenggelam. |
|
Kalau korang lihat gambar atas, air pada ketika itu, sampai betis, manakala di bangunan Pejabat Am, air sudah mencecah paras pinggang. |
|
Rumah Guru |
|
Bangunan yang menempatkan Kantin dan RMT. |
|
Rumah Guru. Rumah Guru yang lama. |
P/s: Waktu ini, air sedang naik dengan cepat. Ketinggian paras air hampir mencecah 5 kaki. Aku tidak pasti peras air yang sebenarnya, yang pasti orang kampung Ansip, terperangkap dalam banjir.
|
Ini pula, waktu kami dapat info dari Us. Halim, yang jalan untuk ke SK. Ansip, sudah boleh dilalui. Tapi, masih terdapat air yang agak dalam (sila lihat gambar).
|
Kami naik Double-Cab untuk masuk ke sekolah. Sempat posing sebagai kenangan. Waktuini, memang terasa lucu yang amat. Senyuman manis semua...keehoi. Paling manang. |
|
|
Bahagian bawah yang menempatkan Makmal Sains, Bilik Kesihatan dan Bilik Agama. |
|
Bilik Agama |
|
Mencari Al-Quran dan Iqra yang tenggelam |
|
Beg yang di dalamnya ada RPH aku, Borang Kelompok KSSR Tahun 3, beg pensel. |
|
Anak Zirah, Cibil. |
|
JIhah, di koridor Bilik Agama |
|
Paras air banjir |
P/s: Ini gambar awal pagi. Waktu ini, jalan raya tidak dapat dilalui oleh mana2 kenderaan.
P/s: Selepas banjir. Kerja-kerja pembersihan Bilik Agama.
|
RPH Ina, Nik dan Halim. Fail2 KSSR, J-QAF dan Bahasa Arab. |
|
Printer Bilik Agama, umurnya belum sampai sebulan. Jenama cap lumpur sudah. |
|
Tq Fatine, dalam sakit-sakit pun, tolong kami juga kasi bersih Bilik Agama. Jasamu kami kenang, Teen. Terima kasih paling banyak. |
|
Keadaan Bilik Agama setelah semua khazanah yang tenggelam dikeluarkan |
|
Khazanah yang tenggelam |
|
Ular Tedung yang berada di rak Bilik Agama. Ular ini, sempat menyemburkan ludahnya ke mata Nik. Nasib baik kejadian yang tidak diingini, tidak berlaku. Padahal, kelmarin petang, kami meranduk air dalam Bilik Agama mencari Al-Quran dan Iqra yang tenggelam...yuiii..bikin takut!!! |
|
Sebelum Banjir Bilik Agama 12.02.2014, sehari sebelum banjir. Kini Bilik Agama, tinggal Kenangan. |
|
Selepas banjir 14.02.2014, Jihah bilang, nombor yang berulang2 jika diterbalikkan...hihihi!!! |
P/s: Proses pengeringan Buku RPH, RPT dan Pen2 aku. 13.02.2014...Malam, lepas balik dari sekolah.
|
Kasi kering RPH dan RPT, kipas bukan alang-alang, paling manang. |
|
Menunggu kering, bau asam2 lagi. Mau kamurang siyum? |
|
14.02.2014, lepas balik dari sekolah. RPT yang sudah kering. Ini sebagai bahan bukti. |
|
RPH, menunggu kering. Ini bahan bukti utama kes aku. Kalau PPD tanya, ini bukti saya ada buat RPH sejak buka sekolah hingga 13.02.2014. |
|
Mangsa banjir Bilik Agama, yang berjaya diselamatkan oleh pegawai bomba wanita paling kiut, si Atie. |
|
Tinggal Kenangan. Waktu RPH saya paling mantap lagi. Rupa sekarang, macam nenek kebayan pencen sudah. Malas saya mau upload.
P/s: Inilah cerita banjir SK. Ansip, cerita banjir sekitar Bilik Agama aku yang dah hapus dan kini, tinggal kenangan. Feminin bilang:
Kini hanyalah tinggal kenangan Tiada ku rasa dalam genggaman Hanya terdaya mengimbas semua Kenangan yang lalu Tiada kata ucapan di bibir Tak ku sangka kali terakhir kini Kau tidak akan kembali lagi
degiimaa.... |
No comments:
Post a Comment