Waktu Malaysia di jalan sehala...
Bayang-bayang kalah sudah nampak. Harapan waktu bergu pertama Malaysia Tan Boon Heong dan Hoo Thian How menang set pertama terasa pudar bila mereka kalah set dua dan seterusnya kalah di rubber set. Aku lihat TBH dan HTH sudah bermain bermati-matian menggunakan segala skill, tapi tiada nasib untuk menang, bila mereka asyik membuat pukulan ke jaring. Aku sudah nampak bayang-bayang kalah bila Chong Wei Feng juga bermain baik tapi kurang nasib. Baiklah, aku akur lebih awal kali ini, tahun ini, edisi ke 28 ini, nasib menyebelahi Jepun. Waktu aku tulis entri ini, CWF sedang beraksi habis-habisan. Turning-point kepada siri kejayaan Jepun bermula bila mereka mengalahkan China. Aku tidak setuju bila pengulas-pengulas mengatakan Chong Wei Feng bermain tidak seperti lima perlawanan sebelumnya. Aku lihat dia begitu antusias untuk menang, cuma nasib tidak berpihak pada Malaysia, pada CWF.

Ketika mahu menamatkan tulisan ini, bergu kedua Malaysia, Tan Wee Keong dan Goh V Shem sedang beraksi. Apapun, aku masih berharap ada sinar menang untuk menyilaukan mata pemain Jepun. Titik kejayaan Malaysia tergalas dibahu TWK dan GVS. Kalau Malaysia kalah, layak ke final sudah cukup manis buat aku. Cuba lagi Malaysia, siapa tahu nasib menyebelahi kita tahun-tahun seterusnya.
P/s: Bayangan K macam nampak-nampak sudah...Kempunan laini mamigang pela...suba lagi la lain tahun...otomen kuat dari sisak!!! Malaysia dah cuba yang paling manang suda. Aku tetap anggap ini Pela Tomas Malaysia yang paling best sebab LAYAK pi FINAL. Malaysia campion dihati saya.
No comments:
Post a Comment