Sunday, June 15, 2014

Certot: Delusi

Ini Delusi, dejavu mungkin, malah mungkin perasan abadi.  Ceritanya begini, aku mahu memutar masa masa. Jadi, aku pinjam pintu masa Doraemon. Aku kembali ke tarikh 27.5.2014, tepat; sejurus majlis Hari Guru Zon Pegalan selesai dengan gembira dan aku membawa balik hadiah cabutan guru bertuah berupa sebuah tabung gajah yang comel. Tabung gajah itu sudah bertukar milik, bukan lagi milik aku, tapi Husna. Ini bukan cerita tentang tabung gajah, tapi tentang kembali ke tarikh 27.5.2014. Kembali ke tarikh ini, bermakna aku berpeluang bercuti selama 2 minggu lagi. Ini satu ketenangan, satu ketenangan abadi menurutku dan aku senyum sehingga mataku juga turut senyum. Membayangkan cuti 2 minggu yang ditambah 19 hari lagi betul-betul membuatkan aku gembira. Hampir menari samba yang sumbang, Tiba-tiba, pintu aku diketuk Ahmad Albab dan katanya begini, "gatut, si Doraemon suruh kembalikan pintu masa dia, jangan perasan, kau cuma bermimpi kalau mahu cuti sekolah disambung dua minggu lagi". Senyum aku mati disitu, Ketampanan Van Persie yang menyumbat gol keempat menentang Sepanyol tidak mampu buat aku senyum. Ini bukan cerita tentang World Cup. Nampaknya, ketenangan aku selama dua minggu ini bakal berakhir Isnin ini. Aku telan liur yang pahit sambil memikirkan sejauhmana signifikan dan relevan pepatah, "Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya" kepada aku. Kekal, ini juga bukan cerita tentang pepatah Melayu. Ini simptom Delusi.

Friday, June 6, 2014

Sendu bernama rindu

Aku rindu
jadi aku alunkan nyanyian lagu pasir
membuang rasa sendu bersama angin semilir
Pergilah jauh wahai rindu
aku benci dengan rasa sendu

Ganas

Hidup ini ganas.  Ganasnya sama macam kekuatan ombak dan laut.  Jadi jangan takut, ombak tidak selalu kuat, laut tidak selalu bergelora, malah pasang surutnya sentiasa berpusing,  Begitulah hidup, bukan semuanya senang, tidak juga sesusah yang kau sangka dan selalu rungutkan, yang penting kau cari kerelaan Tuhan, bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk kau, nanti kalau kerelaan Tuhan pada kau sudah berakar tunjang, orang-orang seklilingmu pasti merasa tempiasnya.  Caturan Tuhan itu adil. Jadi janganlah merasa hampa.  Janganlah marah dengan hidup, jangan mengalah pada keterdesakan hidup.  Jangan mengalah, sekali kau mengalah pada ganasnya hidup, kau akan ditelan egois.
P/s: Aku rindu, jadi aku alunkan nyanyian lagu pasir.

Monday, June 2, 2014

Alasan

Tidak perlu mencari alasan untuk gembira, untuk sedih juga. 
 
Jalani saja hidup dengan secekal yang mampu, yang pahit-pahit dan yang manis-manis tentang hidup akan mengenyangkanmu sampai kembung perutmu, kembang kempis hidungmu dan berombak-ombak dadamu, lelah menahan getir hidup; kekal, itu bukan apa-apa. Itu hanya permulaan hidup. Jangan kau kisahkan sangat.  Jalani sajalah, dan kau akan menemukan kebahagian.  Walau ia bermula dengan sukar yang menduga iman.  Jangan kau mencari-cari alasan.  Jalani sajalah biar kau kelihatan naif dimata mereka yang pandai.
 
Salam sayang untuk Jun yang cun.

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...